Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 1, 2014

MH370: Kisah 'Ibu' kepada segala misteri?

V Shuman - 01:30PM Apr 01 2014

KOMEN: Kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 telah menimbulkan pelbagai tanda tanya sehingga ia menjadi ibu kepada semua misteri yang diketahui secara umumnya.

Selepas lebih daripada tiga minggu pesawat Boeing 777 Beijing telah dilaporkan hilang serta lenyap daripada skrin radar penerbangan komersial, para penyiasat dari pelbagai negara masih hairan bagaimana burung besi seberat 200 tan - tersesat.

Pelbagai teori telah dilontarkan tetapi masih tiada fakta dan bukti kukuh untuk membuktikan bahawa ia telah terhempas ke dalam Lautan Hindi selatan seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada 24 Mac lalu berdasarkan data yang diperolehi dari syarikat satelit Inmarsat UK dan UK Air Accidents Investigations Branch (AAIB) yang menunjukkan bahawa pesawat MH370  dikesan terbang di koridor selatan sehinggalah kedudukan yang terakhir diketahui MH370 adalah di tengah-tengah Lautan Hindi terletak di barat Perth.

Lokasi ini terlalu jauh dari mana-mana tapak pendaratan pesawat penerbangan, tambah Najib. Ternyata pengumuman itu telah meluluhkan hati serta meruntun emosi ribuan individu termasuk saudara-mara daripada 239 penumpang di atas kapal yang telah berpaut kepada harapan yang tipis bahawa mereka mungkin terselamat daripada insiden dan berada di suatu tempat.

Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia menerima bantuan daripada negara- negara luar dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mempunyai tugas yang sukar selepas ia diumumkan. Terdapat pelbagai petunjuk telah ditemui antaranya kemungkinan penemuan serpihan bangkai pesawat MH370 dilihat berada di kawasan koridor selatan tetapi cubaan SAR untuk memadankannya dengan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang kebiasaannya menemui kegagalan.

Keadaan alam semulajadi di Lautan Hindi ternyata menyukarkan kerja-kerja pasukan pencarian yang terpaksa meredah ombak besar. Malah, faktor cuaca yang tidak menentu juga menyebabkan pasukan pencarian terpaksa menamatkan misi lebih awal setelah mendapati mereka bakal berdepan dengan risiko tinggi sekiranya mereka meneruskannya.

Bagi organisasi media pula, untuk melaporkan berita mengenai pesawat MH370 yang hilang kini boleh disifatkan sebagai "kekurangan idea dan kekeringan sumber maklumat " dan ia berlaku dengan pantas dari hari ke hari,  kita dapat melihat organisasi media menyiarkan berita berulang-ulang dengan teori-teori sama - seperti rampasan dari pengganas, mungkin kegagalan kejuruteraan mekanikal, memetik sumber yang berbeza dan "pakar-pakar" menyatakan perkara yang sama. 

Malah semasa sidang akhbar disiarkan secara langsung di kaca televisyen dan stesen radio, kita dapat melihat wujud jurang semakin besar merujuk soalan-soalan yang dikemukakan oleh pemberita, tidak lagi "hangat" seperti hari  pertama krisis itu dilaporkan.


Ketegangan emosi serta kemarahan dalam kalangan keluarga penumpang warga China yang majoriti berada dalam pesawat MH370  dilihat semakin memuncak. Mereka benar-benar kecewa dengan cara krisis itu ditangani dan ada yang melabelkan kerajaan Malaysia sebagai pembunuh.

Kemarahan dan kekeliruan mereka boleh difahami berkaitan dengan kesimpulan pihak berkuasa bahawa penerbangan itu sesungguhnya berakhir di Lautan Hindi. Malah Perdana Menteri Australia Tony Abbott baru-baru ini dipetik sebagai berkata bahawa terdapat "bukti yang hangat" bahawa penerbangan itu memang terhempas di sana, seperti yang diumumkan oleh Najib.

Apakah maksud sebenarnya makna "bukti kukuh" terutama menyebabkan kesedihan dalam kalangan ahli keluarga? Jika kapal terbang itu terhempas, mereka mahu melihat mayat ahli keluarga tersayang buat kali terakhir dan mengucapkan selamat tinggal sebelum dikebumikan atau sekurang-kurangnya menunjukkan bukti walau hanya sekeping serpihan bangkai dari pesawat, tidak kira saiz sama ada kecil ataupun besar bagi meredakan perasaan sekali gus menutup cerita.

Pihak berkuasa dan media secara berterusan mengulangi bahawa pesawat itu hilang di laut tetapi kepada keluarga penumpang berita itu tidak memperjelaskan keadaan sebenar. Antara soalan-soalan yang mungkin mengganggu emosi mereka adalah "di mana bangkai/badan pesawat sekiranya ia hilang di laut? Bagaimana dan kenapa pesawat itu terhempas jauh beribu batu bukannya di sepanjang penerbangan laluan menuju destinasinya? Adakah pihak berkuasa memberitahu kita kebenaran secara keseluruhan atau adakah pihak berkuasa cuba menyembunyikan sesuatu yang lebih besar?.

Ia merupakan satu insiden yang tidak pernah berlaku sebelum dan tidak ada yang mempersoalkan atau memperkecilkan percubaan pihak berkuasa yang berusaha untuk mencari pesawat MH370 sehingga kini.

Tetapi perlu diakui, terdapat beberapa kesilapan yang jelas dan nyata dilakukan oleh pihak berkuasa kita yang dilihat telah mengheret ia memasuki dalam minggu keempat.

Sebagai contoh, kita tertanya-tanya bagaimana perkara ini ternyata berbeza jika Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengambil langkah penjagaan tambahan untuk mengenal pasti sebuah pesawat umum "tidak dikenali"  yang melintasi seluruh Semenanjung pada waktu pagi insiden berlaku dan telah mengambil langkah-langkah selanjutnya untuk menangani isu tersebut.

Atau bagaimana jika pihak berkuasa kita telah bertindak dengan serta-merta pada data yang disediakan oleh Inmarsat? Seorang pegawai kanan syarikat itu baru-baru ini telah mendakwa bahawa pihak berkuasa Malaysia mengikuti di atas data yang disediakan kepada mereka berhubung pergerakan terakhir pesawat penerbangan MH370 kerana mereka telah berjuang dan terpaksa menghadapi cabaran dengan pelbagai maklumat.

Jika penerbangan itu sebenarnya terhempas ke dalam lautan Hindi, kebarangkalian ada penumpang yang terselamat sekalipun, peluang untuk penumpang itu terus hidup dan bertarung nyawa di perairan akan menjadi nipis kerana tidak ada satu pun yang mencari di lokasi semasa dilaporkan penemuan pesawat MH370 beberapa hari pertama. Operasi SAR ditumpukan di Laut China Selatan dan Selat Melaka awal insiden kehilangan.

Sehingga terdapat tanda pertama sama ada pesawat atau bangkai MH370 ditemui, ia sudah pasti menjadi seribu satu persoalan lebih daripada jawapan. Terpulang kepada pihak berkuasa kita dengan bantuan negara-negara lain dalam misi SAR untuk membongkar misteri ini.

MH370: Spekulasi tidak akan jadikan penerbangan lebih selamat

Spekulasi tidak akan jadikan penerbangan lebih selamat, kata IATA
APRIL 01, 2014
Tiada siapa pun harus membuat kesimpulan tentang sebab-sebab bagi kehilangan pesawat malang MH370 milik Malaysia Airlines pada 8 Mac lalu, sebelum penyiasatan selesai, kata Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengangkutan Udara (IATA), Tony Tyler (gambar).
"Spekulasi tidak akan menjadikan penerbangan lebih selamat. Bagaimanapun, ada dua perkara – pengesanan pesawat dan data penumpang – yang jelas merupakan cabaran yang perlu diatasi," kata Tyler pada Persidangan OPS IATA yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata peristiwa MH370 itu telah menyerlahkan betapa perlunya ditambah baik pengesanan pesawat dalam penerbangan.
"Dalam dunia yang setiap pergerakan kita boleh dikesan, memang sukar untuk dipercayai bahawa sebuah pesawat boleh terus hilang, manakala data-data penerbangan dan perakam suara kokpit pula begitu sukar ditemui," kata Tyler.
Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.
"Air France 447 mengalami isu yang serupa beberapa tahun lalu dan beberapa kemajuan telah dicapai. Tetapi ini mesti dipercepatkan. Kita tidak boleh biarkan satu lagi pesawat ghaib begitu sahaja," katanya.
Tyler berkata IATA akan menubuhkan sebuah pasukan petugas yang akan melibatkan penyertaan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa untuk memastikan usaha yang dilakukan diselaraskan dengan baik.
Kumpulan ini akan mengkaji semua pilihan yang ada bagi pengesanan pesawat komersial berdasarkan ukuran pelaksanaan, pelaburan, masa dan tahap kesukaran untuk mencapai hasil yang dikehendaki.
"Kumpulan ini akan melaporkan kesimpulannya menjelang Disember 2014, dan ini mencerminkan perlunya tindakan segera dan analisis yang teliti.
Sementara itu, semasa sidang akhbar itu, Tyler berkata pakar-pakar akan juga mengkaji keperluan mengadakan penstriman data-data secara langsung dari pesawat dalam penerbangan.
"Kini sudah ada teknologi untuk melakukannya, tetapi belum jelas sejauh mana ia praktikal," katanya.
Mengenai data penumpang, Tyler berkata industri ini telah melakukan usaha dan mengeluarkan perbelanjaan, yang besar untuk memberikan maklumat yang boleh dipercayai tentang penumpang kepada kerajaan sebelum sesebuah pesawat berlepas.
"Kerajaan harus menggunakannya bagi kawalan sempadan. Kami bukan pegawal sempadan atau anggota polis. Kerajaan perlu mengkaji proses masing-masing untuk mengesahkan dan menggunakan data-data ini, seperti pangkalan data pasport dicuri atau hilang Interpol," katanya. – Bernama, 1 April, 2014.

MH370: Persoalan utama siapa rampas pesawat

1 April 2014
SHAH ALAM – Teori yang mengatakan pesawat MH370 berkemungkinan dirampas pihak tertentu sebelum pesawat tersebut dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, masih boleh diterima dan tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Walau bagaimanapun, persoalan utama ialah siapa individu yang merampas pesawat tersebut dan tanda tanya itu sukar untuk dikupas.

Menurut sumber, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa yang merampas pesawat itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau juga menolak teori mengatakan bahawa juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid bertanggungjawab dalam rampasan pesawat itu.

Namun katanya, teori yang diperkatakan itu tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana ia akan mencampuradukkan isu membabitkan antara negara.

“Saya tidak boleh komen lebih lanjut kerana ia akan menyentuh isu antara negara selain jika benar teori ini benar akan menjadi teori konspirasi berprofil tinggi," katanya. 

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch  (AAIB) di Britain.

Timbul pelbagai andaian berikutan pesawat tersebut melencong jauh daripada laluan asal sehingga ke Lautan Hindi yang disifatkan tempat paling sunyi di dunia.

Sebelum ini, isu rampasan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dibangkitkan pada hari kedua kehilangan pesawat MH370, selain turut dikaitkan dengan penggunaan pasport palsu oleh dua orang warga asing yang menaiki pesawat tersebut.

Sehingga kini, polis masih belum menolak andaian pesawat tersebut dirampas dan turut menyiasat tiga elemen lain yang berkemungkinan motif kejadian iaitu sabotaj, masalah peribadi serta masalah psikologi membabitkan semua individu yang menaiki pesawat itu.

# Persoalan di dalam hotak aku pulak ialah -

1. Kenapa pada peringkat awalnya MAS seolah cuba sembunyikan apa dia cargo yang dibawa
2. Kenapa bila radar TUDM kesan pesawat yang tidak dikenali di ruang udara kita, mereka buat derk dan tidak respon
3. Siapa dan berapa orang sebenarnya individu-individu yang berkedudukan dan mempunyai kepakaran di bidang yang amat dikehendaki di dalam pesawat itu 
4. Kenapa pada peringkat awalnya media luar negara yang heboh membawa teori yang mengatakan Kaptain Zahari membunuh diri dengan pesawat itu dan menteri kita juga terikut-ikut dengan rentak mereka serta mencanangkannya pula seolah sengaja mencari kambing hitam?
5. Kenapa berlaku percanggahan maklumat sebagaimana yang disuarakan oleh Datuk Nik Huzlan?
6. Bagaimana pula dua ungkapan yang sangat berbeza bunyinya
“all right, good night” dan “Good night, Malaysian three seven zero”
 boleh disalah tafsirkan?

MH370: Membenarkan Teori Dilarikan Oleh US

Pesawat Boeing Boleh Diterbangkan Dari Darat, Membenarkan Teori MH370 Dilarikan Oleh US
Posted on Tuesday, April 01 @ 14:47:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan itu, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian, laporan tersebut menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan" (pembaca boleh rujuk di sini)

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Signifikan dengan talefon penumpang China berdering

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Pembaca boleh merujuk artikel di laman Tranungkite,net pada 9 Mac 2014 sehari selepas MH370 dikatakan hilang (rujuk di sini) 

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat drone. 

Semasa minum di tepi pantai bersama seorang sahabat yang pernah menjelajah dunia termasuk di Afghanistan kami berbincang pasal agak sukar untuk mengawal kapal terbang boeing yang besar secara remote seperti mengawal drone.

Saya mencari maklumat berkenaan dengan kawalan (romete) pada kapal terbang boeing.

Pada November 2006, syarikat pembuat kapal terbang Boeing menerima paten daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk sebuah sistem yang mana apabila ia diaktifkan, memampukan sesebuah pesawat diterbangkan ke lokasi tertentu dengan juruterbang tidak mampu berbuat apa-apa.

Autopilot ‘tanpa gangguan’ (bukan remote/kawalan) itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sensor dalaman atau menggunakan jaringan satelit serta radio dari jarak jauh oleh agensi kerajaan AS seperti CIA.

Ia bertujuan untuk mengambil alih penerbangan itu andai berlaku cubaan oleh pengganas untuk mengalih atau melencongkan sesuatu pesawat ke laluan atau destinasi lain.

Sistem baru yang dibangunkan selepas pasca 9-11 adalah untuk membolehkan pihak berkuasa AS menguasai dan mengawal sepenuhnya untuk mengelak rampasan.

Kalau sebelum ini kapal terbang boeing hanya boleh membuat auto pilot mengikut apa yang dimasukkan dalam sistem, itu pun pada ketinggian yang tertentu dan kelajuan tertentu. Ini juga membantu pilot untuk berehat dalam perjalanan yang jauh.

Apabila sistem berkenaan diaktifkan, sesuatu pesawat itu akan diterbangkan dengan kawalan luar ke lokasi yang telah diprogram lebih awal. 

Boeing dalam kenyataan pada 1 Disember 2006 berkata, ada keperluan mendesak dalam industri penerbangan bagi mewujudkan satu teknik yang secara muktamad dapat mengelak invidu yang tidak bertauliah daripada menguasai sesuatu pesawat dan kemudiannya membahayakan keselamatan penumpang atau orang lain dalam laluan perjalanan kenderaan berkenaan, dengan ini ia akan dapat mengurangkan kesan kemusnahan yang mampu dilakukan individu di dalam sesuatu pesawat (yang dirampas).

“Secara khusus, ada keperluan untuk mewujudkan teknik yang akan memastikan laluan perjalanan sesuatu kenderaan adalah berkekalan dengan mengalihkan sebarang proses membuat keputusan yang salah oleh manusia termasuk ancaman keganasan di atas kenderaan (pesawat) berkenaan,” katanya.

Untuk menjadikannya bebas sepenuhnya, sistem itu mempunyai bekalan kuasa sendiri serta bebas daripada pemutus litar kapal terbang.

Kapal berkenaan akan berada dalam mode otomatik walapun telah mendarat dan mekanik atau kakitangan kerajaan yang berkenaan akan dipanggil untuk mematikan sistem berkenaan.

Boeing telah mewujudkan beberapa kaedah untuk mengaktifkan sistem berkenaan.

Antaranya termasuk suis manual untuk ditekan juruterbang atau pengesan khas di pintu kokpit yang akan mula bertindak apabila mode anti pengganas teraktif walaupun hanya tenaga yang minimum digunakan untuk memaksa buka pintu kokpit.

Pilihan lain ialah jaringan tersembunyi di mana pegawai kerajaan atau wakil syarikat penerbangan di darat akan memantau dan mengarahkan kapal dalam mode otomatik apabila sah keselamatan kapal terbang dikompromi.

Jaringan komunikasi radio juga boleh digunakan untuk memaklumkan kemudahan darat atau kapal terbang lain bahawa sebuah pesawat telah diaktifkan dalam mode otomatik.

Berbalik kepada teori rampasan

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.

Banyak kemungkinan boleh berlaku setelah 24 hari berlalu tanpa sebarang pentunjuk yang konkrit yang boleh kita mengata ya kepada apa yang berlaku.

Terpulang kepada pembaca....

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
 

Komentar Bodoh Dari Seorang Yang Kononnya Pemerhati Politik

Adakah Lisa Adam ini meganggap pemimpin pakatan bodoh untuk menyokong yang salah?
Adakah dia ingat pemimpin pakatan akan melalak bila ada peluang untuk menyalak tanpa pertimbangan kerana hanya untuk melawan kerajaan?
Apakah dia ingat pakatan adalah seekor babi hutan yang hanya tahu menyondol tak kira tahi gajah atau pun busut jantan?
Aku cadangkan Lisa Adam sajalah pergi berikan sokongan dan berdemo untuk Kassim serta tunjukkan solidariti kepadanya!
Komen dangkal yang menganggap orang macam tak ada akal
Ada akalkah dia?

Kenapa Pakatan senyap?
 | April 1, 2014
Tiada satu pun wakil dari Pakatan yang hadir memberi sokongan untuk Kassim Ahmad.
kassim ahmad
Apa sebenarnya perjuangan dan pendirian Pakatan Rakyat? Bila sepatutnya mereka diam, semua melalak dan bila sepatutnya mereka bersuara, semua diam seribu bahasa.
Kalau menurut Anwar Ibrahim, lawan tetap lawan. Tetapi nampaknya kebelakangan ini, Pakatan Rakyat begitu memilih senario medan perang sebelum turun berjuang.
Dengan yang demikian apa bagusnya Pakatan berbanding Umno/BN kerana jelas Pakatan juga penuh dengan double standard dan hanya memilih isu yang boleh menaikkan populariti.
Tiada satu pun komen atau reaksi dari Pakatan Rakyat berkenaan isu Kassim Ahmad yang dituduh menghina Islam dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang.
Tiada satu pun wakil dari Pakatan yang hadir memberi sokongan. Tiada juga solidariti untuk Kassim Ahmad.
Kalau isu yang ada peluang menghentam kerajaan maka sibuklah tukang canang memukul gendang serata negeri meminta keadilan ditegakkan katanya.
Kini semua menikus dan membatu macam patung cendana. Kata pejuang kebebasan bersuara, kata pendokong hak individu.
Cakap memang senang, tiba masa yang memanggil Pakatan bertindak, tidak ada satu pun yang berani.
Mana Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Liew Chin Tong? Mana Hadi Awang dan Mat Sabu? Mana Rafizi Ramli, Azmin Ali, Zuraidah Kamaruddin, Lateefa Koya? Mana Anwar, ‘pejuang’ yang selama ini terpekik-pekik memperjuangkan keadilan dan kebebasan bersuara?
Mengapa diam? Mengapa tiada perhimpunan jalanan atau demonstrasi? Kalau menyokong LGBT dan mengagungkan Guy Fawkes ramai pulak yang turun.
Adakah kerana Kassim Ahmad adalah ahli Umno? Bukankah dalam Pakatan tiada layanan double standard dan bukankah Pakatan sedia untuk berjuang untuk sekalian rakyat bagi menghentikan pentadbiran Umno/BN?
Bukankah Pakatan adalah yang paling adil dan telus dan berani?
Tanda setuju?
Atau kali ini diam tanda setuju? Kalau betul, maka bukan pejuang kebebasanlah Pakatan Rakyat?
Kalau Comango boleh bersuara, mengapa Kassim Ahmad tidak? Mana sokongan Pakatan pada individu dari Umno yang berani bersuara?
Bukankah Pakatan menjanjikan ruang kebebasan dan suara rakyat dihormati? Hak rakyat tidak kira latar belakang dan miskin kaya diambil kira dalam setiap pertimbangan.
Bukankah Pakatan juga berjanji untuk menentang undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan kebebasan rakyat atau bersifat anti-rakyat? Mana pergi semuanya?
Ini peluang Pakatan untuk lebih menyerlah. Berdiri di belakang Kassim Ahmad dan tentanglah kerajaan yang menyekat kebebasan bersuara rakyat.
Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam dan tak serius untuk berjuang, jangan panggil diri pembela rakyat. Kalau takut dilabel pengkhianat, jangan label diri pejuang kebebasan.
Lisa Adam adalah pemerhati politik tanahair.

MH370: Dia Takut Hang Tanya Soalan Yang Buat Dia Nganga!

Kalau dah tahu ada sidang lain lebih mustahak di luar negara kenapa adakan jadual pertemuan dengan pembangkang?

Kalau begini memang patut dia dituduh melarikan diri pun!
Isu ini pun dah jadi gila dah pulak.......

Hishammuddin lari ke Hawaii, tunjuk BN tidak serius bincang MH370 dengan Pakatan
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
APRIL 01, 2014
Azmin Ali menuduh BN mempolitikkan isu MH370 dan tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa ini. – Gambar The Malaysian Insider

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan kekesalan setelah taklimat berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadualkan berlangsung malam ini tidak disampaikan sendiri oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, keengganan Hishammuddin memberikan taklimat itu sendiri kepada ahli Parlimen PR seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menunjukkan Barisan Nasiional (BN) tidak serius menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS tersebut.
“Pagi ini kita dapat maklumat menteri lari dan pergi ke Hawaii untuk sidang yang lain.
Shahidan sebelum ini mendakwa kerajaan sedia mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen pembangkang bagi menyampaikan maklumat terperinci berhubung tragedi penerbangan MAS MH370.“Pihak yang mempolitikkan isu ini adalah kerajaan BN yang tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, pertemuan itu diatur pada malam Selasa ini di antara anggota Parlimen pembangkang dengan Hishammuddin. – 1 April, 2014.

Doakan Yang Terbaik Untuk Mereka.......

Doakanlah supaya rumah tangga mereka dapat diselamatkan

Suami Nurul tak bawa wakil ke JK pendamai
mk - 12:18PM - 1 Apr 2014
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 12 Jun untuk jawatankuasa pendamai dilantik mahkamah untuk memfailkan laporan sama ada Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dapat menyelamatkan perkahwinan mereka.

Ia ekoran pertemuan kedua-dua pihak dengan Hakim Syarie Ab Malek Awang di dalam kamar hari ini.

Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Panytai membawa bapa saudaranya Rosli Ibrahim ke dalam jawatankuasa itu.

Raja Ahmad Shahrir bagaimanapun tidak membawa wakilnya ke mahkamah hari ini.

Hakim kemudian mengarahkan Raja Ahmad Shahrir membawa wakilnya pada 17 April.

Jawatankuasa itu dibentuk apabila defendan dalam kes ini tidak bersetuju bercerai. 

MH370: Kata-Kata Akhir Sebelum Hilang Bukan “all right, good night” Tetapi “Good night, Malaysian three seven zero”

Bright orange objects potted by Australian searchers as hunt for missing Malaysia Airlines Flight MH370 continues

THE last words from the cockpit of MH370 before it disappeared from civilian radar were actually “Good night, Malaysian three seven zero”, not “all right, good night” as Malaysian authorities had previously claimed.


The sign off is much more formal than that of the informal words said to have been used earlier.
The words were said as the plane left Malaysian airspace and was about to enter that of Vietnam at 1.19am on March 8.
The Malaysia Airlines plane then turned around, flew back over Malaysia and disappeared over the southern Indian Ocean, off Perth.
Previously authorities had said the final words, possibly said by the co-pilot, were
But Malaysia’s Defence and acting Transport Minister Hishammuddin Hussein, clarified this via Twitter.
He tweeted the correct words from the cockpit after being repeatedly asked to clarify confusion at an earlier press conference.
But it is not clear whether the sign off was said by the pilot or co-pilot.
Mr Hussein said authorities are currently conducting forensic investigations to determine whether it was pilot Capt Zahari Ahmad Shah or the co-pilot who said them.
And he said the full transcript of the final conversations between the cockpit of MH370 and air traffic controllers would be released to relatives families at the next briefing.
Monday proved to be another disappointing day in the search. Orange objects spotted by a plane searching for the missing Malaysia Airlines jet turned out to be nothing more than fishing equipment.
The Australian Maritime Safety Authority said the objects had been analysed and spokesman Jesse Platts said “they have nothing to do with the missing flight.’’
An Australian P-3 Orion search plane spotted at least four orange objects in waters west of Perth on Sunday and were described by Orion pilot Russell Adams as the most promising lead in the search so far.
But despite yet another false alarm, Prime Minister Tony Abbott said the search will not be scaled down.
“I’m certainly not putting a time limit on it ... We can keep searching for quite some time to come,’’ Mr Abbott told reporters today at RAAF Pearce, the Perth military base coordinating the operation.
“We owe it to the families, we owe it to everyone that travels by air, we owe it to the anxious governments of the countries who had people on that aircraft. We owe it to the wider world which has been transfixed by this mystery for three weeks now.’’
Prime Minister Najib Razak will travel to Perth on Wednesday to visit the Pearce airbase and see the MH370 search operations first hand and thank the search teams.
Malaysia’s Defence and acting Transport Minister, Hishammuddin Hussein, said Chinese families who have flown to Kuala Lumpur will be given a high-level briefing from international experts about the search for the plane. This will be broadcast live to families in Beijing as well.
He said the authorities understood that many families of those on board want to see the physical evidence before they accept that MH370 ended in the southern Indian Ocean
In their thoughts ... a volunteer from an NGO called Malaysians For Malaysia gets ready to release balloons as a symbol of remembrance for the victims of the ill-fated flight MH370. Source: Getty Images

Mr Hussein would not be drawn on the words or the details of the recording of the conversation with Malaysian air traffic control, saying it was part of the investigation.
However he said of the transcript: “I don’t think it is going to show anything sinister.”
The Australian vessel with the job of finding MH370 conducted sea trials of hi-tech detection equipment today before its 1850km journey to a tract of the southern Indian Ocean west of Perth.
The trials included a US Navy black box detector, an unmanned underwater vehicle and other acoustic detection equipment.
While the support vessel Ocean Shield is expected to take up to four days to reach the huge, 319,000 square kilometre search zone, another navy ship, the frigate HMAS Toowoomba, at top speed reached the area by midmorning today after two days at sea.
Malaysian Guided Missile Frigate KD Lekiu arrived at HMAS Stirling this evening to receive briefings on the MH370 search operations west of Perth.
Bright orange objects in MH370 hunt
A P3 Orion helping in the search. Source: AP
It’s a race against time, given the box’s low-frequency acoustic beacon has a limited battery life. That has extended from an estimated 30 days to roughly 45 days, according to Captain Mark Matthews, a US Navy equipment specialist.
“These are rated to last 30 days, but that is a minimum. In my experience, they do last a little bit longer than that,’’ Capt Matthews said yesterday.
But the operation remained an extraordinarily difficult exercise, Mr Abbott said.
“We are searching a vast area of ocean and working with quite limited information,’’ he said after touring the Pearce base, where search planes from seven nations are being deployed, involving 550 personnel.
Defence Minister David Johnston said about 1000 sailors were looking for debris at sea — but the task was still onerous.
While each country involved was currently bearing its own costs, Australia was paying for running the co-ordination centre, which will have about 20 staff and be led by retired air chief marshall Angus Houston from Perth CBD headquarters.
Mr Abbott also said his Malaysian counterpart was not too hasty in announcing last week — before any debris had been recovered or confirmed as being from MH370 — that the plane was lost in the southern Indian Ocean and all on board were assumed dead.
“That’s the absolute overwhelming weight of evidence and I think that Prime Minister Najib Razak was perfectly entitled to come to that conclusion,’’ he said. - sumber

Konspirasi Adalah Kegemaran Mereka!

Dakwaan intipan tidak mengejutkan kerana AS memang gemar konspirasi
Cecilia Jeyanthi Victor - 06:30PM Mac 31 2014


SEKILAS PANDANG: Teori Diego Garcia berhubung kehilangan MH370 mungkin boleh diketepikan buat masa ini. Tidak mungkin Amerika Syarikat terlibat di dalam rampasan pesawat tersebut.Tetapi tentu masih ada yang percaya.

AS memang dikenali dengan peralatan canggih bagi risikan dan penerbangan bagi melakukan perkara tersebut. Contohnya, mematikan isyarat radar, mengawal pesawat dan sebagainya.

Pembongkar maklumat Edward Snowden mendakwa Agensi Keselamatan Amerika Syarikat telah mengintip 122 pemimpin dan itu juga tidakmengejutkan.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan antara pemimpin yang diintip NSA, dan sememangnya sikap pengintip Amerika ini sudah diketahui semua.

Mengikut turutan huruf, Abdullah disenarai teratas di dalam dokumen yang mengandungi 122 nama pemimpin lain.

“Dokumen ini dipersembahkan Pusat Pembongkaran Kandungan NSA yang bertanggungjawab menganalisa semua data di dalam bentuk teks,” jelas laporan itu.

Pengintip Amerika Syarikat bijak melaksanakan tugas risikan terutama ke atas pihak yang dianggap bakal menjadi ancaman.

Antara nama lain yang terkandung di dalam senarai ialah Canselor Jerman Angela Merkel, bekas presiden Somalia Abdullahi Yusuf Ahmad dan Perdana Menteri Syria Bashar al-Assad.

Mengapa Abdullah diintip Amerika? Mengapa perlu risau tentang pemimpin yang kerap tertidur itu?

Pengaruh beliau jelas berkurangan setelah gagal menerajui Barisan Nasional meraih kejayaan membanggakan di dalam PRU12 pada 2008.

Abdullah kemudian ditekan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga terpaksa melepas jawatannya selaku peneraju kerajaan persekutuan.

Beliau hilang dari arena politik dan hanya membuat penampilan ketika melancarkan buku bertajuk “Awakening” pada tahun lalu.

Terdapat pelbagai kontroversi yang melanda Abdullah tetapi ternyata Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak lebih kontroversi berbandingnya.

Najib dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shariibu namun perdana menteri itu menafikan sebarang usaha mengaitkannya. Dakwaan itu masih tersebar di media antarabangsa.

Pentadbiran Najib juga kerap dicemari isu perkauman dan agama yang seakan mencorakkan kerajaan persekutuan pimpinannya.

Rakyat Malaysia hairan mengapa NSA mengintip Abdullah sedang beliau tidak bergelumang kontroversi seperti Najib.

Berapa banyak agensi yang mengikuti setiap gerak geri Najib agaknya?

Aktiviti risikan telah menyebabkan hubungan antara negara tegang. Canselor Jerman Angela Merkel mendakwa perbualan taliponnya dicuri dengar NSA.

NSA mensasarkan Merkel bagi pengkalan data individunya

MH370 - Transkrip Perbualan Juruterbang: Perlukah Didedahkan?

Transkrip perbualan juruterbang, pengawal udara didedahkan jika pakar benarkan, kata menteri
MARCH 31, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 31, 2014 10:58 PM

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata transkrip perbualan antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara (ATC) akan hanya didedahkan jika pakar memberikan kebenaran.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai komunikasi terakhir di antara juruterbang dan ATC, yang dikatakan mempunyai dua versi transkrip yang didedahkan kepada orang ramai.
Hishammuddin berkata beliau tidak pasti sama ada kenyataan itu dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
"Saya tidak berapa pasti mengenainya tetapi saya boleh sahkan penglibatan saya dalam penyiasatan itu yang berkaitan dengan FBI sejak dari hari pertama.
"Transkrip adalah sebahagian daripada penyiasatan ini. Jika ia amat penting buat anda, saya akan bercakap dengan pakar-pakar dan bertanya kepada mereka jika ia boleh didedahkan. Jika ia boleh didedahkan, kami akan mendedahkannya," katanya dalam sidang akhbar mengenai operasi mencari itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Sementara itu, beliau berkata semua panel siasatan telah ditubuhkan dan kebenaran akan dibuktikan.
"Pada dasarnya, jika anda bertanyakan soalan yang merupakan sebahagian daripada siasatan, mengenai transkrip, anda perlulah bersikap adil kepada kami kerana hanya mereka yang melakukan siasatan itu yang boleh memberikan kata 'OK'."
Hishammuddin berkata pada akhirnya nanti, beliau yang perlu berdepan dengan suruhanjaya diraja atau jawatankuasa pilihan Parlimen serta lembaga siasatan antarabangsa.
"Kami tidak menyembunyikan apa-apa. Kami hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan," katanya.
Ditanya mengenai maklumat penyiasatan berkaitan transkrip temu bual dengan isteri juruterbang pesawat itu, yang dikatakan didedahkan oleh polis kepada The Daily Mail yang berpejabat di London, beliau berkata ia tidak didedahkan pihak polis.
"Dan bagaimana Daily Mail mendapat transkrip itu. Itu anda perlu tanya kepada Daily Mail," kata Hishammuddin.
Mengenai isu maklumat yang didedahkan di luar sidang akhbar dan spekulasi mengenai diagram dalam Google atau laman internet yang lain, katanya tidak dapat mengesah atau mengetepikannya.
"Saya tidak boleh sahkan atau ketepikan. Saya hanya boleh melakukannya berdasarkan apa yang telah saya sahkan dalam PC (sidang akhbar) saya.

“Saya tidak mahu membahaskannya di sini. Kami mengadakan PC setiap hari. Jika itu adalah sesuatu yang kami maklumkan, saya akan akan menjelaskannya," katanya. – Bernama, 31 Mac, 2014.