Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 7, 2009

Peristiwa Yang Tiada Siapa Tahu

Pada satu tengahari semasa saya di dalam darjah empat, selepas makan tengahari sebaik pulang dari sekolah, saya panjat pokok Belimbing yang banyak buah kononnya sekadar makan buah dengan cecah garam sementara tunggu jam tiga untuk ke kelas Alqur'an. Sedang asyik menikmati buah belimbing yang masak saya teringat cerita Tarzan yang berjangkit dengan bergayut pada akar dari pokok ke pokok.

Saya bangun dan berdiri di atas dahan belimbing dan saya nampak satu dahan pokok lain yang berhampiran dengan pokok Belimbing. Dahan pokok itu lebih kurang lapan kaki dari dahan yang saya sedang berdiri. Saya fikir saya nak terbang dari dahan tempat saya berdiri dan mencapai dahan pokok yang satu lagi itu. Saya yakin saya boleh capai. Tanpa berlengah, saya melonjakkan badan dan melompat untuk mencapai dahan di hadapan tetapi malang bagi saya apabila saya melonjak, dahan tempat saya berdiri terbuai ke belakang. Jadi momentum dari tujahan saya tadi tidak kuat untuk membolehkan saya mencapai dahan yang saya tuju untuk dipaut. Saya miss dan mencecah hujung jari saja gagal berpaut.

Semasa saya melayang jatuh, saya masih sedar dan ingat tetapi bila jatuh saja ke tanah, dunia sudah gelap. Saya pengsan. Saya hanya tersedar setelah cahaya matahari memancar dari celah daun di waktu petang menyinar terkena ke muka. Sedar-sedar sudah jam lima pada waktu itu, maknanya saya pengsan selama tiga jam di dalam semak bawah pokok dengan tidak ada siapa yang sedar. Saya bangkit dengan kepala masih lagi pening-pening lalat dan badan yang sakit-sakit tetapi tidak ada tulang yang patah atau sendi yang terseliuh. Alhamdulillah, nasib baik.

Saya naik ke rumah dan terus mandi nak hilangkan pening. Tidak ada siapa yang kisah, mungkin semua orang ingat saya baru balik dari kelas Alqur'an tetapi sebenarnya tersembam pengsan di dalam semak!

Saya tidak berani nak cakap kat sesiapa pun takut kena marah. Saya simpan peristiwa itu sehinggalah sekarang saya ceritakan di dalam blog ini. Menjadi Tarzan yang bodoh.

12 comments:

  1. Salam Pakdin.
    Kalau pergi hospital lepas tu mesti kena tahan selama 6 jam disebabkan pakdin tak sedarkan diri selama 3 jam.Loss of consciousness then with giddiness,we call it `cerebral concussion`,hentakan pada otak.Ganas jugak Pakdin.Nasin jadi Tarzan,kalau jadi Superman macam mana pulak yer.hehehe..PEACE

    ReplyDelete
  2. W'salam PG.

    Oh... gitu rupanya. Pakdin tak tahu apa-apa.

    Masa budak tu boleh tahanlah juga nakalnya. Nak tirulah tu kononnya.

    ReplyDelete
  3. Saya ada satu cerita benar yg.sampai hari ni saya masih tertanya tanya dan tak dapat jawapannya.

    Masa tingkatan empat.,kira kira 10-12 tahun lalu.

    Petang selepas main bola ,saya dan beberapa rakan ke Bukit Belacan(Ampang).

    Cadang nak mandi,tapi waktu tur hari sudah hampir senje.

    Saya tak jadi madi,hanya duduk di atas satu batu.

    Tiba tiba saya ternampak ikan Mas berenang renang di permukaan air yg.tenang.

    Saya segera cuba menangkapnya.

    Tiba tiba ikan tu hilang dan di celah daun saya ternampak anak kura kura.,yg.biasa kita bela dlm akuarium.

    Saya tangkap,dan bawa balik.

    Di rumah saya masukan ke dalam akuarium kaca setinggi empat kaki.

    Malam nya Ibu saya,antara mimpi dgn tidak,terasa ada satu pasangan pengantin macam budak budak ., masuk ke bilik air.

    Besok nya sewaktu ibu saya nak ambil air Sembahyang dia ternampak kura kura yang saya masukan kedalam akuarium ada di bilik air.

    Pelik siapa yang membawa nya ke situ.

    Keganjilan ini membuat saya was was dan saya kembali menghantar kura kura itu ke Bukit Belacan tempat saya ambil tempoh hari.

    sebulan lebih kurang, lepas tur saya dan kawan kawan saya, mandi di Bukit Belacan di tempat yg.saya jumpa kura kura,tempoh hari.

    Ketika mandi saya terasa ada tali di bawah tapak kaki saya,dan bila saya ambil ia nya rantai kalong perempuan .

    Saya ambil dan bawa balik,dan saya tunjukan pada ibu saya.

    Rantai itu kelihatan tidak lah sempurna buatan nya.,dan kami menjangka ia nya rantai Zulian biasa,mungkin ada yang tercicir ketika mandi.

    Tapi ia kelihatan solid ,jadi bagi memuaskan hati kami pergi lah ke kedai Pajak Taman Melawati.,sekadar hendak bertanya apa kah itu emas atau apa apa dan kalau di nilai berapa harga nya.

    Tauke itu membelek belek lama,dia bertanya mana dapat itu barang.

    Ibu saya katakan dia dapat hadiah dari kawan nya yang baru balik dari Arab.(Sebab takut kalau kalau barang itu barang curi )

    Tauke kedai itu menganggarkan nilai pajakan kalau mau tak kurang dari RM2800,dan dia sanggup berbincang lagi.,bila ibu saya enggan mengadai nya.

    Sampai hari ini barang itu ada dalam simpanan ibu saya.

    Cerita ini benar,kejadian ini benar,cuma saya tidak tau apa/adakah kaitan kura kura dgn rantai emas yg.saya jumpa itu.

    Terima kasih kerana memberi ruang
    ini untuk saya bercerita.

    Sekian,.

    ReplyDelete
  4. Salam indraputra80.

    Saya ada sedikit pengentahuan tentang Bukit Belacan. Pertengahan tahun 70'an saya lama di Ampang Jaya. Saya selalu jogging di Bukit itu dari sebelah Ampang Jaya ke Puncak Simpanan Air. Memang saya berkawan dengan seorang security di situ yang kami panggil "Bond". Oleh kerana saya dan kawan-kawan berkawan dengan security, kami bebas masuk ke tempat simpanan air dengan beberapa kolam besar dan di landscapekan menjadi taman yang indah. Dan di situ memang keras. Di katakan bila bulan mengambang ada puteri yang mandi dan menyanyi. Tetapi tidak pernah bertembung dengan saya yang kerap juga ke situ di malam hari dan bersiar-siar di taman di tepi kolam-kolam buatan di situ.

    Kemungkinan anak kura-kura itu adalah jelamaan dan rantai itu adalah hadiah kepada saudara kerana menghantarnya balik ke tempat asal. Saya rasa rantai itu bukan rantai hasil ukiran moden. Simpanlah rantai itu.

    Cerita indera lebih kurang sama dengan bagaimana saya mendapat cincin di Gunung Tebu dan dengan memakainya Along anak sulung saya sembuh dari penyakit athma.

    Walau apa pun itu adalah kehendak Allah untuk menyempurnakan takdirnya. Percayalah segala kejadian adalah rahsia Allah untuk melengkapkan dunia.

    ReplyDelete
  5. PG.

    Betul, dunia penuh dengan misteri dan rahsia yang tidak terdaya untuk dirungkai manusia.

    ReplyDelete
  6. Tuan mountdweller, saya dapati kanak2 memang selalunya tak mahu cakap tentang apa2 yang terjadi pada mereka, provided that they are ok lah. cemana ya nak overcome masalah ni, pada pendapat saya, kanak2 kena ceritakan apa yang berlaku kepada parents, walaupun akan dimarahi, tidak mungkin parents akan belasah anak2 tanpa sebab. kan?

    ReplyDelete
  7. salam..

    wahh tak sangka saya.. kecik2 uncle dah penah jadi tarzan... :))

    ReplyDelete
  8. Mak Su.

    Cara yang saya guna pakai agak berkesan.

    Saya tidak marah tetapi saya nasihatkan lain kali berhati-hati supaya jangan terkena lagi. Pastu buat apa yang patut, bawa ke klinik atau hospital. Tunggu dan pujuk semasa doktor buat rawatan.

    Bila balik rumah tanya balik kenapa dia buat perkara itu. Tak cukup alat permainankah atau pun sebab kita (ibu bapa) kurang memberikan perhatian kepada anak-anak. Biasanya anak saya akan berterus terang. Sebab dari kecil saya ajar mereka bercakap melalui kata hati.

    ReplyDelete
  9. W'salam kakyong.

    Masa kanak-kanak ada masa mencuba. Tidak kira lojikkah atau mampukah dilakukan?

    Kita ibu bapa kena selalu berwaspada dan mengawasi anak-anak. Sebarang kesilapan mereka, jangan dimarah dulu. Tanya dulu kenapa mereka lakukan perkara itu. Lepas tu, nasihat atau bagi amaran. Macam uncle kata kat Mak Su di atas, ajat mereka bercakap melalui kata hati (nurani) mereka walau pun mungkin cakap mereka tidak menyeronokkan kita.

    Kita sebagai ibu bapa kena belajar menerima hakikat yang anak-anak kitra bukan lagi anak-anak di zaman 60'an atau 70'an.

    ReplyDelete
  10. Salam Pakcik..
    Alhamdulillah Pakcik selamat..
    Pakcik dulu kira degil juga la ye..hehe

    ReplyDelete
  11. W'salam UXOP.

    Seingat Pakcik, Palcik ni jenis keras hati dan suka mencuba.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa