Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 1, 2009

Koleksi Herba Di laman

Tongkat Ali - Semua orang tahu khasiatnya


Mas Secotek - Untuk perempuan
Keterangan di sini


Matejin - Ubat darah tinggi


Tdak tahu nama sebenar
Orang tua panggil "Pokok Panjang Umur"
Sambung Nyawa - Dari Dr. Abdul Wahab Arbain
Kegunaan di sini


Galak Kucing
Bukan kucing jantan saja yang galak, manusia pun..


Misai Kucing - Detox
Keterangan lanjut di sini

Pokoknya

Ulam Raja, ini bunganya - Bukan untuk raja sahaja

Stevia - Bahan pemanis yang dicampur ke dalam
Teh Misai Kucing menggantikan gula

Keterangan lanjut di sini

Stevia di dalam pasu



Pokok Naga
Buahnya lazat dan boleh menyejukkan badan

30 comments:

  1. wah bestnya ada laman boleh buat macam2... inihobi yg sgt bermenafaat uncle. sya suka bercucuk tanam ni tapi nk taman xder ruang sbb rumah teres..huuhuhu... tu pun ala tanam serai ngan buluh madu skit kt belakang.. ada la tanah skit dlm dua tiga depa kt belakang.

    Dah lama ke uncle taman semua pokok2 herba tu?

    ReplyDelete
  2. muraisenja.

    Uncle beli rumah ni pada tahun 1986. Mulanya tanam Pokok Rambutan, Mangga Harum Manis dan jenis-jenis ulam. Ada satu pokok mangga kat belakang uncle kawinkan 3 dahan dengan 1 untuk kuinin, 1 dengan Harum Manis dan 1 lagi uncle kekalkan. Jadi di sepohon mangga dengan tiga jenis buah.

    Sekarang ada uncle tanam pakchi untuk ulam, Nyior Puyuh untuk pencuci buah pinggang dan juga Aloe vera. Aloe vira bagus dibuat jus dan minum sebagai body supplement.

    Memang uncle suka buat gardening.

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan,

    Saya kurang komen tapi selalu singgah. Tang ini memang saya nak cerita.

    Sepanjang penghidupan saya, tak pernah saya rasa herba-herba ni semua sebab macam tipu je khasiatnya.

    Terutamanya Tongkat Ali. Sama je. Pahit bukan main.

    Atau saya salah minum? Tuan ada tak petua-petua yang boleh diturunkan buat saya yang jahil ni.

    Wassalam Tuan.

    ReplyDelete
  4. W'salam Tok Rimau.

    Tongkat Ali mesti diminum air rebusan, jangan dimakan bahan yang dihancurkan dan di sumbat ke dalam capsul. Tongkat Ali pun tidak baik juga sekiranya diminum berterusan sebab di dalan tongkat ali juga ada steroid semulajadi. Bukan dari proses kimia. Tongkat Ali memang berkhsiat tetapi memang pahit. Sebaiknya proses sendiri.

    Jadikan pucuk panjang umur sebagai ulam. Sekiranya kencing kita rasa kurang lawas minum rebusan air Nyior Puyuh yang dicampur sedikit kulit batang rhu.

    ReplyDelete
  5. Salam Ayahanda,

    Adakah ini kebetulan, selepas solat Jumaat semalam saya bawa mak mertua pergi berurut di Sijangkang, tempat saya selalu mengurut jika ada sakit badan atau terseliuh dan patah tulang. Dah hampir 15 tahun saya mengenali tukang urut tersebut dan dah macam saudara pula dengan beliau.

    Yang dikatakan kebetulannya ialah, beliau membekalkan saya dengan pokok "Pecah Kaca" elok untuk Batu Karang, pokok "Misai Kucing" dan pokok "hempedu bumi", semuanya saya dah tanam/semai petang semalam, harap-harap tumbuh dengan jayanya.

    Dan malam ni ayahanda pula buat n3 tanaman herba pula..., saya ni bukan tak percaya dengan herba semua ni... tapi takut tersalah dos atau salah makan... lain jadinya pula.

    Kalau-kalau ada cara penggunaan dan sukatan yang betul yang boleh diyakini atau dari yang pakar, nak juga mencuba.

    Macam Tok Rimau katakan, kalau ada apa-apa petua, jangan malu jangan segan kongsi-kongsilah dengan kami yang jahil ni... jika sudi dan di izinkan ALLAH.

    ReplyDelete
  6. Salam MountDweller,

    Bab herba ni kira afdal saya tumpang sekaki dengan sdara.

    Kalau tak silap saya, pokok panjang umur tu disebut juga sebagai rusa putih atau sambung nyawa. Ia memang berkhasiat dan boleh diulamkan selalu.

    Stevia memang patut diperluaskan tanamannya. Boleh menolong orang yang bermasalah kencing manis.

    Setiap rebusan herba yang pahit boleh dimaniskan secara memperaktikkan hadis Rasulullah. Kerana, hadis tersebut bukan sahaja sebagai penyempurna ubatan herba tetapi memaniskan juga.

    Saya cukup seronok dengan posting ini. Tahniah.

    ReplyDelete
  7. W'salam anakanda Isa.

    Uncle amalkan minum secara tradisional saja. Tenatng dos ni uncle pun tidak tahu sangat. Cuma setahu uncle dos ni perlu sekiranya kita ambil yang extract sebab memang dah concentrate. Cuma yang selalu uncle makan ialah Aloe vera dengan cara fresh di bland dahulu dan diminum. Satu lagi ialah "pucuk sambung nyawa" di jadikan ulam.

    Ada anak saudara perempuan uncle buat doctorate di England di dalam bab herbs dan dos dia, tapi kami tidak pernah ada masa berbincang sebab dia sekarang di KL dan Uncle di KB. Kami berjumpa biasanya pada hari raya sahaja.

    Ayahanda cadangkan anakanda berbincanglah dengan Dr. Abd. Wahab. Beliau orang lama dan rasanya beliau lebih tahu.

    ReplyDelete
  8. W'salam Dr.

    Alhamdulillah dan terima kasih di atas nasihat dan petua dari Dr.

    Hah... Tok Rimau dan Anakanda Isa, inilah orang yang patut dibuat rojokan. Anakanda Isa kan selalu juga ke tempat Dr.

    ReplyDelete
  9. Tuan
    terima kasih berkongsi Ilmu tentang herba n bestnya tuan ada koleksi herba di laman nanti sakura pun nak cuba2 tanam herba pula.

    salam dari sakura

    ReplyDelete
  10. Sakura.

    Bagus juga cadangan sakura tuh. Daripada menanam pokok-pokok yang tak tentu hala selain dari bunga hiasan, ada baiknya menanam pokok herba yang boleh dijadikan ubat dan nutrition supplement.

    ReplyDelete
  11. assalamu'alaikum
    wah tanamannya bagus-bagus sekali Pak

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumussalam sdr. waluyo

    Alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi bertandang.

    ReplyDelete
  13. Di rumah saya ada:

    1. Misai Kucing

    2. Sambung Nyawa

    3. Ulam Raja

    Pakdin, masukkan sekali kelebihan dan keistimewaan pokok-pokok ni. Setau saya, misai kucing dibuat teh untuk mengurangkan kolestrol dan darah tinggi, betul, kan?

    ReplyDelete
  14. Pakdin,

    Saya dah baca komen, dan rasanya terjawab apa yang saya tanya dalam komen pertama saya tadi. Makaseh bebanyak.

    Saya tak penah jadikan sambung nyawa tu ulam. Selalu saya makan ulma raja jer..

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Kalau buat secara besar-besaran mungkin boleh buat perniagaan tu

    ReplyDelete
  16. Salam,
    Wah, Tok Rimau banyak rugi tak tau ini khasiat. Bagi saya Misai Kucing yang terbaik. Mas Cotekpun bagus jugak. Tongkat Ali saya kurang gemar.

    Saya ada kawan yang tanam dan keluarkan Mas Cotek secara komersial di Sabak Bernam. Formula beliau dalam bentuk kapsul memang bagus. Beliau campurkan buah, batang dll.

    Bagi saya kelebihan Misai Kucing ialah rasanya 'sedap' walaupun direbus dan diminum tanpa sebarang campuran. Kalau nak lebih sedap, campur dengan teh hijau.

    Yang lebih penting, Misai Kucing mudah ditanam dan dibiakkan. Boleh tanam dalam pasu. Jimat belanja. Siapa dah cuba, TST le...

    ReplyDelete
  17. panjang umur? apa kegunaan dia?

    ReplyDelete
  18. salam uncle,

    Wah!! hijau nya.. sejuk mata dan hati.

    Galak kucing? hehe.. kucing jantan memang galak uncle..

    ReplyDelete
  19. Brahimnyior.

    Sama-samalah kita manafaatkan anugerah Allah kepada kita dengan tumbuhan yang berkhasiat.

    ReplyDelete
  20. Brahimnyior.

    Pucuk sambung nyawa itu sedap juga dibuat ulam. Amalkanlah insya Allah dapat khasiatnya

    ReplyDelete
  21. W'salam Pak Karamu.

    Misai Kucing memang sudah dikomesialkan di dalam bentuk serbuk teh uncang cuma tidak dicampurkan stevia. Kacip Fatimah dan Mas secotek pun dah ada dijadikan teh juga untuk perempuan.

    Satu lagi cara yang lebih advance ialah dengan cara mengextract dan dimakan dengan dos tertentu tetapi masih di dalam kajian dan memerlukan modal yang besar.

    ReplyDelete
  22. W'salam Sdr. Demang.

    Memang saya yakin sdr. Demang lebih arif dan sudah lama menanam dan mengamalkannya.

    Walau apa pun terima kasih di atas keterangan Demang semoga membantu sesiapa yang berminat menanamnya.

    ReplyDelete
  23. Mak Su.

    Saya dah linkkan ke laman yang berkaitan. Mak Su cubalah...

    ReplyDelete
  24. W'salam Rashid.

    Galak kucing biasa tapi kalau galak manusia ni, bahaya sikit!

    Memang uncle suka kepada kehijauan dan ketenangan.

    ReplyDelete
  25. wah.. petani moden gini.. hehe

    ReplyDelete
  26. Hanis,

    Uncle mengisi masa lapang untuk berpeluh.

    ReplyDelete
  27. Tok Batin.

    Untuk mengisi masa lapang dan sikit-sikit mengeluarkan peluh. Tapi bila nampak subur tu seronok juga.

    ReplyDelete
  28. salam Uncle,

    best nya tgk tman uncle.. mcm2 ada.. masa berpantang kakyong ade minum mas cotek...

    ReplyDelete
  29. W'salam kakyong.

    Uncle memang suka berkebun dan kelihatan laman bersih dan sedap mata memandang.

    Mas secotek, kacip fatimah dan bunga pakma cukup baik untuk ibu yang dalam pantang dan selepas melahirkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa