Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)

Thursday, May 7, 2009

Perak Demam

GAMBAR CIPLAK
Daripada apa yang saya nampak hanya satu saja ubat yang boleh memulihkan demam Perak iaitu pembubaran DUN. Saya tidak mahu tulis tentang pencabulan Perlembagaan dan Undang-Undang kerana semua orang yang punya otak, tidak buta dan tuli sudah tahu dan sedia maklum.

Walau pun apa keputusan Mahkamah dan walau pun Siva berjaya disingkirkan oleh pelahap-pelahap politik, namun Perak tidak akan kebah dari demam. Pentadbiran tidak akan boleh dijalankan dengan lancar dan berkesan. Persidangan DUN tidak akan selesa dan teratur.

Pembubaran DUN adalah satu-satunya kaedah yang berkesan. Pulangkan hak rakyat Perak!

Aku cuba nak natural tetapi hati aku memberontak setelah pencabulan dan kemungkaran Adab dan Peraturan dilakukan di depan mata. Maaf, saya tidak pernah menggunakan perkataan aku untuk membahasakan diri sebelum ini di dalam percakapan atau penulisan kecuali dengan kawan-kawan yang akrab. Jadi bila saya gunakan di sini, faham-fahamlah...

Apakah mesej yang tersirat bila Tuanku Raja Muda bersalam dengan YB Nizar dan ADUN-ADUN PR dahulu sebelum bersalam dengan ADUN-ADUN BN dan diiringi keberangkatan keluar Dewan pula juga oleh YB Nizar dan Ngeh?

Baca kandungan berita akhbar luar negara di sini

Terima kasih anakanda ISA yang berada di US.

23 comments:

  1. akhirnya demam teruk perak ni - sampai berusung.....
    demam jenis apa agaknya ni.
    masing2 ada fakta.
    saya setuju 200 % pandangan tuan.
    pulangkan kembali pada rakyat menentukan....
    kalau si A memang - si A yg naik........
    sebagai anak perak , teman di gombak ni naik deman tengok gambor tu.....

    ReplyDelete
  2. Sdr. Jinggo.

    Nanti kita tengok apakah riaksi Istana? Saya rasa Baginda Sultan Perak pun tidak suka melihat Rakyat dan Negeri Perak kucar-kacir akibat tindakan bodoh dan tidak menghormati Perlembagaan.

    ReplyDelete
  3. Salam MountDweller,
    Bila anak-anak bergaduh, patutkah ayah membiarkannya berlarutan atau ...?

    ReplyDelete
  4. Salam Pakdin.
    Betul tu.Bubarkan DUN,itu saja.Tapi Raja tak berani punyer.

    ReplyDelete
  5. W'salam Dr.

    Saya pun tidak faham apa yang difikirkan Baginda Sultan sedangkan baginda mahir Undang-Undang dan Perlembagaan

    ReplyDelete
  6. W'salam PG.

    Baginda Sultan Perak mesti mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kelicinan pentadbiran daripada perkara-perkara peribadi.

    Baginda berhak memulangkan hak Rakyat Perak.

    ReplyDelete
  7. Salam Ayahanda,

    Saya tak nak komen panjang2 di sini dan saya pasti ayahanda tahu betapa anginnya saya dalam isu Perak ni melalui blog saya.

    Itulah jadinya bila yang ada di atas politik menjadi "TUKUN".

    ReplyDelete
  8. Salam sejahtera Uncle,

    Semua yang berlaku semalam satu episod buruk dalam demokrasi negara. Inilah akibat apabila undi rakyat diperbodohkan. Pilihan rakyat diperlekehkan. Dan kesemua parti di Malaysia bersedia menerima politik lompat si katak lompat..

    Che

    ReplyDelete
  9. Salam Uncle,

    lama nyer tak jengah ke mari..
    hmmm., siu ni kakyong pun dah demam2 pk kan hal ni, tak juga selsai2.. sepatut nya sejak Feb 2009 tu hari dibubarkan DUN... ni dah melarat2, kalo kudis tu, dah bernanah menenih..

    ReplyDelete
  10. W'salam anakanda Isa.

    "Tokun" kalau di laut memang cukup berfaedah, tapi kalau di darat menyemakkan bumi, membazirkan tempat dan menyusahkan ramai.

    ReplyDelete
  11. Salam sejahtera jua untuk Che

    Bila rakyat tidak dihargai, hak rakyat tidak diberi dan suara rakyat tidak didengar, tunggulah masa kejatuhannya nanti. Obak kebangkitan rakyat tidak kira siapa. Akan merempuh apa saja dan meranapkan siapa saja.

    Kita sama-sama tegoklah nanti.

    ReplyDelete
  12. W'salam kakyong.

    Memang perkara ini sepatutnya sudah lama selesai sekiranya manusia yang mempunyai kuasa di tangan menggunakannya secara rasional dan bijak.

    Sepatutnya demam dah lama kebah dan sudah pun sihat sekarang.

    ReplyDelete
  13. Salam Ziarah abg mount..

    kalau saya tengok muka si siva,saya benci. Kalau dia jadi speaker pun saya benci. Inikan kalau DAP jadi kerajaan.

    Tapi atas hormat saya pada undang-undang,saya akur siva jadi speaker. Dan atas majoriti pilihan rakyat juga,saya bersetuju DAP jadi kerajaan.

    Itulah saya. Akur pada undang-undang...

    Akurnya saya bukan beerti lemah. Tapi menyusun langkah dalam pakatan,membina daawah sesama insan,agar suatu hari insya Allah Islam akan jadi pegangan..mana tahu takdir tuhan..Malaysia negara majmuk pertama di dunia..Berhukum pada hukum Tuhan..

    ReplyDelete
  14. leiah,

    Malu yang terpaksa ditelan oleh kita yang mengaku Melayu kerana Melayu yang memalukan kita.

    ReplyDelete
  15. W'salam Ihya.

    Sebenarnya dari hati nurani, abang pun bukannya setuju DAP memerintah. Tetapi hakikat pilihan rakyat terpaksa kita akur dan terima. Undang-Undang, Perlembagaan dan peraturan wajib dipatuhi kerana semua perkara itu kita yang menggezetkan.

    Walau pun kita kesal kerana Undang-Undang Allah dilanggar tetapi undang-undang sendiri pun dipijak, jadi di manakah akan kita harapkan nanti. Apakah kita akan menjadi Pagan kembali?

    Abang cukup bersetuju dengan pandangan adinda Ihya.

    Terima kasih di atas kujungan ke sini.

    ReplyDelete
  16. Salaam saudaraku Fakhruddin,

    Saya kira saudara faham betapa terhirisnya hati dan perasaan saya dengan apa yang terjadi di DUN Perak tanggal 07.05.09.

    Sepetang ini saya membusykan diri dengan beberapa hal lain dan cuba bersantai agar jantung dapat berfungsi dengan baik.

    Esok gerakan akan diteruskan. Isnin, InsyaALLAH saya akan Muar dan Johor. Agenda lazim, saya akan melawat makam kedua ibu bapa dan guru setiap kali menjelang pilihan raya atau majlis besar. Kali ini persediaan buat Penanti.

    Salam Takzim. Salam Persaudaraan.

    ReplyDelete
  17. Salam

    Mana uncle dapat gambar tu? Hahahah diorang ni macam buat lawak!

    ReplyDelete
  18. W'sala sdr. ku Mohd. Sofi.

    Saya yakin bukan kita saja yang marah, tetapi semua yang berakal dan yang menjunjung Perlembagaan serta pembela hak rakyat. Kita sebagai Muslim tentunya sebolehnya tidak mahu mana Harbi pun menjadi Ketua atau memegangan jawatan penting bersangkuat paut dengan siasah. Tetapi demi keadilan demokrasi (hak rakyat) kita akan akur.

    Saya amat teringin melawat pusara Guru di sebelah Johor tetapi masa selalu membataskan. Kalau terlajak ke sana pun tak sempat nak singgah. Tolong saudara sampaikan salam saya kepada siapa yang punya talian saudara seperguruan kita di sana yang saudara sempat temui. "Assalamualaikum w.b.t."

    ReplyDelete
  19. W'salam Azyyati.

    Memang lawak dan memalukan. Samseng di bawa masuk ke DUN mengusung Speaker dan mengurungnya di dalam store. Memang tak berakal dan tidak bertamaddun.

    Uncle ciplak gambar ni dari salah satu blog sahabat blogger.

    ReplyDelete
  20. Salam ?

    Apakah UMNO tak merasa malu dengan PAS, hanya nak mencari kelemahan PAS sahaja walaupun UMNO tahu PAS dalam keadaan yang kukuh mendapat sokongan dari Melayu dan bukan Islam sekarang ini?

    UMNOlah yang sepatutnya malu dengan sendiri kerana dalam 51 tahun.. walaupun mempunyai parti komponen MCA dan MIC belum pernah dia mendapat sokongan yang padu walaupun dari komponen mereka sendiri..

    UMNO merasa cemburu apabila PAS mendapat sokongan padu daripada DAP sehingga PAS yang mempunyai kerusi tersikit dalam DUN Perak pun boleh melantik MB dengan sokongan DAP dan PKR..

    Sedangkan kita lihat mereka cuba memainkan sentimen kaum sehingga mereka sendiri ditolak oleh kaum yang lain..Pernah ke UMNO mendapat sokongan Gerakan di Pulau Pinang? sehingga ke hari ini tak pernah pun melantik menteri dari kalangan melayu walaupun mereka mempunyai kerusi agak banyak suatu masa dahulu di Pulau Pinang.

    Malah di Sabah sendiri mereka sendiri tak mendapat sokongan padu dari parti komponen mereka sendiri apabila berebut2 hendak menjadi KM sabah sehingga terpaksa mengadakan sistem penggiliran KM Sabah..

    Jika benar UMNO mendapat sokongan sudah tentulah parti komponen mereka sanggup memberikan sokongan dan meletak jauh kepentingan
    masing2 dalam memimpin negeri yang mereka menangi...

    Tetapi yang saya lihat parti komponen mereka sendiri kadang kala membuat tuntutan yang UMNO sendiri anggap tak munasabah untuk di turuti contoh apabila MCA menuntut ekuiti 30% dihapuskan di semua kementerian...bukankah MCA sudah masuk campur dalam urusan dan hak2 Melayu kenapa tiada orang pun ahli UMNO yang membantah...?

    Sememangnya mereka ini bekerjasama dengan UMNO atas dasar kepentingan bangsa masing2 dan poket sendiri sahaja..mereka mempertahankan hak Cina dan India tetapi mereka sendiri menggadai kepentingan hak2 melayu yang termaktub didalam perlembagaan..?

    Melalui UMNO jugalah Hak2 kita banyak yang tergadai.. Fikirkan.. sejak merdeka sampai sekarang berapa banyak tanah melayu yang hilang dari kita.? bukan tanah sahaja tetapi membawa kepada kehilangan negeri seperti Singapura dan Pulau Batu Putih.. adakah tergadai ke bangsa lain kalau tak ke bangsa Cina yang menguasai Singapura..?

    Kita lihat pula berapa banyak budaya Melayu yang dipupuskan oleh UMNO? dari tulisan Jawi sehinggalah kepada bahasa sendiri malah tak malu menghina bahasa sendiri kononnya belajar sains dan Mate dalam inggeris boleh maju..

    Sedangkan kita lihat banyak budaya2asing yang di bawa masuk sehingga kita sebagai Melayu keliru yang mana benar budaya kita sendiri..
    Siapakah yang bertambah kaya? bukankah tokey Cina yang membuka gedung2 pakaian berbagai fasion mengikut budaya asing..

    Inilah kelemahan UMNO dalam 51 tahun ini dalam mengekalkan dan mempertahankan budaya sendiri sehingga kita sekarang semakin hilang Identiti kemelayuan kita.

    Dan sekarang kehancuran yang UMNO bina ini mahu pula diletakkan kebahu PAS adakah UMNO langsung tidak tahu malu? Berpuluh tahun PAS berjuang menegakkan Islam dan mempertahankan Melayu..

    Sedangkan UMNO sendiri melalui berbagai Program pula menyesat dan menghilangkan nilai budaya melayu sehingga Jatidiri orang melayu hilang sedikit demi sedikit malah semakin parah dewasa ini.. adakah UMNO muhasabah diri dan melakukan perubahan? jawapannya tidak ..malah menyalahkan orang lain pula..

    Sekarang apabila PAS mendapat sokongan DAP mereka memfitnah dengan berbagai tohmahan dan cacian sedangkan mereka sendiri gagal mendidik kawanan mereka dari parti MCA dan MIC sendiri yang tak sudah2 nak menghapuskan hak2 melayu sendiri..

    Walaupun PAS mendapat dokongan dari DAP dan PKR, PAS tidak menggadaikan prinsip Islam malah berjaya menonjolkan imej yang baik kepada bukan Islam sehingga mereka tertarik mengkaji Islam dan membaca Al-Quran sesuatu yang tak bisa dilakukan oleh UMNO dulu,Kini Dan hampir mati..

    Tetapi UMNO bukan nak berkerjasama memajukan nilai Islam itu sendiri, malah dengan fikiran politik sempit mereka mengecam orang bukan Islam membaca Al-Quran dan mengenal Islam..Adakah orang bukan Islam di Zaman Rasulullah saw terus saja masuk Islam tanpa mengenal Al-Quran..?

    Sedangkan Al-Quran sendiri diturunkan untuk semua manusia supaya beriman kepada Allahswt.. malah didalam Al-Quran sendiri tiada sempadan bangsa dalam beragama Islam, semua manusia adalah sama..

    Jadi dimanakah sifat malu UMNO setelah bertubi2 dikalahkan dalam pilihanraya sebelum ini.. Nampaknya UMNO masih lagi mengekalkan sikap sombong dan angkuh mereka malah tak terfikir langsung untuk berubah malah masih lagi mengekalkan ciri2 kezaliman..

    Makanya nantikanlah kejatuhan UMNO yang dah diberi peluang selama 51 tahun memerintah tetapi masih gagal meningkatkan kekuatan Melayu malah semakin lemah Melayu itu dibawah UMNO..

    Ingatlah tiada sesuatu bangsa di dunia ini...Apabila bangsa itu memerintah bangsanya sepatutnya menjadi semakin kuat, bukan menjadi semakin lemah..

    Alahai MelayuUMNO layu jadinya..

    Wassalam

    ReplyDelete
  21. Salam ?

  22. W'salam sdr. Naruto

    Benar sekali apa yang sdr. katakan dan saya amat bersetuju.

    Kemusnahan, kebebalan, kerakusan, menjual hak Melayu, penghapusan tulisan jawi, kemusnahan sosial dan Agama semuanya berpunca dan dilakukan mereka tetapi segala taik dan najis di lemparkan ke atas kepala orang lain.

    Mereka kata Nizar adalah pencacai DAP tetapi setidaknya Nizar adalah Menteri Besar (Melayu dan Islam) dan kerisu itu diserahkan oleh DAP dan PKR. Tetapi mereka lupa di satu masa dahulu kerusi UMNO melebihi kerusi Gerakan dan MCA di P. Pinang, tetapi kenapa kerusi Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan? Jadi apa pula nak digelarkan mereka di P. Pinang ini? Adakah kerana setiakawan atau kebaculan? Kalau setiakawan Gerakan mesti hormat UMNO dan dengan rela menerima seorang UMNO menjadi Ketua Menteri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa