PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Thursday, October 8, 2009
Khabar Jam 11.40 Dari Lumut
Khabarnya kebakaran berlaku sewaktu loading barang-barang Anggota.
Khabarnya berlaku short-circuit dan api menyambar tilam dan berlaku letupan.
Khabarnya 3 orang Pegawai yang di dalam OJT terperangkap dan usaha meyelamat masih dijalankan.
Khabarnya Jentera Bomba dari Luar Kem dipanggil untuk membantu kerana kebakaran berlaku adalah besar.
Khabarnya inilah satu-satunya Kapal Pengangkut terbesar yang kita ada.
Bersama-samalah kita berdoa agar nyawa tiga orang Pegawai yang di dalam OJT itu dapat diselamatkan. Bayangkanlah kita adalah Ibu Bapa mereka bertiga.
Berita edit pagi ini 9 Okt. 2009.
Mengikut sumber Otai Manjung, api marak kembali di kapal itu pagi ini walau pun petang semalam dikatakan sudah berjaya dipadamkan.
Pandangan dari seorang Brigadier Bersara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


23 comments:
Mudah-mudahan semua mereka selamatdan dapat mengusai keadaan tersebut.
Opah,
Begitulah doa dan harapan kita. Namun Allah yang menentukan takdirnya.
salam...tuan,
berita mengejutkan..moga selamat semuanya..:
insyallah, saya harap mereka terselamat dari bahaya
W'salam anaklaut.
Saya pun terkejut dan berdebar. Mereka adalah Pegawai muda yang baru diTauliahkan.
Mak Su
Sama-samalah kita doakan.
Salam Uncle,
Semoga semua selamat dan boleh bekerja semula. Dalam Berita Harian kata takde yang cedera. Hairan saya...
Salam Abe Din,
biasanyer Fire Drill mmg menjadi satu bentuk latihan yg tetap dlm kapal..tapi bila dah dipanggil pihak luar utk membantu..ianya serius.!!
Satu siasatan mesti dilakukan utk mengenalpasti punca dan cara mengatasinya..dan bukan mencari siapa yg bersalah.."menunding jari amatlah mudah.."
W'salam Webmaster@Echam.
Khabar ini uncle terima dari orang di dalam kem.
W'salam IndukYati
Betul begitu. Perkara yang sudah berlaku tidak guna lagi menuding jari tetapi kepicangan mesti diperbetulkan.
Janganlah selepas siasat pi mai, pi mai, tang tu jugak.
Macam Suruhanjaya Diraja "Correct, korek!"
semga selamat la
mr edz
Itulah doa kita sebagai manusia yang prihatin. Tidak semestinya ke atas keluarga kita atau sahabat handai kita sahaja.
semoga semuanya akan terselamat insyaAllah
muraisenja.
Insya Allah, mudah-mudahan mereka tidak mudarat.
Semoga semua selamat dan Semoga juga dapt mengundi secara pos bagi yang berkaitan.
Salam uncleDin..
semoga selamat semuanya..
mudz.
Mudah-mudahan semuanya ok. Tentunya yang layak mengundi akan mengundi. Di dalam ATM pun kena daftar juga macam kita. Kalau tak daftar, tak boleh mengundi.
W'salam aaapit.
Itulah yang kita doa dan harapkan. Tapi setakat ini masih tidak ada berita dari sumber dalam.
Salam,
apa perkembangan terkini? Moga selamat mereka yang terperangkap..Kapal tersebut dah diisytiharkan sebagai tidak boleh digunakan lagi oleh TV3 SUKU dalam buletin utamak jam 8 mlm td....
W'salam perfectwater75.
Ya Allah... itu harta kita, harta rakyat!
Ini semua adalah akibat cuai di dalam penyelenggaraan.
Yang terperangkap selamat dan api pun sudah padam.
syukur semuanya selamat
pB
Alhamdulillah. Terutama semua anggota selamat.
alhamdulillah, yg paling penting, semua anggota kapal selamat.
alhamdulillah kapal tu akan selamat dikebumikan ke dasar laut meneruskan jasanya dalam tugasan yang lain pula - sebagai tukun ikan & lain-2lain hidupan laut negara.
alhamdulillah mungkin dikatakan pak menteri & saya (???) sbg. kroni pembekal/pelobi seolah-olah mengucap 'selamat datang' projek baru, di mana akan segera menggantikannya dengan kapal baru dlm. bajet masa terdekat.
hehe
Post a Comment