Semalam saya tengok satu program di TV9 berkenaan santau dan cara mengubatannya yang dihoskan oleh Aziz Desa dan tetamunya adalah seorang Ustaz murid kepada Dato' Harun Din. Jadi saya rasa elok juga saya buatkan satu n3 berkenaan pengalaman saya sendiri.
Ini kisah dulu-dulu yang hampir meragut nyawa terjadi kepada saya. Saya alaminya semasa saya masih remaja tua/ bujang. Bacalah kisah ini sebagai peringatan dan berjaga-jaga.
Suatu petang saya main takraw di satu gelanggang berhampiran dengan rumah saya bersama kawan-kawan. Sedang saya bermain saya tampan satu smash dari regu lawan dengan dada. Seketika kamudian saya rasa tekak saya geli dan saya batuk. Dua kali batuk, tidak ada apa yang keluar walau pun kahak. Kering saja rasa tekak. Batuk yang ke tiga saya rasa semacam kahak dan saya ludah, sebenarnya bukan kahak yang keluar tetapi darah. Saya batuk lagi, darah lagi dan saya termuntah. Muntah juga keluar darah yang fresh. Saya fikir dalaman saya luka akibat menampan bola tadi. Tapi sedikit pun saya tidak merasa sakit sama ada tekak atau dada. Saya terus balik ke rumah, bersihkan badan dan terus ke hospital.
Di hospital, selepas diperiksa doktor saya dimasukkan ke ward. Malam itu saya muntah lagi dengan darah yang fresh juga sehingga doktor perpaksa tadah mangkuk. Anihnya saya tidak merasakan apa-apa. Malam itu juga saya dixray, diambil darah, najis diambil, dimasukkan camera. Esoknya saya disuntik dengan entah apa jenis ejen yang sekiranya terdapat kuman Tibi badan akan berikan reaksi. Orang medikal tahulah kot? Segala anggota diperiksa termasuklah kuku dan mata. Saya hanya diberikan vitamin dan satu injeksen. Ubat apa saya tidak tahu dan tidak juga ambil tahu.
Saya tanya doktor kenapa semua diperiksa? Doktor kata mengikut imej xray paru-paru saya luka tetapi mesti ada sebab lain. Kalau setakat menampan bola takraw, paru-paru tidak akan terluka. Bahagian dalaman perut saya juga ok, ada gestrik tetapi tidak melukakan. Jadi satu lagi perkara yang disyaki adalah Tibi atau apa-apa penyakit yang berkaitan paru-paru.
Di dalam ward saya macam VIP sebab doktor yang bertugas adalah school mate dan salah seorang jururawat adalah anak saudara boss saya. Jadi jururawat lain pun melayan saya lebih sikitlah. Saya ditahan selama seminggu dengan hanya diberikan vitamin. Setelah keputusan kajian penyakit didapati nagetif, saya keluar ward juga dengan bekalan vitamin.
Bila saya dirumah, ada masanya saya batuk darah dan kadang-kadang muntah ketika gosok gigi pun keluar darah. Dalam saya berfikir apa yang patut saya buat, saya teringatkan seorang kawan arwah ayah saya yang mengamalkan tarekat dan boleh berdukun. Saya buat keputusan berjumpa beliau. Saya bahasakan beliau Wak (sekarang sudah arwah).
Jadi pada satu petang saya ke rumah Wak tadi. Saya diberitahu sekiranya begitulah simptomnya saya terkena santau. Saya diberikan air penawar untuk diminum sebelum tidur pada malamnya nanti dan pada pagi esoknya saya diminta ke rumahnya sebelum makan apa-apa makanan.
Pagi esoknya saya sekali lagi ke rumah Wak dan saya diminta minum segelas air penawar dan diminta saya meniarap dengan mendongakkan kepala. Seluruh badan saya ditepuk-tepuk dan leher serta tengkuk saya digosok dengan tangannya. Di atas lantai di bawah dada, leher dan dagu saya dilapikkan daun pisang muda. Sedang Wak gosok leher dan tengkuk itu saya dapati sesuatu macam pasir jatuh di atas daun pisang tadi. Wak suruh saya tengok benda itu dan saya dapati bermacam jenis benda halus seperti miang buluh, serbuk kaca, rambut dan entah apa-apa lagi. Kira-kira setengah jam Wak menyapu dan gosok tengkuk dan leher saya, benda-benda itu tidak ada lagi keluar. Wak berhenti dan minta saya bangun dan bersila. Kemudian Wak membaca sesuatu dan berdoa serta sambil menepuk dahi dan dada saya. Bila semuanya selesai saya dibekalkan dengan air penawar yang beliau doakan. Selepas itu, saya masih lagi batuk tetapi tidak teruk dan darah tidak keluar lagi.
Selepas beberapa ketika saya dibawa oleh seorang teman menemui seorang lagi pengamal tarekat yang menggelarkan dirinya Tok Ayah (sekarang sudah meninggal). Saya diberikan air penawar yang didoakan khas untuk itu. Saya minum, seketika saya muntah. Yang herannya muntah tanpa makanan tetapi yang keluar adalah semacam minyak yang berkeladak seperti minyak selepas goreng ikan kering. Muntah dan muntah lagi. Bila rasa nak muntah sudah tidak ada, Tok Ayah suruh saya berkumur dan diberikan lagi air penawar. Saya rasa segar semula. Kata Tok Ayah itu adalah minyak orang mati dibunuh/minyak dagu yang dicampur dengan bahan kotor. Biasanya ini kerja bomoh siam.
Kata Tok Ayah, penangan minyak dagu dan santau sudah lebih dari cukup untuk membawa manusia ke kubur. Tapi alhamdulillah, terkena pada saya yang kuat dalaman berkat salawat tafrijiyah yang saya amalkan. Rupanya dia tahu amalan saya walau pun itulah kali pertama kami bertemu!
Selepas itu saya beransur pulih dan alhamdulillah sihat sehingga sekarang. Saya cukup bersyukur kerana Allah selamatkan saya dan dengan peristiwa sakit inilah juga saya berusaha menggali ilmu dan membawa saya bertemu dengan bekas murid Almarhum Kiyai Salleh dan Guru Tarekat dan Tasawuf. Rupanya inilah hikmahnya dan sakit yang membawa nikmat!
Sehingga sekarang saya tidak tahu apa salah saya dan siapa kenakan saya. Saya rasa saya disenangi ramai dan ramai kawan dan kenalan. Saya rasa saya juga jenis yang komited kepada tugas dan tidak suka menjaga tepi kain orang. Lantaklah orang lain nak naik ke langit dan terjun turun pun saya tidak peduli. Itu hal peribadi mereka.
* Disebabkan ramai yang bertanyakan Selawat Tafrijiyah, ini pautanya:
http://mountdweller.blogspot.com/2008/11/selawat-tafrijiyah.html
Tuan Mountdweller...
ReplyDeleteKalau tak kena pada diri sendiri terasa macam susah nak percaya tapi santau memang ada. Kadang-kadang orang yang mengamalkan santau ni bukan kerana dia dengki tapi saja nak test 'Ilmu" yang dia ada samada menjadi ke tidak.. Dia hantar secara rambang so nasiblah sesiapa yang terkena...
Ya, Puan Tirana.
ReplyDeleteKemungkinan tu ada, tetapi kenapa manusia yang mengaku Islam begitu zalim?
salam Tuan:
ReplyDeleteMasa saya tengok interinya SATAU macam cerita orang Iban, rupanya SANTAU. Memang kebanyakannya diamal oleh bangsa Melayu. Tapi efisyen jyga kalau dihantar SANTAU ni kepada peminpin ISRAEL LAHANATTULLAH TU....kan baik,??
W'salam Sdr. Kulat.
ReplyDeleteItulah masalah dengan mentaliti orang kita. Kebolehan tidak digunakan pada tempat yang sepatutnya. Perasaan dengki atau saja nak main-main tanpa fikirkan akibatnya kepada sesama kita. Tak tahulah saya di mana Iman dan Islam yang mereka anuti.
Alhamdulillah tuan telah sihat sehingga sekarang....dan kisah tuan ini mengingatkan kembali sakura pada sorang teman sakura yang telah kembali menemui Allah kerana santau....kata orang dia di santau kerana ramai gadis2 yang meminatinya ketika itu.....
ReplyDeleteSakura,
ReplyDeleteMalang bagi teman sakura itu. Saya sebenarnya tidak tahu di atas sebab apa. Semasa remaja biasalahkan ramai kawan, tidak kiralah lelaki atau perempuan. Tetapi tidak ada yang menjadi istimewa. Kawan biasa tetapi mesra kata dalam lagu. Bukan sorang tapi ramai dan begitulah juga dengan kekawan lelaki.
Tuan, saya tidak pernah belajar salawat tafrijiyah ..Tuan boleh tunjuk tak di dalam posting Tuan yang akan datang?
ReplyDeleteSediakan Payung Sebelum Ribut...
Salam Tok Rimau,
ReplyDeleteN3 itu saya sudah buat. Sdr. boleh cari pada lebel Agama n3 pada 4.11.08. Saya izinkan saudara print dan mengamalkannya dan dengan ikhlas.
santau dan orang kita.
ReplyDeletekenapa orang menyantau..
dihujungnya adalah untuk mengena org tu...jelas untuk mempastikan aku MENANG kau KALAH.ini seakan2 di hukum tanpa DIBICARA kan....
itu skill yang terhebat yg orang kita ada...
terima kasih tuan : mengingatkan diri saya dan mungkin orang lain juga.
uncle,
ReplyDeleteteruk juga santau uncle tuh...sampai berdarah! syukur uncle berubat tepat pada masanya...sekarang ni santau dah berleluasa kembali di tempat lama erisya dulu ie Pulau Pinang. Ada jer dengar gadis2 muda meninggal sebab santau. Elok juga uncle dah turunkan ilmu untuk elakkan santau ni...maklum, kami selalu outstation! erisya dengar, santau ni bukan setakat dengki khianat jer...dah jadi peraturan mesti ada korban kalau tak, makan anak cucu mereka balik! jadi biasanya org asing yang terkena santau ni sebab mereka tak mau santau org sekampung takut tertangkap.
apapun, erisya bersyukur uncle selamat :)
Sdr. jinggo,
ReplyDeleteKerana menang dan kalahlah dunia ini purak puranda jadinya.
Tapi tak apa kita bersainglah dengan sihat di padang yang sama rata dengan itu yang menang akan gembira dan yang kalah berpuas hati.
Memang orang kita tidak kurang hebatnya tetapi malangnya kehebatan diletakkan pada tempat yang salah. Ibarat emas menghiasi jamban!
Salam erisya,
ReplyDeleteMasa tu uncle memang teruk tetapi uncle tidak berputus asa. Walau pun doktor kata tak ada apa-apa tapi bila sakit tidak baik-baik uncle jumpa dukun dan tawakkal. Alhamdulillah uncle sihat.
Yang uncle heran orang kita suka sangat mengenakan orang tidak kiralah dengan apa cara sekali pun. Kita marah Yahudi hati busuk, kita bagaimana?
betul tu uncle...org kita penuh hasad dengki...tergamak jumpa bomoh siam dsbnya...yahudi tuh kot lah kafir...mereka halalkan pertumpahan darah muslim....erisya lebih marahkan kuasa besar umat Islam yang berdiam diri berbanding yahudi tuh!
ReplyDeleteErisya,
ReplyDeleteItulah malangnya Umat Islam, bila ditimpa bencana tiada siapa yang peduli. Sedangkan semua umat Islam adalah bersaudara mengikut Firman Allah.
Malangnya sekarang semua sifat setan ada pada hati manusia yang bergelar muslim.
Saja saya paparkan komen Along sendiri terhadap n3 saya yang lepas bertajuk : sekadar luahan perasaan seorang ayah
ReplyDeleteAlong (ghostdart) said...
Askum...lama dh x komen rasa tertarik pulak bila tgk papa masukkan n3 nih..
bagi sy yang dh mmg chop 10jari, waktu training mmg teruk kene tindas dek pegawai, tp lama2 rasa cam dh biasa....nk cite sal command yg ngarut2 yg diterima mmg bnyk, yg x munasabah lagi tak cukup jari nk kira, tp officer's train mesti kene fight selagi bley dirunding. kalo kita bakal pegawai tak bley nk jaga interest kite, mcm mana nk jaga interest bdk2 bila nk jadik pegawai. tp certain things, still, setakat kadet cabuk mmg xde org nk dgr. pasal cuti last minute mmg biasa, kononnya last order, askar kan kene bersedia sebilang masa....tp diingatkan itu cara kerja askar tiarap (TDM :p)
askar laut nih rasanye lebih organized....walaupun tak berapa nk A sngt lagi lah. setakat yg say berkecimpung dlm navy tak berapa thn ni, saya rasa bersyukur gak la saya pilih laut,kalo dah sampai member2 sy yg darat n udara pun bila call bley cakap "untungnye ko masuk navy!"
all in all, we have to be satisfied with what we have and make full use of it and if possible make some improvements.
Buat Abe Jey (Tuan Saharizam):
RMC tuh askar tiarap nyer train, no wonder la abe jey kata bangang :P :p :p :p jgn marah nnt kene jual.....salam diterima ;) peace out
Along
PS: duty la ari ni...melangut kt kapal menunggu hari esok ;)
January 25, 2009 3:17 PM
A'kum Along,
ReplyDeletePapa buat n3 just untuk lepaskan ketidakpuasan dan kegelisahan papa bila terkenangkan apa yang Along hadapi. Setidak-tidaknya orang di luar sini juga tahu apa yang sebenarnya isi rumah tangga Army.
Papa tahu Along memang boleh tahan dan cekal dengan semangat.
Have a good day!
Salam Uncle,
ReplyDeleteAlhamdulillah uncle selamat, kadang kala sesuatu musibah itu sama ada baik atau buruk adalah satu pengajaran untuk kita.
Ikut pesan orang-orang tua dalam adat berkawan ni "Rambut sama Hitam, Hati lain-lain".
___________________________________
Kenapa dengan blog saya? Apa yang terjadi?
Salam Tuan...
ReplyDeleteTerima kasih dengan kisah tersebut...memang kita tidak boleh menidakkan kehadiran benda-benda sebegini...
Sentiasa berhati-hati dan tambahkan iman di hati!
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteSantau memang boleh membawa maut kalau tak kuat amalan 'dalaman' kita. Inilah hakikat yang kita kena terima walaupun ramai yang kata ini semua karut marut.
Belum kena belum tahu.
Allah swt melindungi Saudara dan dengan izinnya Saudara Selamat, Syukur Alhamdulillah.
Kita pun pelik dengan penyakit orang kita ini, bunuh membunuh cara halus dan bila buat pun rasa macam tak berdosa pulak!!
Yang paling merbahaya bila kita pun tak tahu siapa sebenarnya yang memusuhi kita kerana depan kita semuanya muka manis belaka!!
W'salam Isa.
ReplyDeleteBetul tu anakanda, kejadian itu membuatkan uncle belajar dan mendekatkan uncle denganNya. Tapi dari segi kemanusiaan itu, susahlah kita menduga. Hanya Allah yang tahu. Uncle pun tidak tahu, munkin tersalah orang atau saja-saja nak cuba.
Dah dua tiga kali uncle nak ekses blog Isa tidak dapat, keluar tulisan cacing jer.
W'salam Sdr. daddy cool,
ReplyDeleteLama tidak tengok komen sdr. Saya pun agak lama tidak lawat blog sdr. maafkan saya kerana masa kekadang tidak mengizinkan lama di keyboard.
Betul saudara, itulah juga tujuan saya buat n3 ini.
Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.
ReplyDeleteMemang bahaya santau ni, percaya atau tidak terpulanglah kepada diri masing-masing cuma apa yang saya rasa itulah dia.
Batul puan, kata guru untuk menghindari dan menahan kuasa hitam hanyalah dengan zikir dan ayat qur'an. Dalaman kita hendaklah dihidupkan dengan zikrullah. Saya amat bersyukur saya masih diizinkan sembuh.
Dalam kes saya ini, saya lebih cenderung kepercayaan kepada tersalah orang atau saja nak mencuba ilmu. Maklumlah di masa itu kerja saya menjadikan manusia yang sentiasa bergerak. Boleh dikatakan seluruh ceruk di dalam semenanjung.
Walau apa pun itulah hakikat hati budi orang kita. Seolah mengenepikan dosa.
orang kata sihir (santau) ni tidak melangkaui lautan. betul ke? abis camna nak santau kepala-kepala yahudi tu dari sini?
ReplyDeleteSalam Sdr. ASHRI,
ReplyDeleteTerima kasih di atas lawatan sdr. ke blog ini dan sudi pula coretkan komen.
Pertanyaan yang sama juga timbul di kepala saya. Kalau dah handal sangat kenapa tidak dikenakan kepada segala kepala Yahudi dan para penyokongnya. Kan itu lebih bermakna daripada mengenakan kepada sesama kita hanyalah kerana hasad dan dengki.
Sdr.,
Saya tidak fikir yang santau atau sihir ni melangkaui lautan. Kebolehan ilmu hitam terhad tidak seperti ilmu yang diredha'i.
Wallahu aklam.
salam sdr.
ReplyDeleteKeseluruhan ilmu tetap terbit dari Allah.. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia2.. pasti ada sesuatu yang tersirat padanya. tks
W'salam sdr.TokBatinSenoi,
ReplyDeleteTerima kasih di atas lawatan ke blog ini.
Betul saudara, memang ada gunanya. Paling kurang sebagai mathod pelengkap takdir.
Contohnya saya, apabila saya terkena saya lebih bertawakkal. Bila sembuh saya bersyukur dan terasa begitu hampir denganNya. Maknanya menginsafkan saya. Kerana terkena jugalah saya menggali ilmu yang sepatutnya digali oleh insan-insan yang bergelar Muslim.
salam uncle...sememangnya uncle nie kaya dengan pengalaman..pengalaman hidup yg semestinya takkan dapat dibeli ditepi2 jalan..semuanya dilalui sendiri...yang membuatkan kita berfikir ttg kejadian alam Allah yang penuh dgn kenikmatan ini...sesungguhnya ujian Allah takkan berhenti...uncle diantara org2 yg bertuah melaluinya..walaupon bukan sesuatu yg baik untuk dirasai,akan tetapi sekurang2nya ia membuatkan kita insaf dan berfikir..Thanks berkongsi pengalaman itu...
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteanda tidak keberatan boeh tuan berkongsi selawat yg tuan amalkan?
semoga ada menfaat buat saudara2 yg lain.
W'salam Jue,
ReplyDeleteBegitulah kita makhluk lemah yang dijadikan dengan sunahnya yang tersendiri. Apa yang kita lalui adalah atas takdir dan kehendaknya.
Apa pun kita belajar dari apa yang kita lalui dan redha dengan takdirnya.
Wa alaikumussalam sdr.Tujuh Kaki Dalam.
ReplyDeleteBoleh, saya akan buat pautannya. kalau saudara terasa untuk amalkan, amalkanlah. Dengan lillahi ta'ala dan mohonlah perlindungan dariNya.
Alhamdulillah tak de lagi pengalaman macam ni..mohon dijauhkan.kita tak tahu hati orang.KIta rasa kita sudah cuba menjaga sebaiknya hubungan dengan manusia lain.UJian mungkin menunjukkan kekusaanNYA..huikmahNYA bila ramai yang akan amalakan selawat tafrijiyah ni..terima kasih perkongsian bermakna..saya pun tak tahu selawat ni namanya tafrijiyah..memang pengamalan selawat,ma'thurat dan banyak lagi ayat2 untuk melindungi diri daripada perkara macam ni..mohon dilindungi..amin
ReplyDeletesalam fahana_ann.
ReplyDeleteTerima kasih kerana lawatan ke blog ini.
Saya hanya kongsikan pengalaman saya semoga memberikan pengajaran kepada orang lain. Jangan diambil mudah dengan hati manusia. Kita rasa kita tidak bermusuh tetapi orang yang memusuhi kita.
Seandainya kita rasa kita benar, serahkan urusan kepada Allah. Tawakkal.
Great posting, my friend, great!!!
ReplyDeleteTerima Kasih!
Have a nice week.
Dear david santos,
ReplyDeleteTq for your visit. I've link your blog.
i don understand but anyways have a great day..bye
ReplyDeletefriendszone,
ReplyDeleteSame to you vishalini.
tq
Salam,
ReplyDeleteMemang demikianlah tanda santau tersebut, syukur kita boleh bernafas lagi, pada pandangan saya jika harapkan hospital entahkah apa nak jadi, penyakit ni jika hospital maka suspeh batuk kering je
W'salam Pak Karamu.
ReplyDeleteYa Pak, alhamdulillah saya masih diizinkan bernafas olehNya sehingga saat ini kerana Allah pertemukan saya dengan 2 orang manusia yang diberkatiNya untuk mengubat saya.
salam uncle, nampaknya saya ni dah ketinggalan bagi komen, kan.. apapun, mujurlah uncle terselamat dalam ujian ni, kan.. saya pun nak amalkan selawat ni la.. sebab ianya berguna juga untuk meringankan masalah, kan.. mudah2an, ringan beban yang saya sedang tanggung ni.. insya Allah..
ReplyDeletew'salam nurdaniella.
ReplyDeleteSudah semestinya uncle bersyukur kerana dilepaskan dari dugaan ini dan dipanjangkan umur sehingga ke saat ini.
Kalau nurdaniella nak amalkan tu, amalkanlah cuma janganlah fokuskan untuk sesuatu hajat. Amal dengan ikhlas dan mohonlah perlindungan dari Allah. Insya Allah kita akan selamat dunia dan akhirat.
alhamdulillah, perkara dah berlalu ya.
ReplyDeletetapi, pelik kan memikir. kadang2 kita rasa kita ok, kita baik ngan suma orang, tapi tak tahu macamana, ada gaks orang yang tak sukakan kita :(
salam,
ReplyDeletemujur juga ini jenis santau yg lambat beri kesan. arwah ayah kawan saya terkena di kedai kopi, balik rumah terus meninggal. kawan saya mmg syak itu penangan santau.
W'salam Dzulkarnain Mohamad.
ReplyDeleteYa, memang saya bernasib baik. Sebenarnya ditakdirkan untuk umur panjang sehingga kini. Sempat lagi berubat dan bertemu pula yang Allah izinkan ilmunya.
Alhamdulillah. Arwah ayah kawan sdr. itu meninggal kerana ajalnya sudah tiba. Santau itu adalah penyebab sahaja.
Salam...
ReplyDeleteMakin banyak selawat makin dekat kita ke hadrat Habib sumber Berkat Rahmat..
salam ziarah.
W'salam Sdr. Panglima Perang Cyber.
ReplyDeleteTerima kasih di atasziarah saudara.
Ya, selawat adalah salah satu amalan yang mendekatkan kita dengan Allah dan RasulNya.
Sy tgh cari pendamping yg blh berkominikasi ,
ReplyDeleteSy MHD Adam