Salam buat semua teman-teman. Baru balik malam tadi. Demam dan selesema.
Hanya mampu bercerita dengan gambar jer...

Waterfront Lumut

Taman Paya Bakau dengan Along

Isteri di Pasir Bogak

Jeti ke Pulau Pangkor

Dalam Feri ke Pulau Pankor

Pangkor

Juga Waterfront Lumut

Kera dan anak di Hutan Paya Bakau

Tayangan Perdana

Indah

Bersama Along di Paya Bakau

Teluk Batik

Pemandangan dari Yacht Club

Pemandangan dari tempat yang sama

Bersama isteri di depan Yacht

Di beranda rumah ipar. Sunway Kayangan

Di tempat yang sama

Along, Mak-Mak Sedara dan Sepupu

Di Lobi Hotel
34 comments:
salam uncle,rindunak baca n3 uncle...wah bercuti sakan nih...k,takpe lah p la brehat dulu..semoga cpt sembuh...nanti bleh kita bercerita lagi...
salam uncle..
rindu nak baca entry uncle..
dah byk entry azza yg uncle tak tgk..
seronok bcuti..
tringt lak kenangan kat pangkor baru2 ni..hehehe
W'salam jue,
Insya Allah bila dah ok sikit uncle akan bercerita lagi. Jue ok tak? sekolah dah nak buka ni. Selamat bertugas.
W'salam azza.
Ya, uncle tidak sempat nak buka semasa bercuti sebab selalu on the move. Walau apa pun uncle pasti akan ke blog azza nanti.
Seronok juga. Uncle sewa motor dan round ke segenap pelusuk pulau.
Salam Tuan...
Tayangan perdana tu dasyat betul, director's cut tuh...tak de censored punya!
Salam Ayahanda,
Wah seronok bercuti.... selamat kembali dan banyakkan rehat... didoakan semoga cepat sembuh..
Wassalam
Pangkor dan teluk intan...saya pernah kesana.pertama dan terakhir dengan program rakan muda.berkayak pusing pulau....
saya memang tak pernah pegang kayak sebelum ni....itu pengalaman paling ngeri masa tu.jungle trekking masuk hutan yang AMAT2 teruk..pokok2 berduri...tumpo kata orang perak !!!....
tapi pengalaman : saya boleh kongsikan jangan bermain2 dengan alam kalau tidak ada persedian...tgk gambar tuan teringat cerita dulu2....
W'salam sdr. desperado,
Humm... sekali sekala terlepas tapisan!
Terima kasih kerana sudi singgah.
W'salam sdr. Isa,
Terima kasih di atas doa sdr. Insya Allah akan sembuh dalam masa 2,3 hari.
sdr. jinggo,
Saya pun tidak mahir sangat tentang kayak cuma bolehlah untuk bawa diri.
Betul kata sdr. Berkenaan hutan dan belantara memang memerlukan disiplin dan harus merendah diri. Pantang larang tetap ada, cuma jangan melebihkan benda-benda lain dari kekuasaan dan ke esaan Allah.
Salam Saudaraku Fakharuddin,
Allahdulillah,
Dalam keseluruhan jiwa kita untuk ALLAH swt, dikurniakan masa untuk kita bersendirian, masa untuk ke hutan, gunung dan denai. Malahan dikurniakan NYA buat saudara masa bercuti santai bersama keluarga.
Semoga kesihatan saudara beransur pulih.
Salam takzim
Salam Uncle, Salam pertemuan kembali.. tak terlambat utk lin wish happy new year, minta maaf agak lama tak menjenguk ke sini.
Tgk dr gmbr2 uncle tu teringin nak ke sana, insya Allah satu hari nnt...
* Sayang betul uncle kat Along yer..
Wahh..selamat pulang uncle! Sy dah tgk gambar2 yg uncle letak. Cantik..n ader yg kelakar. Waahh..ni mesti along tgh cuti panjang ek.
W'salam sdr.ku Mohd. Sofi.
Ya, alhamdulillah saya dipanjangkan umur dan dapat meluangkan masa untuk cuti bersama keluarga. Begitulah saudara kita sebagai hamba cuma berupaya berdoa dan berharap akan limpah dan kurniaNya.
Oh ya, saya ada terbaca di dalam METRO kalau tidak silap minggu lepas tentang Mat Indera. Wartawan ini sudah silap fakta dikatakan dia lebih handal dari Gurunya di dalam kebatinan. Gurunya hanya handal di dalam bidang persilatan sahaja.
Saya tertanya adakah wartawan ini pernah menyelami sejarah perjuangan Guru sebelum menulis? Dalam bab ini kalau tak silap saya Salmi Manja ada menulisnya secara detail.
W'salam Lin,
Terima kasih di atas ucapan dan begitulah juga uncle kepada Lin. Tahun baru merupakan tahun merangka dan merencana. Harap dan doa untuk berjaya ke arah itu.
Ya Lin, di sini banyak juga tempat yang menarik kepada sesiapa yang sukakan 'Nature'.
Memang kedua-dua anak uncle rapat dengan uncle cuma bila berkait dengan hal-hal perempuan selalunya mereka lebih rapat dengan Mamanya. Maklumlah sejeniskan. Dengan Papa tentulah ada batas yang mereka malu nak berterus terang.
Cuma percutian kali ini hanya Along yang boleh bersama kerana Along bercuti agak panjang sebelum keluar memo pertukaran. Adik sudah ada kuliah. Sebenarnya sebelum ke Lumut dan KL uncle di Penang bersama adik dan membelikan keperluan dia di sana.
Kami ke Penang menemani adik drive ke sana. Kalau kami tidak iring dia terpaksa drive sorang-sorang. Jadi kami bimbang juga sebab sekarang musim hujan.
Assalamualaikum Saudara,
Alhamdulillah, Saudara sekeluarga telah Selamat Bercuti dan kembali ke kampung Halaman.
Berehatlah!!
salam anakanda Goloh.
Terima kasih di atas ucap selamat. Memang banyak tempat yang menarik di sana. Yang lucu tu mungkin yang 'tayangan perdana' tu kot?
Hehehe...rahsia lah uncle! (memang ye pon)
Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.
Terima kasih. Tapi itulah, walau pun kepala masih berdenyut, hidung masih berair, tangan masih gatal membelek blog teman-teman dan tinggalkan komen.
Nak buat n3, memang kepala masih tidak upaya nak memikir.
Anakanda galuh,
Yang tu terlepas tapisan!
Tuam moga cepat sembuh dari demam n selesema.
Salam Maal Hijrah dan Tahun 2009,
Harap anda bertambah sihat
salaams uncle,
moga dah sembuh demam selsema uncle tuh. wahhh cantik2 gambar percutian....tingat lak masa honeymoon di Pangkor dulu ...tap tak dok la tayangan perdana tuh! huhuhuhu posing maut!
sekarang erisya dalam perjalanan ke alor setar ....
salaams uncle,
moga dah sembuhlah demam selsema uncle tuh....cantik2 foto tuh...suka tengok foto uncle sekeluarga :) ...hmmm tingat lak masa honeymoon yang pertama di pangkor dulu :) tak tak dok la si tayang perdana tuh huhuhu posing maut!
salam...waa..teringgin nk k sana..tunggu honeymon kot he3
Sakura,
Saya sekarang sudah ok sikit. Cuma masalah hidung masih belum kering. Harap sehari dua lagi oklah.
Terima kasih di atas doa Opah. saya pun harapkan Opah akan sentiasa sihat.
W'salam erisya.
Rupanya erisya honeymoon kat sana. Memang sesuai dengan alam semula jadi dan pantai yang cantik.
Yang tu, saja uncle uploadkan sebab semasa uncle nak ambil gambar macam-macam posing dia buat. Agaknya dia dah biasa dengan manusia yang ambil gambar.
Erisya ke Alor Star mesti berkaitan dengan hal-hal kerja kan?
Hari ini alhamdulillah uncle rasa ok sikit cuma hidung masih tak mahu kering dan batuk sikit-sikit.
Ujie,
Elok juga kalau nak honeymoon di sana. Memang kondusif. Alam semula jadi dan pantai satu kombinasi keindahan yang mengasyikkan.
muge cepat semboh. AMIN
Salam Hanis,
Terima kasih di atas doa Hanis untuk uncle.
uncle,
best tengok keluarga uncle yang bahagia bersama anak2 dan isteri...
:)
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
ooo.. pergi berjalan-jalan eyhh,
pergi ke pulau pangkor kah..
tuan, ada berjalan-jalan sampai ke teluk nipah? kemudia ke coral bay, kemudian lintas coral bay, ada sebuiah tokong cina dan terus ke teluk man (mereka beri nama sendriri - teluk man)
ada sebuah chalet kayu tinggal di teluk man.
nanti kita sambung cerita, kami pun suke ceritera sebegini tuan,
salam sayang, dan salam kembali,
taman taman ilmu
Terima kasih taman-taman ilmu.
Post a Comment