Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 1, 2014

MH370: Dia Takut Hang Tanya Soalan Yang Buat Dia Nganga!

Kalau dah tahu ada sidang lain lebih mustahak di luar negara kenapa adakan jadual pertemuan dengan pembangkang?

Kalau begini memang patut dia dituduh melarikan diri pun!
Isu ini pun dah jadi gila dah pulak.......

Hishammuddin lari ke Hawaii, tunjuk BN tidak serius bincang MH370 dengan Pakatan
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
APRIL 01, 2014
Azmin Ali menuduh BN mempolitikkan isu MH370 dan tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa ini. – Gambar The Malaysian Insider

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan kekesalan setelah taklimat berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadualkan berlangsung malam ini tidak disampaikan sendiri oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, keengganan Hishammuddin memberikan taklimat itu sendiri kepada ahli Parlimen PR seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menunjukkan Barisan Nasiional (BN) tidak serius menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS tersebut.
“Pagi ini kita dapat maklumat menteri lari dan pergi ke Hawaii untuk sidang yang lain.
Shahidan sebelum ini mendakwa kerajaan sedia mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen pembangkang bagi menyampaikan maklumat terperinci berhubung tragedi penerbangan MAS MH370.“Pihak yang mempolitikkan isu ini adalah kerajaan BN yang tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, pertemuan itu diatur pada malam Selasa ini di antara anggota Parlimen pembangkang dengan Hishammuddin. – 1 April, 2014.

3 comments:

  1. Hello to every body, it's my first visit of this webpage; this webpage includes awesome and actually
    good stuff designed for readers.

    Look into my web page - Noleggio Auto Maiorca Espagna

    ReplyDelete
  2. Betulkah dia pergi Hawaii atau macam TDM masa tragedi Memali tu?

    ReplyDelete
  3. Thanks. I enjoy this!

    Check out my web-site :: paving expert

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa