Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 2, 2012

Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Panglima TLDM

Sekembalinya kami dari Ipoh/Lumut pada Khamis 29 Dis. 2011, saya menerima sepucuk surat yang tidak bernama beralamatkan KD Selangor bertarikh 19 Dis. 2011 menghuraikan perkara yang bangkitkan di dalam N3 saya bertarikh 25 Ogos 2011 yang bertajuk 'Saja Nak Luahkan Rasa Hati Seorang Ayah'. Surat ini juga dilampirkan salinan kepada Panglima Tentera Laut.


Walau pun tidak bernama, saya faham surat ini adalah dari C.O. Along pada masa itu. Saya amat menghargainya dan amat berterima kasih di atas doa beliau ke atas saya dan keluarga. Begitu juga saya doakan beliau akan selalu berada di dalam rahmat Allah dan perlindunganNya. Semoga beliau maju dan terus berjaya di dalam kerjaya.


Beliau cuba menjelaskan apa yang dikatakan kekeliruan di dalam kes itu, namun saya tetap berpegang pada apa yang saya tulis di dalam N3 tersebut.


aziz

Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar


Oleh kerana surat berkenaan disalinkan kepada Panglima TLDM maka saya merasa bertanggung jawab untuk memohon maaf kepada Y.Bhg. LAKSAMANA TAN SRI ABDUL AZIZ BIN HAJI JAAFAR Panglima TLDM kerana N3 berkenaan mungkin memberikan pengertian buruk kepada TLDM keseluruhannya. Sebenarnya pada saya, ini hanyalah satu kes kecil yang terpencil dan tidak melibatkan keseluruhan TLDM atau mana-mana cabang Angkatan Tentera.


Saya doakan juga agar Y.Bhg. Tan Sri dan keluarga juga sentiasa di dalam rahmat dan perlindungan Allah.

4 comments:

  1. Nak tegelak pon ade. Kes sekecil ini pn CO perlu salinkan ke Panglima ka? 'Mcm' 'Carima' je. Kalu dah cuti tu kira 'Attend C - medical status that exempts soldier from all duties' ler dan rasanya maksudnya digunapakai oleh kebanyakan tentera. Baru ayah 'gempaq' sikit dan gelabah puyuh? wakakakakakakaka

    ReplyDelete
  2. setakat nie biasa dapat Attend B..jer

    ReplyDelete
  3. IndukYati: matlamat utama doktor adalah utk menghalang pesakit drpd hadir ke pejabat (ie: bergerak ke hulu, ke hilir). kalo attend b still kene g pejabat...so opkos dr kene bg attend c maa....

    ReplyDelete
  4. aiseyyyy katner nak tekan punat 'like' kat komen ghostdart ek.. heheh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa