Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 1, 2014

Doakan Yang Terbaik Untuk Mereka.......

Doakanlah supaya rumah tangga mereka dapat diselamatkan

Suami Nurul tak bawa wakil ke JK pendamai
mk - 12:18PM - 1 Apr 2014
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 12 Jun untuk jawatankuasa pendamai dilantik mahkamah untuk memfailkan laporan sama ada Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dapat menyelamatkan perkahwinan mereka.

Ia ekoran pertemuan kedua-dua pihak dengan Hakim Syarie Ab Malek Awang di dalam kamar hari ini.

Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Panytai membawa bapa saudaranya Rosli Ibrahim ke dalam jawatankuasa itu.

Raja Ahmad Shahrir bagaimanapun tidak membawa wakilnya ke mahkamah hari ini.

Hakim kemudian mengarahkan Raja Ahmad Shahrir membawa wakilnya pada 17 April.

Jawatankuasa itu dibentuk apabila defendan dalam kes ini tidak bersetuju bercerai. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa