Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 15, 2009

Sekadar Luahan Perasaan Seorang Ayah

Harapkan janganlah ada sesiapa yang ambil hati. Titipan ini hanyalah sekadar bercerita dan luahan perasaan seorang ayah bila anaknya diperlakukan dengan cara yang tidak sepatutnya.

Dari kecil saya bangga dan teruja dengan tentera. Bermula dengan abang tiri saya sehinggalah sekarang ramai ahli keluarga saya yang terlibat di dalam angkatan tentera. Tentera Darat, abang tiri saya pencen dengan staf Sarjan, Biras saya pencen dengan Major. Abang Ipar angkat saya pencen dengan Kolonel (Udara). Mereka menjadi Idola Along (anak sulung saya). Maka Along rela menolak peluang belajar di luar negara dan memilih menuntut di ATMA sekarang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Sekarang sudah pun berkhidmat di Kapal Peronda KD PAHANG.

Apa yang hendak saya katakan di sini ialah stail pengurusan dan kepimpinan di dalam tentera (mungkin tidak semua) yang tidak seindah dipandang mata. Adakah Pegawai dan Kakitangan tentera ramai terdiri dari jenis yang suka membangangkan atau memang bangang walau pun ramai di antara mereka terdiri dari Pegawai berijazah?

Di ATMA, mereka kata mereka mementingkan amanah, pelajaran dan disiplin. Tapi apa yang berlaku, telefon Along dirampas oleh Jurulatih semasa OCnya bercuti dan tidak dimaklumkan selepas itu, kemudian pula dikatakan hilang dalam simpanan. Akhirnya didapati Jurulatihnya yang berpangkat Sarjan mengambil dan menggunakannya untuk peribadi. Bila saya jumpa OCnya dan saya kata saya akan buat laporan polis, barulah dipulangkan. Itu pun setelah Jurulatih itu ditampar oleh OC.

Perkara kedua yang sering berlaku ialah latihan/kerja malam sehingga ke jam 2 pagi dan bangun jam 5.30 atau 6 pagi di saat 3 ke 4 hari sebelum peperiksaan. Bila masa penuntut nak tumpukan belajar? Macam mana nak tumpukan perhatian kepada pelajaran kalau dah tidur 3 jam satu malam. Macam mana nak cemerlang sebagaimana yang diharapkan?.

Ketiga, sudah beberapa kali tiket Air Asia dari KL ke KB hangus gara-gara cuti ditangguhkan dengan short notice. Semasa hendak pulang untuk Raya juga perkara yang sebangang itu sering berlaku setiap kali nak balik. Notice cuti diberikan lima hari atau kalau lama sikit pun seminggu. Semasa nak raya tikit bas sebulan sebelum tempoh sudah habis dijual. Tiket flight pun sama juga. Habis kelam kabutlah budak-budak
cari kenderaan nak balik. Nasib baiklah adik-adik dan kakak-kakak saya ramai di KL dan Along balik tumpang mereka. Pernah saya sendiri terpaksa hantar Along dengan kereta ke KL kerana kehabisan tiket bas dan kapal terbang. Bayangkan kerana jam yang teruk saya mengambil masa lebih dari 10 jam dari KB ke Sungai Besi.

Baru-baru ini pula, Along kena lapor di KD PAHANG yang berpengkalan di Teluk Sepanggar, Sabah pada hari ini 15 Jan 2008. Sebelum ini Along di Lumut. Flight dari KLIA ke Kota Kinabalu pada jam 9.20 pagi 14 Jan. 2008 hanya diberitahu oleh bahagian pengurusan pada petang 12 Jan. Sedangkan mereka memang tahu yang tidak ada kapal terbang dari Ipoh ke KLIA. Jadi terpaksalah Along dan seorang kawan bayar RM120.00 sewa teksi dari Lumut ke Medan Gopeng, Ipoh dan naik bas ke KLIA pada malam 13 Jan. dan tiba di KLIA jam 2.00 pagi. Jadi Along dan kawannya menunggulah semalaman di KLIA menanti flight pada jam 9.20 pagi esoknya. Hotel dah tutup untuk check in pada jam 12.00 tengah malam. Melangutlah Along semalaman di KLIA. Buang masa dengan sia-sia. Bukankah itu bangang atau bodoh namanya!

Kalau tarikh flight diberitahu lebih awal, Along boleh balik KB dan ambil flight dari KB ke KLIA pada hari yang sama dengan flight ke KK. Tidaklah menganiayai anggotanya dengan menunggu dan buang masa dengan cara yang terseksa tidak tidur. Dahlah keletihan naik bas dari Ipoh ke KLIA.

Baru-baru ini juga semasa saya nak bawa Along balik sama ke KB, dimaklumkan Along boleh balik pada jam 12.30 tengahari tetapi kerana borang cuti tidak ditandatangan oleh Pegawainya, kami hanya boleh bertolak pada jam 5.00 petang mengharungi hujan lebat ke KB.

Saya tahu askar perlu tabah dan berdisiplin. Tetapi hanya itukah caranya untuk melatih ketabahan. Sengaja membuatkan anggotanya susah dengan cara yang tidak menggunakan akal?

Itulah sebabnya saya berpesan kepada Along, di hari kemudian nanti Along akan jadi ketua. Jangan membangankan diri kita kerana nak bangangkan anggota bawahan. Jadilah manusia yang cekap bertindak, bijak merancang dan berhemah dengan orang bawahan. Jangan jadi manusia yang bertindak bodoh setelah cerdik!

34 comments:

  1. Assalamualaikum Saudara,

    saya terkejut dengan apa yang saya baca ini, macam tak percaya!! Ini bukan menguji ketabahan, ini membuli namanya!!

    Kesian Along!!

    Saya cadangkan saudara menulis dengan Rasmi akan isu ini. InsyaAllah, Saudara akan dapat menggelakkan hal yang sama berulang tidak kiralah pada siapa pun.

    Memang orang Malaysia budaya mereka tidak menghargai masa. Mengaku sahaja hafal surah Al Asr, tapi tak mempraktikannya!!

    Harap Along dan rakan rakan OK sekarang.

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Secara umum apa yang boleh saya katakan adalah, sudah menjadi lumrah apabila seseorang itu merasakan yang dirinya sudah berpangkat dan ada kuasa, maka dia berasakan apa yang dibuat adalah betul belaka.

    Tidak kiralah samada dalam tentera atau pasukan beruniform yang lain, dalam mana-mana organisasi pun mesti ada orang yang seperti ini.

    Rujuk kembali kes seorang prebet (ATM) menyaman ketuanya beberapa minggu yang lalu, dimana beliau dibelasah hingga patah tangan dan di ugut sebab kes yang kecil.

    ReplyDelete
  3. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Malam tu saya call Along kat airport. Dia sedang baring kat kerusi panjang di situ. Saya "kan papa suruh check in kat hotel dekat situ" dia "Tak dibenarkan check in selepas jam 12.00 malam, so along lepak kat sini jerlah".

    Puan tentu faham betapa sedih dan geramnya saya.

    Walau apa pun Along selamat tiba di KK dan sempatlah rehat satu malam.

    Dulu semasa Along di ATMA saya ada email kat Penglima dia dan salinan kepada Datuk Najib semasa Datuk Najib menjadi menteri pertahan berkenaan dengan tidak hiraukan masa belajar Penuntut. Lepas tu adalah perubahan sikit.

    ReplyDelete
  4. W'salam Isa.

    Itulah yang uncle tidak faham, boleh dikatakan semua Pegawai sekarang ada ijazah. Sepatut fikiran mereka lebih terbuka dan bertindak dengan betul.

    Ini tidak, fikiran mereka macam Pegawai zaman tahun 60an lulusan SRP/PMR sekarang. Dapat kuasa sikit nak buli lebih.

    Uncle terfikir juga, sekiranya meletus perang macam mana dia orang merancang strategi dan mengurus bekalan, baik senjata atau logistik agaknya.

    Kalaulah berterabur macam tu, alamat malanglah nasib Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Uncle, ini sudah melampau..saya yg membacanya pun rasa panas hati..saya di pihak Along. semoga dia terus tabah dan bakal menjadi seorang pemimpin yg tidak sebegini... timbangrasa? belas kasihan? integriti? huh..satu dalam sejuta!

    ReplyDelete
  6. salam..
    adik ipar saya (adik suami), abangchik, juga tentera (TUDM). Sekarang berada di Lubnan, Misi Keamanan. Dari cerita-cerita yang saya dengar dari ibu mertua, memang byk ler kerenah bos2 nyer.. contoh bab nak bercuti & macam-macam. tapi abangchik ni saya tengok dia ni jenis agak lurus & tak byk kerenah. Ayah mertua pulak memang dari awal tak setuju dia masuk tentera, sebab ayah mertua juga tentera. Ayahnde saya juga tentera, dari awal dah warning anak-anak tak bagi masuk tentera.
    Nampaknyer kuat semangat Along, semoga menjadi serikandi teladan yang kental jiwa raga.

    ReplyDelete
  7. uncle,pada saya bila dah namanya sektor perkhidmatan awam,yg selain dari unit beruniform pun mmg byk kebanganang org2 kt atas.walaupon berijazah,tp takat pemikiran mcm budak tadika.tu x masuk lg org2 yg senang sgt digula2kan.walaupon pangkt setinggi mana,kdg2 x layak utk di respek kerana pelakuannya pon byk yg menjengkelkan..lg satu typical org yg keje dgn gov nie,keje malas tapi duit nak..
    sori uncle tumpng melahirkn rsa x puas hati kat sini plk since topiknya bleh brkait.:)

    ReplyDelete
  8. salam uncle, sebenarnya banyak kekurangan dalam ATMA ni.. bekas suami saya dulu pun tentera jugak.. masa dalam proses perceraian, kes di rujuk ke KAGAT.. ketika sedang menunggu giliran untuk sesi kaunseling, terdengar pegawai KAGAT menasihatkan seorang tentera agar jangan menceraikan isterinya.. kerana apa?? semata2 kerana tidak mau nanti gajinya di potong kerana di beri untuk nafkah anak2.. sakit hati masa tu, sebab bukan nak nasihat untuk jadi baik, tapi sebab takutkan duit kena potong tiap2 bulan.. macam ni punya pegawai pun ada.. lepas tu, terus tak percaya pada mereka2 ni..

    ReplyDelete
  9. tuan,

    apa yang saya sendiri pelajari tentang orang yang ada ijazah, kekadang mereka ada ijazah tapi tiada akal. hatta masters degree pun masih lagi tiada akal.

    mentaliti sebegini yang "mendidik" askar kita? patut lah mereka2 ini asyik dijadikan alat oleh golongan politikus. kesian kepada askar2 yang berakal.

    ijazah bergulung-gulung tiada makna kalau akalnya tiada.

    salam.

    ReplyDelete
  10. Anaknada Galuh,

    Walau uncle sebagai orang tuanya geram, tapi uncle tengok Along biasa jer. Mamanya yang lebih bising. Tapi memang perangai Along dari kecil, macam tu. Dia gembira dia akan nampak gembira, bila dia susah atau tidak senang hati dia diam.

    Dari kecil dia tidak merengek. Dia sakit ke, dia demam ke, dia akan diam. Dulu uncle tahu dia sakit atau demam bila uncle rasa badannya panas atau pun mulutnya kering dan merah. Itulah tanda dia demam. Nak harapkan dia cakap, dia tidak akan cakap.

    Masa dia kecil walau pun dia deman, dia tidak akan merengek atau menangis. Jadi untuk berjaga-jaga dia panas sikit, atau batuk sikit uncle terus bawa dia ke klinik sebab uncle takut melarat.

    ReplyDelete
  11. W'salam kakyong,

    Nampaknya begitu celaru sekali management dalam ATM, sayang sekali para Pegawainya ramai yang terpelajar tetapi kerja hempeh!

    Tapi dari segi kekuatan semangat dan fizikal Along, uncle tidak ragu. Dia akan tabah dan tetap bersemangat.

    ReplyDelete
  12. Siapa yang tidak sayang anak? Kerana sayang itulah anda amat terasa. Saya juga pernah mengalami perasaan yang serupa bila kesuahan menimpa anak-anak saya.

    Semua yang terjadi itu adalah pengajaran yang berguna kepada semua orang terutama yang terlibat secara langsung.

    Golongan yang jadi begitu berkemungkinan ada kaitan dengan apa yang sering diperkatakan tentang 'keberkatan ilmu'. Kebijaksanaan hanya membawa manusia kepada mendapat kecemerlangan untuk dirinya.

    Tetapi semasa mengejar kecemerlangan itu, ia sering membantah nasihat guru, melawan arahan guru atau menunjukkan kehebatan melebihi gurunya menyebabkan ilmu yang didapati itu tidak berkat.

    Inlah faktor yang menyebabkan orang tersebut tidak dapat berfikir dengan munasabah walaupun bijaksana.

    Perkara ini tidak berlaku dalam tentera sahaja. Jabatan lain juga menghadapi masalah yang serupa.

    Jadi keberkatan ilmu adalah penting. Usah menghina guru seperti yang terdapat dalam Blog saudara Paneh yang saya baca semalam.

    ReplyDelete
  13. leiah,

    Berdasarkan itulah di pejabat uncle dikatakan garang. Uncle utamakan kerja pakai otak bukan ikut perasaan dengan acuh tak acuh. Pelanggan mesti dilayan dengan sewajarnya dan berhemah.

    Uncle juga tergolong di dalam kakitangan kerjaan tetapi uncle juga kekadang menyampah dengan cara mereka bekerja. Apa kata leiah itu betul. Pernah uncle tengking seorang Pegawai di Jabatan Pendidikan kerana kerenah yang samalah, lepas tangan semasa uncle mohon pindah sekolah adik. Tapi akhirnya tak pun sampai 10 minit dapat diuruskan.

    ReplyDelete
  14. W'salam nurdaniella.

    Rupanya di dalam ATM ni mana-mana bahagian pun sama saja. Pegawai yang berurusan dengan kebajikan Agama pun bersikap macam tu. Susahlah jadinya.

    Bukankah potongan gaji kalau dibuat pun untuk anak-anaknya juga. Itulah penasihat yang bodoh namanya.

    Yelah orang bodoh jer yang nak percayakan mereka.

    ReplyDelete
  15. Garden,

    Itulah yang saya kesalkan, berijazah tetapi mentaliti kelas penarik beca. Kalau manusia jenis ini yang memimpin, cuba bayangkan apa akan jadi sekiranya berlaku kecemasan.

    Meletus perang ke, harurat ke atau negara kita diceroboh. Itulah sebabnya tentera singapura sewenang-wenangnya menceroboh perairan dan ruang udara kita tanpa apa-apa tentangan. Uncle rasa bukannya pengecut tetapi lembab dan tidak bersedia.

    ReplyDelete
  16. Salam MADiSYAK,

    Selamat kembali tuan. Alhamdulillah tuan selamat pergi dan kembali, insya allah tuan mendapat haji yang mabrur.

    Memang bukan saja di dalam ATM. Banyak jabatan yang mempunyai pegawai sebegitu.

    Betul kata tuan, Ibu dan Guru adalah manusia yang mesti dihormati dan disanjungi. Keberkatan ada pada mereka. Janganlah derhakai dan lupakan mereka.

    Paneh agak emosional, tapi ada sebab kot?

    ReplyDelete
  17. ralat sungguh bila sedemikian terjadi :(

    ReplyDelete
  18. Mak Su,

    Ya Mak Su, Mak Su juga seorang ibu.

    ReplyDelete
  19. Memang dorang ada degree. Memang dorang ada pangkat, memang dorang ada kedudukan selesa TAPI...degree tak bermakna kalau akal tak nak guna, pangkat pun nak buat apa kalau tak tahu nak menentukan keputusan terbaik untuk anak bawahannya, kedudukan yang selesa pun tak berkat kalau anak-anak buah merana...

    Lupa nak perkenalkan diri, salam dari Arryani di Selatan...

    ReplyDelete
  20. W'salam arryani,

    Terima kasih kerana berkunjung.

    Betul arryani, tiada gunanya sijil berjela, pangkat melangit kalau tindakan dan pemikiran tuan empunya diri tidak setaraf dengan apa yang dia dan dia sandang.

    Atau memang mentaliti manusia berjiwa sakit suka melihat orang lain susah dan suka pula menyusahkan orang lain.

    Itu penyakit jiwa namanya.

    ReplyDelete
  21. Salam En Mountdweller,

    Opah memang tak tau langsung pasal tentera ni, dari apa yang opah dengar2 orang ceritalah memang tentera macam tu, memang sakit hati bila membacanya. Harap ada penyelesaian jgn biarkan menjadi duri dalam daging kita.

    ReplyDelete
  22. salam tuan,
    perkara buli membuli ini bukn sesuatu yg baru di dlm maktab tentera malah sudah menjadi amalan tradisi dari pegawai atasan,warden,senior hingga ke junior

    Perkara ini tidak akan selesai selagi undang2 dan garis panduan tidak dilaksanakan

    ReplyDelete
  23. W'salam Opah,

    Bagi saya mereka nak buat apa saja untuk membina kekuatan mental dan fzikal bukanlah dihalang atau dikepuhkan tetapi ini adalah seolah-olah sengaja menyusahkan dengan tindakan bodoh yang tidak melambangkan kemuliaan tugas sebagai pegawai tentera.

    Bila tindakan kita bodoh maka secara langsung orang memandang kita tidak berakal.

    ReplyDelete
  24. W'salam sdr. megen,

    Buli adalah salah satu cara untuk memnina kekuatan luaran dan dalaman. Kekuatan dalaman lebih penting sebenarnya. Tetapi buli mestilah bertempat dan ada had tertentu.

    Bagi saya di RMC atau mana-mana kolej yang dikendalikan oleh tentera adalah sinonim.

    ATMA/Universiti Pertahanan tidak terkecuali cuma mungkin cara yang berlainan kerana bertaraf universiti. Semua yang nak ke situ sudah tahu. Maknanya mereka rela menerima apa saja bentuk buli yang ada hadnya.

    Tapi adakah buli yang membena sekiranya membuat perkara-perkara yang menyusahkan seperti tangguh cuti dengan tiba-tiba setelah tiket ditempah? Tidak memaklumkan cuti raya lebih awal sedangkan mereka tahu jika lambat semua tiket akan kehabisan. Tidak kiralah bas atau flight. Tiket ke KB pada musim raya, bawa 100 kereta api pun tidak akan cukup.

    ReplyDelete
  25. salam mountdweller,

    terfikir gak nak komen ke tak blog entry nih. almaklum saya dididik dengan cara tentera sejak kecil.. n Along n Adik tuh dah macam adik dgn saya sendiri n macam mak sedara bagi anak2 saya.

    as for me la kan.. ketabahan saya dalam kerja, belajar dan sebagainya banyak diasuh oleh tentera. disiplin dan sebagainya pun mmg diasuh dengan cara tentera masa kat RMC dulu. 'buli' ataupun kita panggil 'hell' memang mengajar saya, sementelah dirumah pun saya cuma diajar menjawab Yes Sir dengan arahan2 aruah bapa saya.

    for me 'buli' dalam tentera is good thing bila ianya bertujuan untuk mendidik dan mengasuh dan dilaksanakan dengan fikiran yang WARAS. tapi dalam kes Along, ianya tidak lagi berupa 'buli' dalam tentera. itu lebih kepada satu kesalahan dalam tentera / awam (rampas handphone untuk kegunaan sendiri) mmg patut OC tu menampar jurulatih berkenaan.

    dalam kes cuti, notis lapor diri dan sebagainya, sebagai abang kepada Along, saya boleh mengatakan perkara tu memang la BANGANG. saya kerja gomen juga, sebagai ketua jabatan di tempat kerja saya, dan saya tak boleh fikir dengan secara rational kenapa tempoh notis yang diberi tidak mengambil kira faktor-faktor logistik dan sebagainya. setakat yang saya belajar dulu, dalam tentera logistik adalah penentu kemenangan dalam satu2 peperangan.

    ooo... saya terlupa la plk.. askar memang BANGANG... sebab tu saya tak jadi askar lepas passing out hari tu..haha

    p/s :send my regards to Along n Adik.

    ReplyDelete
  26. W'salam Tuan,

    Nasib baik berundur dari jadi bangang lebih awal. Kalau tidak, jadilah bangang sempai ke tua!

    Kerja ke tuh? Macam mana jadi nanny separuh hari ari tuh? Nasib baik gua tala ikut, berpanaslah jawabnya.

    About the 'salam' Along n Adik will read this n3 and comments

    Salam buat semua kat rumah

    ReplyDelete
  27. Salam,

    Dah beberapa kali saya terlihat komen anda di blog teman2 anda...kali ini tergerak hati saya nak menziarahi anda dan saya harap anda tak keberatan menerima kunjungan saya...salam kenal dari saya. Anyway saya ingatkan 'Along' tu lelaki...rupa2nya wanita. Alhamdulillah kerana anda mempunyai seorang puteri bersemangat waja!

    ReplyDelete
  28. W'salam CT.

    Saya mengalu-alukan sesiapa saja yang sudi berkunjung termasuk CT. Terima kasih di atas kunjungan dan sudi pula tinggalkan komen.

    Ya, Along adalah anak perempuan sulung saya. Kami hanya ada 2 orang anak dan kedua-duanya perempuan.

    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  29. sedih ngan nasib along....zaman siber pun masih ada kes buli-membuli lagi rupanya..pihak atasan pulak tuh!

    ReplyDelete
  30. Erisya,

    Entahlah, itu kita kata zaman cyber tetapi mungkin otak mereka masih di zaman cannibal.

    Nampaknya along ok, cuma papa dan mamanya yang panas hati. Uncle tahu Along pun sakit hati tetapi dia ni jenis yang tidak tahu merungut.

    ReplyDelete
  31. wau dasyatnya, anak lelaki saya berminat sangat nak masuk RMC/ATMA.
    kalau mcm ni tak payahlah

    ReplyDelete
  32. sdr. fital,

    Janganlah dihalang hasrat anak, anak saudara kuat semangat. Biarkanlah dia masuk ATMA/UPNM kerana memang kerja akan terjamin. Saya dengar dari anak saya bila sudah jadi Universiti Pertahanan National Malaysia ni, keadaannya sudah berubah. Tidaklah sekeras dulu dari segi latihan dan disiplinnya sebab orang awam pun diterima masuk.

    ReplyDelete
  33. Askum...

    lama dh x komen rasa tertarik pulak bila tgk papa masukkan n3 nih..

    bagi sy yang dh mmg chop 10jari, waktu training mmg teruk kene tindas dek pegawai, tp lama2 rasa cam dh biasa....nk cite sal command yg ngarut2 yg diterima mmg bnyk, yg x munasabah lagi tak cukup jari nk kira, tp officer's train mesti kene fight selagi bley dirunding. kalo kita bakal pegawai tak bley nk jaga interest kite, mcm mana nk jaga interest bdk2 bila nk jadik pegawai. tp certain things, still, setakat kadet cabuk mmg xde org nk dgr. pasal cuti last minute mmg biasa, kononnya last order, askar kan kene bersedia sebilang masa....tp diingatkan itu cara kerja askar tiarap (TDM :p)

    askar laut nih rasanye lebih organized....walaupun tak berapa nk A sngt lagi lah. setakat yg say berkecimpung dlm navy tak berapa thn ni, saya rasa bersyukur gak la saya pilih laut,kalo dah sampai member2 sy yg darat n udara pun bila call bley cakap "untungnye ko masuk navy!"

    all in all, we have to be satisfied with what we have and make full use of it and if possible make some improvements.

    Buat Abe Jey (Tuan Saharizam):
    RMC tuh askar tiarap nyer train, no wonder la abe jey kata bangang :P :p :p :p jgn marah nnt kene jual.....salam diterima ;) peace out

    Along

    PS: duty la ari ni...melangut kt kapal menunggu hari esok ;)

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum WMT
    Abe Din, saya M.Jenam, masihkah ingat saya? Walaupun kita duduk hampir satu kampung (Lundang) tapi jarang sungguh jumpa, dan boleh dikatakan hampir tak jumpa langsung, dah dekat 3 tahu lebih dah rasanya tak jumpa.
    Kebetulan surfing malam nie cari info mengenai AgroTourisn di Malaysia, saja tolong kawan buat research tesisi dia, dan terjumpa pulak site abe din. Molek lah kalau ada website sendiri, walaupun tak dapat berjumpa secara fizikal dapat jugak kita berbual secara online.

    Nombor handphone saya masih lagi seperti dulu, in case hilang nie dia..012-9586816 M.Jenam. Saya masih tinggal ditempat lama, dan sudah siap bina rumah, rumah papan usang dua tingkat yang saya dapat ikhsan orang tua (tak kisah lah rumahku syurga ku!)

    DAri hari terakhir abe din datang ke rumah saya (masa majlis bercukur anak sulung) sampai sekarang, anak dah bertambah dari sorang sekarang dah lima! cepat sungguh masa berlalu.

    Saya berkerja dari rumah, bergiat didalam bidang IT, computer repairs dan pengkhususan didalam virus dan malware removal.

    Kawan2 lain yang masih lagi jumpa, Mat Shah dan Sajey, pijit dah ke Kuala LUmpur berkerja disana dan menjadi suami hujung minggu bersama Hj Markoko.

    Lama sungguh masa berlalu, tengok Along dah jadi Lt. didalam Angkatan Laut terasa sungguh yang saya dah semakin tua dari segi umur tapi belum cukup matang dan dewasa dalam berfikir dan survival hidup. KAlau ada masa datang ler ke rumah, kita boleh sambung balik persahabatan yang `hang' ditengah jalan.

    Akhirkata, sambut lah salam persahabatan dari saya sekeluarga

    Aznam Ahmad Shahibuddin
    P/s Lah Green loa nie dok manna? Lama jugak tak berjumpa dengan dia semenjak saya bertapa dan memencilkan diri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa