KOMEN: Kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 telah menimbulkan pelbagai tanda tanya sehingga ia menjadi ibu kepada semua misteri yang diketahui secara umumnya.
Selepas lebih daripada tiga minggu pesawat Boeing 777 Beijing telah dilaporkan hilang serta lenyap daripada skrin radar penerbangan komersial, para penyiasat dari pelbagai negara masih hairan bagaimana burung besi seberat 200 tan - tersesat.
Pelbagai teori telah dilontarkan tetapi masih tiada fakta dan bukti kukuh untuk membuktikan bahawa ia telah terhempas ke dalam Lautan Hindi selatan seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada 24 Mac lalu berdasarkan data yang diperolehi dari syarikat satelit Inmarsat UK dan UK Air Accidents Investigations Branch (AAIB) yang menunjukkan bahawa pesawat MH370 dikesan terbang di koridor selatan sehinggalah kedudukan yang terakhir diketahui MH370 adalah di tengah-tengah Lautan Hindi terletak di barat Perth.
Lokasi ini terlalu jauh dari mana-mana tapak pendaratan pesawat penerbangan, tambah Najib. Ternyata pengumuman itu telah meluluhkan hati serta meruntun emosi ribuan individu termasuk saudara-mara daripada 239 penumpang di atas kapal yang telah berpaut kepada harapan yang tipis bahawa mereka mungkin terselamat daripada insiden dan berada di suatu tempat.
Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia menerima bantuan daripada negara- negara luar dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mempunyai tugas yang sukar selepas ia diumumkan. Terdapat pelbagai petunjuk telah ditemui antaranya kemungkinan penemuan serpihan bangkai pesawat MH370 dilihat berada di kawasan koridor selatan tetapi cubaan SAR untuk memadankannya dengan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang kebiasaannya menemui kegagalan.
Keadaan alam semulajadi di Lautan Hindi ternyata menyukarkan kerja-kerja pasukan pencarian yang terpaksa meredah ombak besar. Malah, faktor cuaca yang tidak menentu juga menyebabkan pasukan pencarian terpaksa menamatkan misi lebih awal setelah mendapati mereka bakal berdepan dengan risiko tinggi sekiranya mereka meneruskannya.
Bagi organisasi media pula, untuk melaporkan berita mengenai pesawat MH370 yang hilang kini boleh disifatkan sebagai "kekurangan idea dan kekeringan sumber maklumat " dan ia berlaku dengan pantas dari hari ke hari, kita dapat melihat organisasi media menyiarkan berita berulang-ulang dengan teori-teori sama - seperti rampasan dari pengganas, mungkin kegagalan kejuruteraan mekanikal, memetik sumber yang berbeza dan "pakar-pakar" menyatakan perkara yang sama.
Malah semasa sidang akhbar disiarkan secara langsung di kaca televisyen dan stesen radio, kita dapat melihat wujud jurang semakin besar merujuk soalan-soalan yang dikemukakan oleh pemberita, tidak lagi "hangat" seperti hari pertama krisis itu dilaporkan.
Malah semasa sidang akhbar disiarkan secara langsung di kaca televisyen dan stesen radio, kita dapat melihat wujud jurang semakin besar merujuk soalan-soalan yang dikemukakan oleh pemberita, tidak lagi "hangat" seperti hari pertama krisis itu dilaporkan.
Ketegangan emosi serta kemarahan dalam kalangan keluarga penumpang warga China yang majoriti berada dalam pesawat MH370 dilihat semakin memuncak. Mereka benar-benar kecewa dengan cara krisis itu ditangani dan ada yang melabelkan kerajaan Malaysia sebagai pembunuh.
Kemarahan dan kekeliruan mereka boleh difahami berkaitan dengan kesimpulan pihak berkuasa bahawa penerbangan itu sesungguhnya berakhir di Lautan Hindi. Malah Perdana Menteri Australia Tony Abbott baru-baru ini dipetik sebagai berkata bahawa terdapat "bukti yang hangat" bahawa penerbangan itu memang terhempas di sana, seperti yang diumumkan oleh Najib.
Apakah maksud sebenarnya makna "bukti kukuh" terutama menyebabkan kesedihan dalam kalangan ahli keluarga? Jika kapal terbang itu terhempas, mereka mahu melihat mayat ahli keluarga tersayang buat kali terakhir dan mengucapkan selamat tinggal sebelum dikebumikan atau sekurang-kurangnya menunjukkan bukti walau hanya sekeping serpihan bangkai dari pesawat, tidak kira saiz sama ada kecil ataupun besar bagi meredakan perasaan sekali gus menutup cerita.
Pihak berkuasa dan media secara berterusan mengulangi bahawa pesawat itu hilang di laut tetapi kepada keluarga penumpang berita itu tidak memperjelaskan keadaan sebenar. Antara soalan-soalan yang mungkin mengganggu emosi mereka adalah "di mana bangkai/badan pesawat sekiranya ia hilang di laut? Bagaimana dan kenapa pesawat itu terhempas jauh beribu batu bukannya di sepanjang penerbangan laluan menuju destinasinya? Adakah pihak berkuasa memberitahu kita kebenaran secara keseluruhan atau adakah pihak berkuasa cuba menyembunyikan sesuatu yang lebih besar?.
Ia merupakan satu insiden yang tidak pernah berlaku sebelum dan tidak ada yang mempersoalkan atau memperkecilkan percubaan pihak berkuasa yang berusaha untuk mencari pesawat MH370 sehingga kini.
Tetapi perlu diakui, terdapat beberapa kesilapan yang jelas dan nyata dilakukan oleh pihak berkuasa kita yang dilihat telah mengheret ia memasuki dalam minggu keempat.
Sebagai contoh, kita tertanya-tanya bagaimana perkara ini ternyata berbeza jika Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengambil langkah penjagaan tambahan untuk mengenal pasti sebuah pesawat umum "tidak dikenali" yang melintasi seluruh Semenanjung pada waktu pagi insiden berlaku dan telah mengambil langkah-langkah selanjutnya untuk menangani isu tersebut.
Atau bagaimana jika pihak berkuasa kita telah bertindak dengan serta-merta pada data yang disediakan oleh Inmarsat? Seorang pegawai kanan syarikat itu baru-baru ini telah mendakwa bahawa pihak berkuasa Malaysia mengikuti di atas data yang disediakan kepada mereka berhubung pergerakan terakhir pesawat penerbangan MH370 kerana mereka telah berjuang dan terpaksa menghadapi cabaran dengan pelbagai maklumat.
Jika penerbangan itu sebenarnya terhempas ke dalam lautan Hindi, kebarangkalian ada penumpang yang terselamat sekalipun, peluang untuk penumpang itu terus hidup dan bertarung nyawa di perairan akan menjadi nipis kerana tidak ada satu pun yang mencari di lokasi semasa dilaporkan penemuan pesawat MH370 beberapa hari pertama. Operasi SAR ditumpukan di Laut China Selatan dan Selat Melaka awal insiden kehilangan.
Sehingga terdapat tanda pertama sama ada pesawat atau bangkai MH370 ditemui, ia sudah pasti menjadi seribu satu persoalan lebih daripada jawapan. Terpulang kepada pihak berkuasa kita dengan bantuan negara-negara lain dalam misi SAR untuk membongkar misteri ini.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa