Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 5, 2017

Mad Yaacob kata kenyataanTengku Razaleigh lucu!

BN mampu rampas Kelantan satu kenyataan lucu - Ahmad Yakob
Muhafandi MuhamadAstro Awani |  Mac 04, 2017 14:09 MYT
BN mampu rampas Kelantan satu kenyataan lucu - Ahmad Yakob
AHMAD YAKOB: Itu satu ucapan memalukan.
TUMPAT: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang yakin Barisan Nasional (BN) Kelantan mampu menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan PAS Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti sebagai satu kenyataan melucukan.

Berucap pada Ceramah Mega Anak Muda Pertahan Kelantan 4.0 di Wakaf Baru malam tadi, Ahmad menjelaskan, beliau berasa dukacita dengan kenyataan pemimpin veteran UMNO itu yang turut mendakwa kerajaan PAS tidak melakukan apa-apa sehingga rakyat Kelantan berada dalam kerugian.

“Saya sangat dukacita apabila seorang pemimpin veteran UMNO yang masih mengamalkan cara sekular tinggi mengatakan bahawa Kelantan tidak pandai tidak beri manafaat kepada rakyat. Satu ucapan memalukan,” katanya

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata dakwaan tersebut tidak berasas kerana PAS sepanjang pemerintahannya di Kelantan sejak dari zaman Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah banyak melaksanakan program untuk sahsiah dan  meningkatkan syiar Islam.

Sebelum ini Tengku Razaleigh yakin bahawa BN mampu menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan PAS Kelantan pada PRU14.

Veteran UMNO itu berkata, keyakinan tersebut berdasarkan beberapa faktor antaranya perpecahan dalam PAS selain kerajaan negeri gagal membawa sebarang perubahan sepanjang memerintah.

Katanya, BN dan UMNO Kelantan hanya menunggu masa sahaja untuk meniupkan wisel bagi menamatkan pemerintahan PAS Kelantan.
Beliau memberikan gambaran rakyat sudah jemu dah bosan dengan pemerintahan yang tidak memberi faedah.

2 comments:

  1. Masa dibawah arwah nik aziz kelantan dihormati tapi dibawah mat yaacob balak licin...masih bermimpi pas kelantan...

    ReplyDelete
  2. Mat yaacob mungkin masih beringus tatkala ku li merampas kelantan dari dato asri...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa