Tuesday, October 20, 2009

Tahniah Adik

Tahniah untuk Adik, Papa bangga.
Terima kasih
Adik
Bersama keluarga dan sepupunya
Saya amat bangga dengan mereka (anak-anak)
Tetapi masih belum berbangga dengan penampilan.

Dalam hal ini saya masih gagal walau pun
benihnya telah lama disemai

30 comments:

Isa said...

Salam Ayahanda,

Alhamdulillah..., telah berjaya mendidik anak2 hingga ke menara gading.

Tahniah buat Adik.

Soal penampilan, insyallah akan berhasil jua suatu hari nanti, moga di bukakan pintu hati mereka. Teruskan berdoa dan berusaha.

Tahniah buat Ayahanda sekeluarga sekali lagi.

Pengasas said...

Salam MountDweller,
Masya Allah! Anda pun ada kat konvo UiTM? Saya pun ada. Sessi petang, 20 Oktober. Fakulti Senibina, Perancang dan Ukur.
Kalau tahu, saya pasti cari tuan.
Apa pun, syabas dan setinggi-tinggi tahniah.

al-lavendari said...

jangan cepat putus asa. bukan gagal tapi apa yang di hajati pasti akan terjadi bila sampai masanya.

tahniah kerana menjadi seorang bapak yang berjaya.

mai said...

salam bapak,
saya suka mmbaca blog ini. ada sesuatu yg saya perolehi disini. Alhamdulillah.

saya pernah hantar komen dahulu ttg penampilan along, mungkin bapak masih ingat??! saya masih mendoakan along dan adik utk mengikuti suruhan Allah spt yg dituntut..

semoga bapak sekeluarga sentiasa dibawah lembayung rahmat Ilahi.

Anonymous said...

salam pak (panggilan pak sebab pangkat bapa) , ini mungkin perkongsian anak untuk bapak, hurm,,, saya juga merasa apa yang bapa rasa, insyaallah mohon pada allah agar dibukakan hidayah untuk kita semua ya. oh ya, mungkin bapa boleh cuba cara "slow talk" sambil bawa adik berjalan-jalan dan libatkan dia dengan orang2 solehah insyaallah itu mungkin usaha bapa yang sayangkan anaknya hingga ke akhirat! =) , maaf jika saya salah pak.

ckg rash said...

Salam,
Tahniah...
Jangan putus asa kerana "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

aaapit said...

Salam pakDin..maaf lama menghilang..kekangan dgn tugas duniawi..

Teruskan menyemai..teruskan berdoa..teruskan bertawakal..insyaallah..satu hari nanti sampai hidayahnya utk puteri2 pakdin..

KiTTuN said...

Salam,
Tahniah diatas kejayaan adik. Tumpang rasa happy.:D
Semoga mendapat kejayaan di dunia & di Akhirat.

IndukYati said...

Salam Abe Din..Tahniah kpd adik yg telah berjaya hingga dpt join rakan2 di majlis konvo tempohari..

Jika mengenang kembali saat susah dan senang dlm mendidik dan memberikan pelajaran kpd anak2..itu adalah satu tempoh yg amat dipenuhi keringat dan air mata..suatu masa yg akan kita kenang kembali sbg satu kenangan yg terindah..

Sememangnya impian Abe Din itu murni..kalau bukan pada masa Abe Din..mungkin apabila anak2 berumahtangga kelak..hati mereka kan terbuka..dek kerana sudah sampai masa..dan bukan krn paksaan sesiapa..ikhlas kerana Allah..

So Abe Din jgnlah bersusah hati..raikanlah kejayaan anak2 dengan lapang dada dan ceria..sesungguhnya keriangan dan kecerian yg lahir drpd wajah anak2 itulah saat yg terindah...

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum.
Mulakan dengan aqidah.

mountdweller said...

W'salam anakanda Isa.

Terima kasih. Ayahanda memang gembira dan amat bersyukur dengan kejayaan anak-anak. Itulah impian dunia yang semua ibu bapa impikan namun tidak semuanya menjadi kenyataan.

Ayahanda amat berharap mereka akan berubah dengan ikhlas satu masa nanti.

mountdweller said...

W'salam Dr.

Hari pertama saya di sana, saya berada di Taman Sri Andalas. Memang berhajat nak melawat dan berjumpa Dr., tetapi kerana kesuntukan masa dengan rumah terbuka saudara mara dan convo, hajat terpaksa ditangguhkan. Insya Allah dengan izinNYa kita pasti akan bersua juga.

Di UiTM saya di dalam Dewan Utama, barisan ketiga di tingkat atas, tempat duduk VIP. Tak tahu pula Dr. pun berada di situ. Anak saya bidang kejuruteraan makanikal.

mountdweller said...

al-lavendari.

Terima kasih saudara. Memang putus asa tidak ada di dalam kamus hidup saya.

mountdweller said...

W'salam Mai.

Memang Bapak ingat komen Mai.

Setiap komen yang baik dan membina memang di dalam ingatan dan tindakan Bapak. Walau pun pedas Bapak tidak kisah asalkan komen yang membawa kebaikan.

Terima kasih Mai.

mountdweller said...

W'salam Anonymous.

Slow talk sudah. Separuh paksa pun sudah dilakukan oleh Mamanya. Jawapannya insya Allah akan tiba masanya nanti.

Kalau memaksa dan dibuat dengan tidak ikhlas nanti di depan kita ok tetapi di belakang kita? Saya tidak mahu mereka berpura-pura.

Saya tetap akan berharap dan berdoa.

mountdweller said...

W'salam ckg rash

Itulah satu ungkapan ayat yang membuatkan perasaan saya sedikit lega.

Terima kasih. Doa ibu bapa adalah mengenai perkara yang terbaik untuk anak mereka.

mountdweller said...

W'salam aaapit.

Terima kasih. Memang itulah doa dan harapan.

mountdweller said...

W'salam KiTTuN

Terima kasih. Memang itulah harapan dan doa seorang ayah.

Dah lama tak melawat blog KiTTuN. Bagaimana agaknya khabar tentang pets KiTTuN. Insya Allah ayahanda akan ke sana nanti.

aTaChA said...

tahniah kat adik gak lah (tetiba je pangil adik)....

sedikit sedih dgn ayat mountdweller yg last tu...tetiba teringat ayah saya yg selalu kate begitu...but bukan tuk penampilan..tuk bab jodoh..hehehheheh

mountdweller said...

W'salam Induk Yati.

Terima kasih. Sebenarnya Abe Din tidak mahu bila kahwin baru nak berubah. Tapi kalau itu ditakdirkan, Abe Din terpaksa akur.

Abe Din sedar yang kita hanya boleh menasihat dan mengajar tetapi hidayah adalah hak mutlak Allah.

Sesungguhnya Abe Din gembira dan amat bersyukur dengan kejayaan mereka walau pun ada terselit rasa terkilan. Abe Din tetap menghargai kejayaan mereka.

mountdweller said...

Wa alaikumussalam Anon.

Saya telah mulakan dengan akidah ketika mereka mula memahami bahasa lagi.

Mengikut pemerhatian saya Rukun Islam mereka lengkap. Rukun Iman mereka lengkap.

Cuma keterbukaan hati mereka ke arah itu belum lagi. Saya tetap berharap dan berdoa.

awesulong said...

salam pakcik din..tahniah atas kejayaan anak. Saya menganggap pakdin seorang yang telah berusaha dan berani mengaku dengan kegagalan. Ini membuktikan bahawa bukan pakcik din redha dgn penampilan anak itu. Sebaliknya ada sesetengah ibu bapa yang bangga pula dengan cara penampilan anak mereka yg tak mengikut syariat..saya sebagai seorang yang baru bergelar bapa turut merasa bimbang, bagaimanalah agaknya anak2 kami nanti...semoga semuanya selamat...!

mountdweller said...

aTaChA

Memang panggilan keluarga dan saudara adalah "Adik". Ada sepupunya memanggil "Kak Adik!"

Tujuannya bukan untuk membuat mereka sedih tetapi memujuk dengan cara luahan perasaan seorang ayah.

Uncle tetap bangga dengan mereka berdua.

mountdweller said...

W'salam awesulong.

Bagi Pak Din kejayaan tetap kejayaan dan kegagalan tetap kegagalan. Kita kena ikhlas dengan diri dan hati sendiri.

Tetapi bagi Pak Din kegagalan adalah pencetus daya usaha yang lebih kuat.

Terima kasih awesulong. Pak Din doakan agar awesulong berjaya hadapi dunia dan akhirat.

KiTTuN said...

Ya..ya.. jemputlah ayahda Sekeluarga bertandang kat blog atau ke rumah. Kita ni dekat saja. :D

kulatlapok said...

salamTuan,
Tahniah kerana berjaya mendidik anak sehingga mereka berjaya.. anak tuan tu dah ada yg punya ke??
hajat nak masuk minang, tapi kerja angkut sampah je..hiks..! hiks..! melepas....

mountdweller said...

KiTTuN

Rasanya memang dekat. KiTTuN dari keluarga Marican ke?

Insya Allah ayahanda mungkin bertandang kalau ada kelapangan.

mountdweller said...

W'salam sdr. kulat

Terima kasih, tetapi semuanya dengan anugerah Allah. Kita hanya berusaha.

Oh.. masih available!

Hanz_Azdi said...

soal penampilan & apa jua kelemahan/kekurangan yg terzahir tu tak menjadi kudis sekiranya ada kesedaran untuk memperbaikinya/memperbetulkannya...mungkin time can tell when...InsyaAllah akan ada lagi kejayaan demi kejayaan buat pak Din sekeluarga.

mountdweller said...

Hanz

Saya bersyukur dan sentiasa berdoa ke arah kebaikan. Nak paksa pun tak ada gunanya. Kalau dipaksa samalah melatih mereka berlakun.