Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 10, 2012

Kenapa Gusar? Berani Buat, Tanggunglah Akibatnya!

Wajarkah kita bimbang dan simpati terhadap manusia seperti ini?

KUANTAN, 9 Jan - Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman hari ini menegaskan beliau gusar dengan keselamatan Mohd Saiful Bukhari Azlandengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ia kerana, sebelum ini Saiful dengan berani mendedahkan beliau ada bertemu dengan tokoh-tokoh tertentu seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor (ketika itu masih TPM), berhubung dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, bertemu dengan ASP Rodwan Yusoff dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)Ezam Md Nor sebelum beliau membuat laporan polis mengatakan dia diliwat.

"Persoalannya, apa motif beliau bertemu mereka?. Saya risau Saiful akan diancam dan bakal menjadi seperti Altantunya Shaariibuu sekiranya dia mendedahkan rahsia ini. Rakyat perlu tahu motif sebenar, sedangkan Saiful ternyata tidak diliwat oleh sesiapa", kata Dato' Fauzi ketika dihubungi krew PDO siang tadi.

"Kenapa mereka tidak halang Saiful ketika itu?. Kenapa biarkan anak muda itu membuat laporan palsu tentang kes ini?", kata beliau lagi.

Terdahulu, Saiful dalam satu kenyataan hari ini reda dengan keputusan mahkamah dan beliau berharap pihak Pendakwaraya akan membuat rayuan kes itu demi keadilan yang dituntutnya. Malah Saiful juga mahu mahkamah yang lebih tinggi mendengar kes berkenaan selepas ini.

Saolnya sekarang, ke mana harus Saiful membawa diri selepas ini?. Walau pun DNA yang dipertikaikan mahkamah, namun rakyat sebenarnya sudah lama musykil dan keliru dengan berbagai-bagai lagi episod memalukan terhadap kes ini.

Penyokonhg Saiful wajar menerima kenyataan bahawa beliau bukanlah mangsa liwat Anwar sebenarnya, tetapi dia menjadi mangsa "Konspirasi Jahat" terhadap Anwar selama ini. Apapun, semoga Saiful terus tabah hadapi dugaan ini. Terimalah kenyataan bahawa anda masih teruna lagi.

Sumber dari sini

2 comments:

  1. Lawakle pengerusi PKR Pahang ni. Pandaile Si Saipul tu jaga diri dia. Lagipun, mana tahu dia teruna ke tidak?

    ReplyDelete
  2. mangsa konspirasi jahat? come on la....kalo ade konspirasi jahat, DSAI dan keluarga adalah the only valid mangsa....sepul deserves the bad outcome if the conspiracy is real, because he's obviously THE MAIN PART OF IT!walaupun dia hanyalah buah catur bg tangan2 ghaib yg menggerakkannya, tp dia tetap terlibat secara langsung dan istilah mangsa sngt tak kene utk bdk ni....kalo gini, KPN dan the whole of police force,hakim, peguam negara, SPRM etc etc pun boleh dikatakan mangsa jugak psl diorng pun buah catur yg digerakkan oleh org berkepentingan jugak....so where do we draw the exact line?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa