Nampaknya memang tahun 2008 menjadi tahun sedih bagi keluarga kami. Tadi pada jam 1.30 petang 12 Okt. 2008 kami kehilangan Kak Ipar yang begitu rapat dengan keluarga kami. Nik Fatimah Binti Nik Daud yang kami bahasakan Kak Mah adalah isteri kepada Abang Sulung saya telah pulang ke Rahmatullah. Beliau hanya pening, baring dan terus koma sebelum meninggal 2 jam kemudian. Ketika itu Allahyarham dan abang saya bertandang ke rumah Kakak ke dua saya di Pasir Puteh dan di sinilah beliau kembali ke sisi Allah. Jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Cik Siti di Jalan PCB Kota Bharu awal esok selepas subuh. Semoga rohnya dirahmati dan diampuni Allah yang Maha Pengampun. Amiin.
Pada 23 Ogos 2008 saya kehilangan Mak Mertua dan isteri saya kehilangan Ibu yang dikasihi. Pada 24 Jun 2008 sebelumnya kami kehilangan Abang Ipar, suami kepada Kakak kedua isteri saya akibat kemalangan. Allahyarham dilanggar lari. Sebelum ini tidak siapa pun yang tahu macam mana kemalangan berlaku. Ditakdirkan dengan izin Allah Allahyarham datang beritahu saya di dalam mimpi. Betul atau salah hanya Allah yang tahu. Di kalangan keluarga, saya hanya beritahu isteri saya saja tentang hal ini. Saya tidak mahu hebuh nanti orang akan kata saya mengarut atau merapu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.
hari ini juga bapa hisham rais meninggal..Al Fatihah bang!
ReplyDeleteSalam saudara,
ReplyDeleteAlfatihah buat kesemua yang telah
kembali kepada NYA, lebih dahulu dari
kita. Giliran kita juga semakin hampir.
Semoga ALLAH tempatkan arwah dikalangan hamba-hamba NYA yang terpilih.
Salam takziah buat saudara dan keluarga.
Sofi
Innalillahi wainnailaihi raajiun. semuga Allah cucuri rahmat ke atas ruhnya.
ReplyDeleteTerima kasih sdr sofi.
ReplyDeleteInnalillahi wainnailaihi raajiun.Rahmat Allah utk mereka.Amin.
ReplyDeleteInnalillahi wainnailaihi raajiun.Rahmat Allah utk mereka.Amin.
ReplyDeleteInnalillahi wainnailaihi raajiun..
ReplyDeletegugurnya daun di Arash Allah..Al fatihah buat semua
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteSaya baru dapat internet dan tumpang sedih atas berita ini.
Innalillahiwainnalillahirojiun.
Takziah saya kepada seluruh keluarga Allahyaharmah. Semoga ruhnya dicucuri Rahmat Illahi yang berterusan dan diletakkan dikalangan ruh orang orang yang Soleh. Amin!!
uncle, semoga roh mereka dicucuri rahmat belas ihsan Allah. dan benarlah hakikat, yang hidup hujungnya mati. semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah. yang pergi, moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
ReplyDeleteSalam untuk semua
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak di atas simpati dan takziah saudara/saudari semua.
Semoga mendapat ganjaran dari Yang Maha Pemurah.
Takziah sdr, semoga aruah dicucuri rahmat,diampuni semua dosa dan diterima segala amal.amin
ReplyDeletedaripadaNya dia dtg kepadaNya dia kembali..Moga roh di cucuri rahmat
ReplyDeletesalam takziah buat saudara..agar pemergian mereka memberikan kita satu kekuatan untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah ddunia yang sementara ini..Alfatihah buat semua yang telah meninggalkan kita dibumi sementara ini..
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa tu...wassalam
Saudari erisya dan miss jaz :
ReplyDeleteSalam beradat salam bersambut.
Jalan beringan menuju pekan
Kedatangan kalian memang dijemput
Singgah kalian amat dialu-alukan.
Anak rusa meneguk di perigi
Ada masa jengoklah lagi.
Terima kasih kalian berdua.
saya link blog saudara. salam aidilfitri.
ReplyDelete