Assalamu alaikum dan Salam Sejahtera buat semua sahabat maya.
Oleh kerana ramai yang ingin tahu pasal Harimau sejenis makhluk yang dikenali buas (bukan Tok Rimau yang pandai menaip) terutama Puan melayuangkat maka saya terpanggil untuk menceritakan sedikit tentang kisah harimau. Pertembungan saya dengan harimau sebenarnya sudah acap kali tetapi bukan di tempat yang sama.
Harimau tidak suka jumpa manusia:
Sebenarnya makhluk ini tidak suka berjumpa manusia dan akan mengelak dari berjumpa manusia. Dia boleh mengesan kehadiran manusia dengan bau/aroma manusia kerana harimau mempunyai deria bau yang kuat walau pun melalui angin. Itulah sebabnya penadaki atau penjelajah hutan amat jarang bertembung dengan harimau kecuali tiupan angin yang sehaluan dengan arah perjalannya. Itu pun sekiranya angin itu agak keras tiupannya. Jika di dalam keadaan biasa memang harimau mampu mengesan kehadiran manusia.
Tabiat Harimau:
Tabiat harimau sama macam kucing. Makan suka berebut dan tamak. Sekiranya terkejut, harimau akan melompat tangkas bersembunyi tetapi dia tidak akan lari jauh. Dia akan kembali mengintai apakah yang membuat dia terkejut tadi. Dengan mangsanya dia suka menunjuk kekuatan. Tengok pada kucing, kucing kalau dapat tangkap tikus dia tidak terus memakannya. Dia mempermainkan tikus itu hingga lembik terlebih dahulu dan akan menyeret mangsanya jauh dari tempat mangsa ditangkap sebelum memakanya. Begitu jugalah dengan harimau.
Kerana tabiat harimau begitu, sekiranya kita bertembung dengan harimau, harimau akan melompat bersembunyi dan di masa yang sama kita hendaklah cepat lari jauh dari tempat itu. Jangan panik. Kalau kita panik, kita tidak dapat lari dengan cepat bermakna kita lemah dan kita akan menjadi mangsa mainannya.
Sebab kita jadi mangsa:
Kita bukanlah mangsa sebenar bagi harimau. Kita adalah mangsa kebetulan. Memang dia tidak suka jumpa manusia tetapi pada situasi tertentu manusia juga akan menjadi mangsanya. Manusia menjadi mangsa harimau hanya sekiranya harimau berada di tiga situasi.
Pertama: Harimau tercedera atau sakit atau tua. Pada situasi ini harimau akan lemah dan lapar kerana tidak berdaya untuk berburu. Dia akan mencari mangsa yang lemah menjadi habuannya. Jikalau pada masa itu kita berada di tempat yang salah pada masa yang salah maka kitalah habuannaya kerana bagi harimau kita adalah mangsa yang lemah.
Kedua: Bila habitatnya diganggu dan dia tidak mendapat makanan. Bermakna dia lapar. Di situasi ini dia akan terasa terancam dan naluri mempertahankan hak. Mempertahan tempat/territory atau seekor ibu yang mempertahankan anaknya. Dia akan menjadi garang dan menyerang
Ketiga: Sekiranya dia terkejut dan terperangkap. Contohnya semasa dia terkejut, dia tidak ada ruang untuk lari. Dan itulah masanya kita akan menjadi mangsa.
Walau pun harimau cuba mengelak jumpa manusia tetapi saya sendiri mengalami dua peristiwa pelik. Pertama harimau mendengar kata sebagaiman saya ceritakan peristiwa di Gunung Ayam di dalam posting yang lalu dan yang keduanya di Bukit Bakar semasa saya treking pada malam hari dari Bukit Bakar, Machang ke Jeram Linang, Pasir Puteh. Kelantan.
Kumpulan kami memulakan trekking sudah lewat 5.00 petang. Pada waktu maghrib kami tiba di satu aliran kecil/anak air dan saya arahkan berhenti untuk solat dan memasak makan malam. Lebih kurang jam 9.00 malam kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang satu jam lebih trekking kami sampai ke satu bukit. Pada masa itu saya minta Mad mengepalai perjalanan dan saya di belakang sekali. Sedang asyik berjalan dan melayan fikiran tiba-tiba saya terlanggar orang yang di hadapan saya. Rupanya semua orang berhenti mengejut. Saya tanya Mad apa halnya berhenti cara begitu. Dia cakap "Abe Din, ada barang di depan" Saya heran, barang apa pulak? Saya berlari ke hadapan mendapatkan Mad. Bila tiba di hadapan Mad, Mad menyuluh satu kesan yang saya tahu itu adalah kesan tapak harimau yang masih baru tetapi harimau tidak kelihatan. Agak besar juga, lebih kurang saiz piring kueh! Saya kata "Ooo harimau rupanya" Mad takut nak sebut "harimau".
Saya minta Mad pula berada di belakang sekali dan saya mengepalai dan meneruskan perjalanan. Dalam 5 minit berjalan saya terdengar cakaran harimau pada pasir dan daun kering. Saya arahkan berhenti sekejap. Lepas seketika kami terus berjalan. Sekejap lagi saya terdengar bunyi cakaran lagi. Begitulah seterunya berulang sampai 3 kali. Saya faham rupanya harimau itu menyuruh kami mengekorinya. Bila jauh sikit dari kami, harimau mencakar lagi. Kami berjalan sehingga sampai di puncak satu bukit yang dipenuhi pokok salak. Kami berhenti dan saya terbau bau buah salak masak, cukup harum. Saya suluh keliling, semuanya pokok salak. Saya suluh ke kaki saya, rupanya saya sudah terpijak setangkai salak yang memang sudah masak dan pecah. Rupannya buah yang pecah itulah yang menerbitkan bau harum itu. Salak Nangka.
Saya arahkan semua peserta meletak haversack masing-masing dan cari buah salak yang masak. Rupanya cukup banyak buah yang masak dan kami petik. Puas makan kami masukkan ke dalam beg untuk dibawa di perjalanan. Di masa ini cakaran harimau itu sudah tidak kedengaran lagi. Rupanya harimau itu memandu kami ke puncak bukit yang ada salak yang sudah masak. Harimau itu tunjukkan kami buah salak!
Ada lagi satu peristiwa yang dialami oleh arwah abang kedua saya. Satu masa dia tersesat di hutan semasa berburu. Arwah abang saya ini suka berburu. Dia berjalan sehingga hari malam tetapi masih tidak jumpa jalan keluar. Dia sudah putus asa sebab dia tidak bawa lampu suluh. Tiba di satu kawasan semak renek abang saya terdengar harimau mengaum lembut dan mencakar tanah. Abang saya cakap "Kalau kamu dari keturunan baik-baik, tolong hantar aku keluar" Tiba-tiba harimau itu mencakar dan abang saya ikut bunyi cakaran itu kerana tidak nampak apa-apa tanpa lampu. Sekejap sekejap bunyi cakaran demi cakaran dan abang saya terus ikut bunyi itu sehingglah keluar ke jalan raya yang menghubungkan bandar Machang dan Pasir Puteh. Bila abang saya sudah boleh keluar, dia kata kat harimau itu " Terima kasih, kau tunggulah esok petang aku akan bawa upah sepaha daging lembu untuk kamu" Selepas itu abang saya telefon kepada kawan untuk menjemputnya di tepi jalan itu.
Pada petang esoknya abang saya bawa sepaha daging lembu dan letakkan di tempat terakhir kesan tapak harimau kelihatan. Untuk pastikan harimau itu ambil atau tidak daging itu, lusa tu abang saya pergi ke tempat dia tinggalkan daging semalam dan dia dapati daging itu sudah tidak ada tetapi ada kesan harimau. Bermakna daging itu sudah diambil harimau.
Tuan,
ReplyDeleteJangan pecahkan rahsia...nanti Harimau bertambah malu..
Tuan memang hebat...sampaikan rahsia Harimau pun Tuan arif.
salam Tuan:
ReplyDeleteBaru pertama kali ke blog tuan ni, nampaknya kita mempunyai minat yg sama, tapi kesihatan telah membataskan aktiviti saya, saya rasa kawan saya mungkin kenal sdr kerana dia juga aktif seperti sdr. dan memiliki jurulatih rekrasi kebangsaan. Dia kini aktif mendaki di beberapa gunugn di sumatera. Pada Februari 2009 group kami akan ke Kinabalu, Insyaallah.
Salam dari saya
ReplyDeleteSdr. To Rimau,
Saya bukannya hebat atau arif sangat tentang perkara ini. Saya belajar dari pengalaman dan pemerhatian saya selama ini. Arwah Abang Kedua saya juga ada memberikan sedikit tips semasa saya ikut arwah berburu di hutan. Memang semasa hayatnya saya selalu ikut beliau ke hutan atau ke sawah untuk berburu.
Tuan kulatlapok:
Terima kasih di atas kunjungan tuan ke blog yang tidak seberapanya ini. Saya tidaklah pandai dan sedang belajar melalui pengamatan dari tulisan kawan-kawan.
Alhamdulillah kita di lapangan minat yang sama. Bolehlah kita bertukar-tukar pandangan dan pengalaman. Walau kesihatan tuan tidak mengizinkan terlibat dengan aktiviti yang berat tetapi tuan masih lagi berpeluang menjalankan aktiviti yang lebih ringan.
Sebenarnya di kalangan warga pendaki ini saya ramai kenal dengan generasi Arwah Noor Ramle Sulaiman, Sdr. Alias N9 bekas Presiden PMM begitu juga Johar Arifin Gopeng dan Haji Jamaluddin. Begitu juga Sharir JB. Geng UFL KL dan Geng Orang Gunung KL dan Kelang.
Bagi generasi baru, saya kurang kenal tetapi mingkin dia orang kenal saya.
Saya ucapkan selamat enjoy dengan adventure yang tuan lalui.
Maklumat yang cukup berguna untuk saya membawa masuk anak2 didik saya berkhemah kelak...
ReplyDeleteSalam Ziarah tuan!
Terima kasih!
salam Mountweller;
ReplyDeleteRasanya tuan kenal dengan sebuah kelab rekreasi di melaka.... kalau tak silap redtma namanya.
Sdr. kulatlapok: Tidak terlintas pula persatuan ini di kepala saya. Mungkin persatuan baru kot.
ReplyDeleteDi Melaka saya kenal dengan Mohd. Zailan dari Persatuan Mendaki Melaka. Dia bertugas di UNITEN.
salam - baca blog tuan , rasanya ada ruang untuk kita berkongsi...saya terlibat secara terus dalam Program Pendidikan Luar.Mungkin ada idea2 @ yang boleh kita kongsikan.
ReplyDeleteSalam Saudara Fakhruddin,
ReplyDeleteSemakin membaca, semakin meminati blog ini. Tebal pengalaman saudara dalam bidang pengembaraan di rimba.
Harimau-menaip, habislah saudara, rahsia sudah tiris.....
Nanti ceritakan kisah ular atau gajah pula.
Salam takzim
.
salam..wah..terpegun sungguh baca apa yang ditulis,selalu jue baca kat buku jer @ tgk kat t.v,tapi nie hasil tulisan dar seorang yang berpengalaman...tahniah..ilmu yang telah diperolehi telah disebarkan untuk kebaikan semua pembaca..cerita la lagi..jue suka sangat..jue sampai sekarang nie tak berpeluang nak dok dlam hutan dan mengalami sendiri keunikan berada didalam hutan...
ReplyDeleteSalam buat Sdr. Mohd. Sofi, Sdr. Jinggo dan Miss jaz.
ReplyDeleteSdr. Mohd. Sofi:
Terima kasih kerana sudi berkujung. Bagi saya apa yang saya tulis bukanlah menarik sangat cuma bercerita tentang pengalaman. Penulisan saya pun bukannya bagus.
Tentang Gajah dan Ular itu insya Allah akan saya ceritakan nanti peristiwa saya dikejar gajah di Tasik Kenyir dan Ular Tedung datang melawat khemah kami di Gunung Korbu, Ulu Kinta.
Sdr. Jinggo dan daddy cool:
Terima kasih juga di atas kunjungan saudara. Saya berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dengan saudara tentang Outdoor. Insya Allah kita akan dapat manafaat bersama. Kalau saudara sudi bolehlah saudara belek-belek archive di blog ini. Rasanya banyak juga posting saya berkaitan Outdoor.
Saudari miss jaz:
Setinggi-tinggi terima kasih di atas kujungan balas saudari. Pengalaman saya pun tidaklah seberapa dan ilmu yang nak dikungsi pun bukannya tinggi sekadar dikutip dari pengalaman lepas. Kiranya sudi dan berkelapangan saudari juga bolehlah belek-belek di archive blog ini.
kok harimau bisa menaip?
ReplyDeletetuan mengingatkan saya ketika mula2 bersahabat dgn wak jono..habis hutan sempadan pahang-selangor kami redah!!
ReplyDeleteSahabatku Wak,
ReplyDeleteBukankah harimau sahabat kita tu memang bisa menaip? terpaksa dipotong kukunya untuk sesuaikan dengan keyboard?
Sahabatku Kulup,
Ooo.. rupanya dua saudaraku ini juga adalah pengembara. Kalau saudara juga peredah rimba, bolehlah kita membancuh pengalaman. Mungkin pengalaman saudara saya tidak rasai dan begitulah sebaliknya.
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteSaya tidak tahu nak kata apa sebab terlalu 'terkejut dan kagum' dengan pengalaman2 Saudara dan Arwah Abang kedua Saudara.
Internet saya ada problem, macam biskut chipsmore, kejap ada sekejap tak ada. Sekarang saya cepat cepat baca blog ini sementara connection ada. Sedang dalam process repair oleh TM Net.
Pelikan kita semua, betapa maha Agungnya kuasa Illahi. Harimau yang sebegitu dijadikan Garang berperangai macam kuching yang jinak yang berkeliaran dalam rumah rumah kita.
Dan pelik lagi jika sang Harimau mahu berkomunikasi dengan kita memberitahu pulak di mana terdapat buah salak nangka yang telah masak untuk makanan kita semua.
Betapa mulianya hati Sang Harimau di rimba. Terharu saya. Kadang kadang kita manusia sama manusia pun nak sorok sorok kalau ada mangga masak atau durian gugur sebab kita tamak!! Harimau arif tentang santapan kita manusia. Kita omnivorous, sang Harimau tahu kita makan buah buahan!!
Dan sungguh menakjubkan bila si Harimau juga boleh menunjukkan kepada kita jalan keluar di hutan. Boleh 'membaca' keperluan kita dan kemahuan kita meminta pertolongan darinya!!
Insaf saya Saudara, betapa Azim dan Maha Perkasanya Tuhan kita terhadap segala penciptaanNYA!! Kita manusia fikir kita sahaja yang hebat tetapi haiwan ciptaannya juga hebat dan tidak mengganggu kita kecuali diganggu.
Cerita dari Pengalaman saudara amat berharga dan tentu sekali kami para bloggers amat hargai. Ilmu ini tidak ada dalam teks buku sekolah melainkan dari pengalamana.
Saya berharap dan berdoa agar segala pengalaman ini dapat dibukukan satu hari nanti untuk generasi kita yang akan datang terutamanya buat mereka yang meminati alam sekitar dan jungle trekking.
Semoga kita semua akan lebih menghargai segala kurniaan Illahi pada kita walau di mana pun. Juga semoga kita juga menghormati habitat haiwan di rimba, bahawa mereka juga ada hak untuk hidup macam kita ada hak hidup di rumah kita di kampung halaman atau bandar kita.
Terima Kasih Saudara juga Al Fatihah buat Arwah Abang yang juga kaya dengan pengalaman Allahyarham sendiri yang kita kongsi dan ketahui sekarang.
Terima Kasih juga atas panduan dan nasihat Saudara dalam masalah peribadi saya, InsyaAllah saya praktikkan dan selanjutnya serahkan pada Allah swt atas apa apa pun yang akan ditentukanNYA.
terima kasih
ReplyDeletebanyak maklumat yang saya dapat dan banyak sindiran yang boleh di aplikasi dalam rencana yang menghubungkan antara manusia dan tabiat harimau.
terima kasih abang.
salam pak mountdweller,
ReplyDeleteMenarik kisah harimau ni.erisya juga suka melihat perlakuan haiwan.adakala melucukan..misalnya seekor landak menghentak2 kakinya (macam penari tanggo) untuk menakut-nakutkan erisya! dia sangka erisya akan lari! sebetulnya dia marah kerana erisya nak ambil duri yang telah gugur dari kandang pasangannya.Rupanya haiwan betina lebih garang!
salam,
ReplyDeletehaaaa..rahsia harimau sudah terbongkar jugaaa akhirnyaa..
errr "how to trap the tiger?" xder ker en.mountdweller?
jaga2 tok rimau..licik2 pun leh masok jerat gak nnti tauuu...he3..
Salam buat semua teman-teman.
ReplyDeletePuan melayuangkat:
Sebenarnya hutan, gunung, flora dan fauna banyak mengajar saya tentang Tauhid dan kekuasaan Allah. Kita akan rasa yang kita lebih dekat denganNya. Kagum dengan kejadianNya.Indah ciptaanNya. Di sana hati kita menjadi sayu dan insaf betapa kerdilnya kita, makhluk yang serba lemah. Seorang kawan perempuan Cina dari KL ke Gunung Tahan bersama saya. Bila sampai di satu kawasan yang sungguh cantik tiba-tiba dia menangis. Bila ditanya katanya dia hatinya menjadi sayu dan keliru dengan keindahan dan kedamaian di situ.
Saudara zikri:
Kekadang saya rasakan binatang lebih baik dari manusia. Ganas binatang bertempat, ganas manusia tak kira tempat. Saya rasa binatang ganas seperti harimau dan gajah memahami naluri manusia, kenal musuh atau kawan. Tetapi bagi orang politik tidak kita siapa, semua dibaham. Kawan dan lawan bermusim.
Anakanda Arisya:
Anakanda belum lagi tengok Sang Kancil berjoget ikut irama yang dipalu sampai lalai dan senang ditangkap! Hiburan yang membawa mala petaka. Tahukah anakanda landak adalah seekor binatang yang boleh dijadikan ubat? Makanannya dari bahan yang bersih dan berkhasiat.
Saudara coffeemaker:
Harimau boleh ditangkap dengan menggunakan Jerat bingkas, Perangkap dan tembak. Tetapi sudah lama kerajaan haramkan kerana harimau akan pupus/species terancam. Harganya mahal sehingga RM30 ribu seekor.
Puan melayuangkat:
ReplyDeleteSetinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan takziah dan doa dari puan. Harap Allah rahmati puan dan keluarga.
Salute Uncle,
ReplyDeleteArwah abah cakap bnyk benda2 pelik cik rimau pandai buat maser dlm hutan. Salah satunye kupas durian! Waahhh...betul ker?
ayahanda mountdweller,
ReplyDeletebetul landak boleh dijadikan ubat? sekarang kami sedang buat kajian tentang khasiat landak...tak ada pula landak sebagai ubat dalam rekod! menarik ni? minta tolong ayahanda beri nama rujukan..boleh erisya baca lebih lanjut dan panjangkan penyelidikan tersebut dengan izin Allah.err...bolah anakanda tahu, landak raya, landak batu atau landak nibong?
maaf menyusahkan ayahanda pula, minta maklumat segala!
Assalamualaikum Pakcik Din...
ReplyDeleteSaya pernah dengar orang ada kata yang kucing dan anjing mempunyai kelemahan dengan matanya apabila direnung lama (tak tau betul atau tidak)...Adakah kelemahan harimau pun sama kalau ianya betul?
Salam buat UXOP.
ReplyDeleteBoleh katakan semua binatang begitu. kalau yang ganas, binatang boleh baca dari anak mata kita, sama ada kita memang tidak takut berhadapan dengan dia atau pun kita hanya buat-buat berani. sekiranya kita betul-betul tidak gentar, dia akan mengalah tetapi kalau kita buat-buat berani tetapi kita was-was sebenarnya, dia kan berani dan mungkin menyerang.
Jadi kalau kita takut atau was-was jangan cuba buat berani.
Terima kasih atas nasihat Pakcik Din..amat berguna buat saya sbb kekadang terpaksa redah hutan utk ketapak projek..setakat ni smuanya Alhamdulillah.. belum berjumpa lg dgn harimau..
ReplyDeletesalam tuan fakhruddin,
ReplyDeletesaya seorang student dari UTeM melaka dan amat meminati karya ni.
teruskan lagi berkarya dan berkongsi cerita. :)
cuma saya nak tau, tuan takde rasa takut sikit pun ke terhadap makhluk halus, binatang buas dll? adakah golongan tersebut boleh membawa mudarat spt kematian kpd manusia?
A'kum mzul,
ReplyDeleteTidak dinafikan binatang buas boleh membunuh dan makhluk halus boleh memudharatkan kita. Tetapi semuanya hanya dengan izin Allah sahaja.
Takut, memang saya pun ada perasaan takut macam orang lain juga. Tetapi takut saya hanya kepada binatang buas sahaja. Kepada makhluk halus saya tidak takut, bahkan kalau kena ganggu membuatkan saya geram dan marah.
Untuk mengatasi rasa takut petuanya ialah:
* Kenal diri kita, siapa kita dan kita akan kenal Allah. Bila dah kenal Allah maka di sisi Allahlah segala-galanya. Mana lebih kita takutkan Binatang, Setan atau kepada Allah. Jadi tawakkal dan serahkan segala urusan hanya kepada Allah.
* Kita manusia dijadikan Allah sebagai Khalifah di bumi. Maknanya kita adalah Raja dan kita selayaknya berkuasa ke atas mereka, lebih-lebih lagi setan. Setan/Iblis adalah makhluk durhaka kepada Allah dan dimurkai Allah. Jadi kita sebagai Muslim, kenapa nak takut/tunduk kepada Iblis.
* Semasa kita nak masuk hutan, mengikut petua Arwah Guru saya, kita hendaklah memberi salam kepada semua makhluk hutan dan katakan kita telah dipesan oleh Nabi Ilyas untuk datang sebagai tetamunya.
* Amalkan Ayat seribu dinar dan Laqadja akum di samping ayat Kursi. Kalau tersesat baca surah Waddhuha.
Itulah sedikit petua penting yang saya boleh berikan. Nak tahu lanjut kenalah jumpa saya. Kalau mzul orang KB senanglah sikit.
Wallahu Aklam.
salam tuan fakhruddin yg dihormati.
ReplyDeletetrima kasih atas perkongsian ilmu dan petua tuan dlm blog ni, yg saya rasakan sgt2 berharga utk jadi bekalan dan peringatan khasnya kepada diri saya.
insyaAllah jika ada kelapangan masa, saya hendak bertemu tuan utk belajar sikit sebanyak ilmu duniawi dan rahsia alam yg masih banyak saya tak tahu.
p/s - sepupu saya ramai di Geting,Tumpat. buleh la nok kecek sikit2... :)
mzul insya Allah kita akan bertemu. kalau datang kb email saya aje.
ReplyDeletemintak kebenaran paparkan hasil tulisan tuan di blog kami..sebuah info berguna dr pendaki utk pendaki..
ReplyDeletesila la lawat blog kami..
http://dewarimbaz.blogspot.com
Salam dewa rimba adventure team.
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak di atas kujungan tuan.
Tentang permintaan tuan, dengan besar hati saya izinkan. Semuga akan memberikan mafaat bersama.
Salam rimba dari saya.