Saya baru terima sms dari seorang Wartawan pengejar mistri untuk berjumpa jam 1 pagi ini 30 Okt. 2009 di tepi Taman Rekreasi Lubuk Mulung dan akan bergerak ke lokasi. Mengikut berita yang disampaikan, seekor Langsiur selalu berulang alik dari hutan di sebelah satu Taman Perumahan di situ ke satu lokasi lain yang tidak diketahui. Sudah ada yang dirasuk oleh Langsiur itu. Penduduk di sekitar kawasan itu terganggu dan ketakutan.
Malam ini saya diajak untuk menyertai sama operasi menangkap atau menghalau makhluk tersebut. Pada saya perkara ini antara percaya dengan tidak tetapi saya tetap akan pergi dengan membawa kamera digital kerana banyak pendapat menyatakan makhluk halus boleh dirakam dengan menggunakan kamera jenis itu.
Apa yang terjadi nanti saya akan ceritakan kemudian. Insya Allah.
26 comments:
Saya doakan selamat.Dah tangkap nak dikurung dalam apa...
anak muallaf
Saya pun tidak tahu lagi. Mengikut kawan wartawan saya itu, malam ini akan disertai oleh seorang bomoh.
Itulah yang saya katakan yang saya masih di antara percaya dan tidak.
Salam MountDweller,
Teruskan. Kalau tak sempat tangkap makhluknya, sempat tangkap gambarnya pun jadilah. Saya betul-betul nak kenal. Kalau dapat tengok gambar, saya cadang nak berpakat dengan WartaMaya dan IkutSukaAku mengkaji hal-ehwal hantu.
salam pakdin,
wah.. saspen ni..
wow mistik.... semoga berjaya
x sabaq nak tunggu selanjutnya nih..
assalammualaikum
takutnya....
Macam misteri nusantara la,betul be benda tu dapat di ambil gambar dgn camera digital.kamera telefon x boleh ke?
saya tunggu cerita dari uncle..
Salam Ayahanda,
Perghh... ini satu pengalaman yang mencabar, kalau dekat boleh saya ikut serta.
Benar seperti kata Dr. (pengasas) baru semalam kami bersembang berkaitan ilmu mistik ini, pelik dan aneh, percaya atau tidak.
Tak sabar menanti cerita selanjutnya...
wah.. macam best jer... kena baca ayat pendinding ker?
Pergh... Tolong update, Pakdin. Best nak baca pengalaman begini. Untuk menempuhnya, belum pasti..
salam uncle...
nanti cerita kat blog ya..saya tunggu...
salam manis, anntaj.
PakDin ... daripada bowok kamera baik bowok tukul n paku..
heheheheh ;)
W'salam Dr.
Insya Allah saya akan usahakan. Saya pun ingin tahu lebih lanjut.
W'salam aku
Pak Din pun suspen gak
muraisenja
Insya Allah saya akan cuba
Din
Sabaaaq!
a kl citizen
Pada saya tidak ada apa yang nak ditakutkan. Naluri ingin tahu mengatasinya
ijoks2009
Saya pun tak pasti. Itu kira ikut pendapat orang
blogger ~0~
Insya Allah ada uncle akan ceritakan apa yang berlaku nanti
W'salam anakanda Isa.
Ayahanda pun saspen dan teruja juga.
mr edz
Kalau baca pendiding nanti takut benda tu tak datang/menjelma
Sdr. Brahim
Insya Allah saya akan updatekan
W'salam ann
Insya Allah
pocoksiku
Pak Din tak naklah berbini mudakan Hantu!
Post a Comment