Wednesday, October 28, 2009

Cuti Sakit

Hari ini saya Cuti Sakit kerana kecederaan lama sakit kembali di atas sebab yang tidak saya ketahui. Sebelum ini saya cuba mengangkat slab simen yang dijadikan bangku. Saya terjatuh dan terkoyak otot lengan.

Malam tadi sakitnya berulang, sakit dan susah untuk lena. Walau pun hari ini hanya duduk berehat saja di rumah tetapi hati ini amat malas nak melayan coretan maya kerana agak tawar hati dengan perkembangan di dalam PAS dan situasi kini di DUN Perak. Ditambah pula dengan pertelagahan antara bloggers yang menyokong PAS dan PR sendiri. Ada pula berlaku tuduh menuduh antara kita.




24 comments:

kulatlapok said...

SALAM TUAN,

ADAKAH KEGEMILANGAN PR HANYA KUSANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DITENGAH HARI..?? SEMOGA TUAN CEPAT SEMBUH..!!

Hanz_Azdi said...

Pak Din, apa pun masalah diluar sana, biarkanlah ia. jangan risau...all good control here...Gaduh adik beradik, depa kata pasal hal parti..biasa ler tu...hehe.

Semoga dapat bersabar dengan ujian yg 1 ni...& moga cepat sembuh...byk'kan rehat fizikal...tapi otak biarlah terus kerja...hehe

a kl citizen said...

assalammualaikum

teruk nampaknya tu... semoga cepat sembuh

- jinggo - said...

tuan
saya mengikuti perkembangan politik secara - rapat.
pergolakan hari ini - bukan sekadar kelemahan mungkin tapi kebijaksanaan proses provokasi berterusan dari pihak media........

sakit hati baca blog kedua2 belah pihak.

Rashid said...

Salam

uiss teruk juga tu uncle. apapun ambik masa berehat uncle. Masa berehat jangan fikirkan rencah politik..

Situasi politik semasaa, rasa macam mendagu kat panggung wayang, melihat para pelakon dengan pelbagai aksi.. macam-macam watak, persoalan dan tema yang tersendiri. Masing-masing ada kepala.. layan kepala..

Brahimnyior said...

Salam Pakdin.

Saya doakan cepat sembuh. Biarkan apa yang berlaku dalam PAS, kekadang kita di luar nampak macam bergelora, tapi mereka di dalam, sekadar berkocak kecil..

Jaga diri. Itu penting. Kesihatan adalah anugerah yang amat besar maknanya.

ijoks2009 said...

Semoga cepat sembuh..
Apa yang saya tahu,doa org yang sakit doanya mudah dimakbulkan oleh Allah.

aaapit said...

Salam PakDIn,

Mcm otot koyak ja tu..kena p hospital nih...Semoga PakDin cepat2 sembuh..

PakDin jgn kecik ati..anggap sebagai asam garam rencah bersosial..insyaallah akan ada jalan yang terbaik..

Rest PakDIn..

mr edz said...

semoga cepat sembuh

Isa said...

Salam Ayahanda,

Biru lebam lengan tu, tapi jauh dari perut kan...? ha..ha..ha... gurau jer... semoga cepat sembuh.

Isu bloggers selisih faham semalam tu, dah selesai (jika berkaitan audio rakaman) saya dah berjumpa dengan salah seorang dari mereka.

Biasalah perbezaan pendapat jer...

mountdweller said...

W'salam sdr. kulat

Semoga tidak akan begitu jadinya. Rakyat sebenarnya perlukan mereka. Pokoknya sama ada mereka nampak atau tidak aje.

Terima kasih di atas doa sdr.

mountdweller said...

Hanz

Memang betul, keriuhan itu bukanya beyond control. Tetapi agak membingitkan juga kepada rakyat yang mengharapkan mereka.

Terima kasih Hanz. Pak Din rasa lengan Pak Din akan ok sedikit demi sedikit. Cuma koyak otot.

mountdweller said...

a kl citizen.

Terima kasih kerana doa puan insya Allah akan mempercepatkan penyembuhan.

mountdweller said...

Sdr. Jinggo

Betul sdr. Jinggo.

Di sinilah nampaknya kebijaksanaan UMNO bermain dengan perang saraf. Jarum yang ditusuk kena pada tempat yang lembut dan menyakitkan.

Apa pun mereka perlu ingat, rakyat menilai tindak tanduk mereka. Bloggers pun terkena tempiasnya sedikit sebanyak. Harap akan tenang kembali.

mountdweller said...

W'salam Rashid

Itulah masalah orang kita. Bila dah rasa gagah dan popular, mulalah buat hal. Ikut angin dan kepala sendiri-sendiri.

Kesian rakyat yang mengharapkan mereka. Kalau beginilah keadaan dan telatah mereka, mereka akan tenggelam di PRU13 nanti.

Tengoklah kalau panjang umur.

mountdweller said...

W'salam sdr. Brahim.

Kebisingan di luar sana, walau pun jauh tetapi menerjah telinga juga sebab kita yang memerhati dan mendengar. Saya kesal kerana rakyat meletakkan harapan kepada mereka-mereka ini.

Tentang sakit ni, ada baiknya. Allah memberikan peringatan sebenarnya dan sekiranya redho akan mengampunkan dosa. Memang Doktor dah sahkan yang berlaku koyakan otot. Ambil masa sikit untuk sembuh sepenuhnya.

mountdweller said...

ijoks2009

Itulah yang diharapkan. Saya sembuh, mereka juga sembuh!

Terima kasih di atas doa.

mountdweller said...

W'salam aaapit

Memang betul koyak otot. Doktor dah bekalkan ubat yang sepatutnya.

Sebenarnya Pak Din tidak kecil hati tetapi kesal dan sedikit marah dengan gelagat mereka.

mountdweller said...

mr edz

Terima kasih kerana berdoa untuk Pak Din.

mountdweller said...

W'salam anakanda Isa.

Lengan ajer, perut masih berfungsi dengan baik, haa..haa..

Harap mereka redakan pertikaian dan tamatkan perselisihan.

JAMILKUCING said...

askm bro.

terimakasih atas komen nasihat di blog ana. bukan apa dah tak terpendam perasaan saya tak pandai sorok-sorok perasaan.sultan ni semua penyangak.

mountdweller said...

W'salam bro Jamil

Terima kasih di atas kunjung balas. Sikap bro memang bagus berterus terang dan strait forwrd.

Kita tidak akan sakit jiwa.

anaklaut said...

salam...tuan,

saya doakan tuan cepat sembuh..amin

mountdweller said...

W'salam anaklaut

Terima kasih saja yang dapat saya ucapkan di atas doa anaklaut.