Cecilia Jeyanthi Victor - 06:30PM Mac 31 2014
SEKILAS PANDANG: Teori Diego Garcia berhubung kehilangan MH370 mungkin boleh diketepikan buat masa ini. Tidak mungkin Amerika Syarikat terlibat di dalam rampasan pesawat tersebut.Tetapi tentu masih ada yang percaya.
AS memang dikenali dengan peralatan canggih bagi risikan dan penerbangan bagi melakukan perkara tersebut. Contohnya, mematikan isyarat radar, mengawal pesawat dan sebagainya.
Pembongkar maklumat Edward Snowden mendakwa Agensi Keselamatan Amerika Syarikat telah mengintip 122 pemimpin dan itu juga tidakmengejutkan.
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan antara pemimpin yang diintip NSA, dan sememangnya sikap pengintip Amerika ini sudah diketahui semua.
Mengikut turutan huruf, Abdullah disenarai teratas di dalam dokumen yang mengandungi 122 nama pemimpin lain.
“Dokumen ini dipersembahkan Pusat Pembongkaran Kandungan NSA yang bertanggungjawab menganalisa semua data di dalam bentuk teks,” jelas laporan itu.
Pengintip Amerika Syarikat bijak melaksanakan tugas risikan terutama ke atas pihak yang dianggap bakal menjadi ancaman.
Antara nama lain yang terkandung di dalam senarai ialah Canselor Jerman Angela Merkel, bekas presiden Somalia Abdullahi Yusuf Ahmad dan Perdana Menteri Syria Bashar al-Assad.
Mengapa Abdullah diintip Amerika? Mengapa perlu risau tentang pemimpin yang kerap tertidur itu?
Pengaruh beliau jelas berkurangan setelah gagal menerajui Barisan Nasional meraih kejayaan membanggakan di dalam PRU12 pada 2008.
Abdullah kemudian ditekan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga terpaksa melepas jawatannya selaku peneraju kerajaan persekutuan.
Beliau hilang dari arena politik dan hanya membuat penampilan ketika melancarkan buku bertajuk “Awakening” pada tahun lalu.
Terdapat pelbagai kontroversi yang melanda Abdullah tetapi ternyata Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak lebih kontroversi berbandingnya.
Najib dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shariibu namun perdana menteri itu menafikan sebarang usaha mengaitkannya. Dakwaan itu masih tersebar di media antarabangsa.
Pentadbiran Najib juga kerap dicemari isu perkauman dan agama yang seakan mencorakkan kerajaan persekutuan pimpinannya.
Rakyat Malaysia hairan mengapa NSA mengintip Abdullah sedang beliau tidak bergelumang kontroversi seperti Najib.
Berapa banyak agensi yang mengikuti setiap gerak geri Najib agaknya?
Aktiviti risikan telah menyebabkan hubungan antara negara tegang. Canselor Jerman Angela Merkel mendakwa perbualan taliponnya dicuri dengar NSA.
NSA mensasarkan Merkel bagi pengkalan data individunya
I really like it whenever people come together and share views.
ReplyDeleteGreat site, stick with it!
Feel free to surf to my website; http://counter.co.kz/ua/faq.html?qa=1 ()