Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 18, 2009

Superman

Rupanya besi lebih keras!





36 comments:

  1. Salam Pakdin
    Mengikut kajian,kelajuan yang boleh membunuh ialah 30 batu/sejam.

    ReplyDelete
  2. Salam sdra. MountDweller,
    Saya dengar cerita, orang handal zaman dulu-dulu kalau renung atau tenung besi, besi tu boleh cair atau lembut. Ada lagi ke ilmu tu sekarang?

    ReplyDelete
  3. astagfiruallah..mcm mane leh sampai terlekat tue.

    ReplyDelete
  4. la...mat rempit lagi
    persoalan
    kita laju akan langgar orang
    kita perlahan akan dilanggar orang....
    untuk itu hati2 dijalanraya.

    ReplyDelete
  5. Salam Pakdin.
    Saya pun berminat dgn soalan dari Prof AW Arbain tu.Kalau ada boleh lah bercerita sedikit.

    ReplyDelete
  6. Salam.. tengok moto dia, mesti bawak laju tu.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah.... tak sanggup saya nak tgk.

    ReplyDelete
  8. W'salam Sdr.PG

    Ini dengan kelajuan 50kph adalah kelajuan tahap membunuh. Rasanya entah berapa orang pemandu aje yang drive/ride dengan kelajuan bawah dari itu di Malaysia.

    ReplyDelete
  9. W'salam Dr.

    Rasanya masih ada tapi susah orang nak mengaku ada mempunyainya.

    Lewat tahun 70'an dulu ada arwah guru saya nak turunkan tetapi saya tidak mahu sebab masa itu saya masih remaja. Bimbang saya lupa diri. Maklumlah masa darah muda. Ayah saya pun tidak galakkan waktu itu. Katanya tidak sesuai dengan umur.

    Ada arwah ayah pesan, kalau beristiqamah dengan ayat Laqadja'akum tepuk batu boleh jadi debu. Tapi saya sendiri pun tidak beristiqamah dengan ayat itu. Saya hanya baca jadikan wirid ajer.

    ReplyDelete
  10. Sdr. Mogen.

    Sudah tentu dengan kelajuan yang tinggi. Tengoklah motornya..

    ReplyDelete
  11. Sdr. Jinggo.

    Betul. Berhati-hati adalah petua yang baik.

    ReplyDelete
  12. W'salam PG.

    Saudara boleh baca komen Pak Din untuk Dr. Ab. Wahab kata atas.

    ReplyDelete
  13. W'salam Sdr. Zaidon.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak.

    Memang betul, mesti dengan kelajuan yang tinggi.

    ReplyDelete
  14. Mak Su,

    Ngeri memang ngeri. Kalaulah berlaku di depan mata, macam mana agaknya.

    ReplyDelete
  15. Hanis,

    Minta-minta janganlah perkara begini berlaku kepada kita dan orang-orang yang kita kenal.

    ReplyDelete
  16. ishh.. dasyatnya. sampai cam tu sekali jadinya.

    Naper ek makin ramai mat rempit ni. lagi banyak iklan bahaya rempit rempit ni makin menjadi-jadi pula diorang ni..

    Apa kata kerajaan negeri ke apa ke tambahkan lagi tempat racing yang sah..

    ReplyDelete
  17. Rashid,

    Memang mereka ingat nyawa mereka tersimpan di dalam botol kat rumah. Makin dinasihat semakin galak.

    Buat litar banyak pun tidak ada gunaknya. Mereka tidak suka gunakan. Mereka lebih suka menyusah dan membahayakan orang lain di jalanraya. Nyawa sendiri memang mereka tidak kisah tapi masalahnya nyawa orang lain bagaimana?

    ReplyDelete
  18. Salam,

    Gambar ni berlaku di negeri barat kalau tak silap.:
    1) Mana ada ambulan kita bertulis 'Paramedic'.
    2) Kalau di perhatikan, mereka drive sebelah kanan (1st gambar- kereta polis dari arah bertentangan dari kiri)
    3) Lori tu di 'slow lane' sebelah kanan. negeri barat slow lane di kanan jalan.
    4)No plate lori pun dah jelas bukan dari sini.

    ReplyDelete
  19. W'salam Sdr. Tiger,

    Betul. Kejadian itu berlaku di luar negara. Di US.

    Cuma apa yang saya nak paparkan adalah kemalangan berlaku di mana saja sekiranya tidak berhati-hati. Di negara kita lagilah ada street racing lagi.

    Terima kasih kerana sudi singgah.

    ReplyDelete
  20. Salam Pak Din ..

    Balik drp kerja smlm dapat berita dr wife mengatakan anak kawan dia meninggal sebab kemalangan dengan lori .. motor hancur berkecai .. mayat mangsa pun mengerikan ..

    Katanya saksi kejadian, arwah nak potong lori kayu .. tapi bertembung pulak dengan lori minyak sawit..

    Tambah menyedihkan, arwah baru grad dalam bidang farmasi dan dengar kabarnya minggu depan dah nak start kerja ..

    Tiba2 terkedu sebab baru je baca post pasal kemalangan motor dekat blog Pak Din ..

    Ajal maut di tangan Tuhan, tapi adakah kita sentiasa ingat pada kematian?

    ReplyDelete
  21. W'salam anakanda pocoksiku.

    Kemalangan boleh berlaku pada sesiapa saja, lebih-lebih lagi kalau kurang berhati-hati. Kemalangan atau musibah adalah taqdir. Tapi apakah taqdir boleh diubah dengan doa? Satu persoalan yang perlu dihujjah dengan panjang.

    Kematian juta adalah taqdir. Tiba masanya, tidak akan berganjak walau pun sedetik. Sama ada percepat atau perlambatkan.

    Itu adalah hak Allah.

    ReplyDelete
  22. Salam,

    Bagi saya air lebih keras,besi dapat di lembutkan, wa alan na lahul hadid

    ReplyDelete
  23. Salam lagi,

    Al Quran mengajar kita supaya baca Wa alan na lahul hadid (Al Quran) amalkan 41 kali sehari

    ReplyDelete
  24. Salam,

    Orang kata kalau laju cepat sampai, sampai lubang kubur

    ReplyDelete
  25. salam,,pakdin minta izin utk amik beberapa gambar excident ni,,,utk masukkan dalam blog ana..moga2 menjadi peringatan kepada semua. ini kes kemalangan kat mana?

    ReplyDelete
  26. W'salam Pak Karamu.

    Saya pun ada dengar perkara itu dari orang tua-tua tapi tidak pasti pula. Apa yang kita nampak, batu boleh terhakir dengan air tetapi besi akan haus dengan batu.

    ReplyDelete
  27. Pak Karamu. W'salam,

    Bolehkah Pak Karamu tunjukkan ayat itu dari surah mana dan ayat ke berapa? Adakah dari surah Daud?

    ReplyDelete
  28. W'salam Pak Karamu.

    Memang cepat. Sama ada ke distinasi atau ke hospital dan mungkin juga ke liang lahad. Kalau mati yang diredhoi tak apalah juga.

    ReplyDelete
  29. W'salam Sdr. DAKWAH YEOP.

    Saya dengan besar hati mempersilakan.

    Kemalangan ini berlaku di Amerika. Saya copy dari blog, kepunyaan satu blogger dari sana.

    ReplyDelete
  30. Kadang-kadang tu, dah la laju. Ikut rapat pulak.

    ReplyDelete
  31. SALAM tUAN;

    BROTHER DALAM GAMBAR TU SEBENARNYA NAK TEST HELMET DIA KUAT KE TIDAK??

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum uncle..

    t pejam mata sambil tgk gambar2 tu.. ternampaklah sikit2!! adoila!!

    ReplyDelete
  33. Salam Demang,

    Itulah agaknya yang terjadi. Kita alpa, seronok riding laju-laju dengan motor kuasa tinggi tetapi kurang hati-hati.

    Saya ni bila agaknya nak terlepas ke Melaka lagi. Kalau diizinkan Allah, saya nak jumpa Demang dan terokai khazanah yang tersimpan.

    ReplyDelete
  34. W'salam Sdr. Kulat.

    Mungkin juga tapi Helmet tak pecah, tengkok yang patah!

    ReplyDelete
  35. Wa'alaikumussalam T,

    Uncle bukan bertujuan nak menakutkan sesiapa cuma sekadar memberikan ingatan kepada yang kurang berhati-hati di jalan raya. Dan juga kepada sesiapa anak muda yang suka menciluk.

    T tengok dan janganlah lekatkan di fikiran nanti terbawa ke alam mimpi pula. Macam mana balik dari pulau, kulat tak bertukar ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa