Selepas PRU12, UMNO/BN kekal memerintah Malaysia tetapi telah dinafikan majoriti dua pertiga di parlimen oleh gabungan parti-parti PKR, DAP dan PAS yang dinamakan Pakatan Rakyat. Sejak dari itulah juga UMNO ibarat harimau yang terluka, kapal yang senget mungkin bila-bila masa akan pecah. Di pihak PR pula bukan main teruja dan gembira yang amat sangat oleh pilihan rakyat yang tidak diduga itu. Unsur-unsur berebut jawatan pun ada juga kedengaran tetapi akhirnya mencapai juga titik pertemuan.
Di kala PR riuh rendah dengan hilai tawa kemenangan, walau pun masih lagi menjadi pembangkang. UMNO/BN pula dirundung gelisah dan amat pilu mengenangkan nasib diri. Walau pun masih menjadi kerajaan tetapi hanyalah sebuah kerajaan yang lemah dan mungkin juga rapuh. Lebih membimbangkan dan menambahkan lagi gundah gulana serta kebimbangan di pihak UMNO/BN apabila PR dengan diketuai oleh Penasihatnya Parti Keadilan Dato' Sri Anwar Ibrahim mencanangkan yang tiga puluh orang atau lebih MP dari BN akan menyeberang ke PR pada bila-bila masa menjelang September nanti dan akan menubuhkan kerajaan baru PR.
Maka untuk mengekang pengaruh PR dan DSAI, macam-macam isu yang ditimbulkan oleh UMNO untuk melemah dan nengikis populariti PR di kaca mata rakyat.
Isu pertamanya dilaung dan diwar-warkan kononnya parti komponan di dalam PR telah tidak sebulu dan rapuh kerana merebut jawatan terutama di Negeri Perak. Setelah isu itu tidak mendatangkan hasil dan berkesan kerana pemimpin-pemimpin di dalam PR telah dapat atasi masalah mereka secara musyawarah dan di timbulkan pula isu kedua.
Isu ke dua dicanangkan PKR sudah tidak laku dan kepercayaan pemimpin mereka sendiri goyah dengan kemasukan Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO dan kononnya ramai lagi pemimpin PR akan menyeberang. Rupa-rupanya hanya Ezam yang pada ketika itu bukan lagi salah seorang pemimpin PKR dan beberapa orang saja yang masuk UMNO maka isu itu pun lenyap. Sedang sibuk mencanangkan Ezam sudah masuk UMNO, Pulau Batu Putih pula terlepas kepada Singapura dengan keputusan ICJ. Lagilah parah maruah UMNO/BN di dalam menjamin kedaulatan negara. Rakyat Malaysia cukup marah dengan keputusan ICJ ini. Tetapi malangnya Menteri Luar Malaysia memberikan kenyataan yang longgar dan dianggap lawak oleh rakyat bila menteri berkenaan mengatakan kita dalam keadaan "Win-Win situation" . Singapura dapat pulau yang sebelumnya milik kita dan kita dapat ketulan batu yang sememangnya hak kita!
Isu ke tiga ialah bila pihak Polis Malaysia mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang DSAI dan penyokong-penyokongnya mendekati parlimen di dalam lingkungan lima kilometer dari Bangunan Parlimen . Pihak polis mengadakan sekatan/kepungan di kawasan Parlimen setelah kononnya mendapat maklumat hasil dari risikan yang DSAI dan penyokongnya akan mengadakan demonstrasi besar besaran di parlimen semasa parlimen bersidang. Dan satu usul tidak percaya terhadap PM akan dikemukan. Sekatan ini juga menjadi isu besar kepada warga kotaraya KL kerana menyusahkan pengguna jalanraya akibat daripada kesesakan lalu lintas yang teruk. Alasan tindakan polis ini dipertikaikan oleh rakyat.
Isu ke empat pula timbul bila seorang pemuda pembantu DSAI di dalam PKR bernama Saiful telah membuat laporan polis yang dia telah diliwat oleh DSAI. Maka riuh rendahlah lagi dengan tohmahan dan tuduhan. Pihak polis dan kerajaan mempertahankan budak Saiful ini sehingga memberikan perlindungan polis. Di pihak DSAI pula sibuk berpancak silat mempertahankan diri sehinggalah peristiwa penangkapan DSAI oleh pihak Polis dengan cara yang anih dan polis juga dikatakan mungkir janji berkenaan masa yang dipersetujui untuk DSAI melaporkan diri ke Balai Polis. DSAI dibebaskan ke esokan harinya dengan jaminan polis. Maka berkerut-kerut dahilah pihak polis memberikan alasan mewajarkan tindakan dan cara mereka menahan DSAI walau pun kadang-kadang menjadi lawak bodoh.
Rentetan dari peristiwa ini berpanjangan dengan tindakan DSAI enggan memberikan sapel DNA kepada pihak hospital/polis. Macam-macam manusialah memberikan hujjah dan alasan kenapa DNA DSAI amat diperlukan. Sehinggalah Menteri Dalam Negeri dan PM Malaysia. PM walau pun bukan kelulusan Doktor dan Undang-Undang pun turut berhujjah. Di pihak DSAI pula mencari lojik dan justifikasinya bagi menentang alasan pihak polis dan kerajaan. Di akhirnya pula timbul isu kebocoran Laporan Perubatan dari sebuah hospital swasta yang menyatakan si Saiful tidak diliwat. Maka riuh rendahlah pula pihak hospital, polis dan kerajaan meyakinkan rakyat yang laporan tersebut tidak betul. Walhal laporan polis siSaiful ini pula yang dipohon oleh DSAI sampai ke hari ini pun masih tidak dapat dipenuhi oleh pihak polis!
Di dalam sibuk dan bising-bising tentang kes liwat DSAI timbul pula isu ke lima di mana PM DS Abdullah Ahmad telah mengakui PAS dan UMNO telah mengadakan "Perbincangan/Muzakarah/Mubahalah" demi kepentingan "Melayu". Akibat dari pendedahan ini membuatkan penyokong dan ahli PAS dalam keadaan rimas dan keliru. Calon-calon PR menang di dalam PRU12 adalah kerana undi rakyat yang marah dan tidak puas hati dengan BN yang menekan rakyat dan pemimpin BN yang kaki bohong dan kelentung. Tiba-tiba PAS cuba pula berbaik-baik dengan UMNO. Pengundi PAS telah terguris hati. Kawan-kawan PAS di dalam PR terutama DAP telah merasa curiga terhadap tindak tanduk PAS.
Di akhirnya di dalam isu muzakarah ini pada pendapat saya UMNO yang banyak mengaut untung dari segi moralnya dan di pihak PAS pula meragukan penyokongnya. PAS kerugian banyak.
Jadi semua isu-isu yang ditimbul/dicipta oleh UMNO/Kerajaan adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kerenah yang ditimpakan oleh kerajaan kepada rakyat. Yang paling utama adalah untuk menggagalkan DSAI dan PR dari membentuk kerajaan baru pada september ini sebagaimana yang di war-warkan oleh DSAI dan pemimpin-pemimpin PR.
Dalam kesibukan UMNO/BN (kerajaan) menjana isu demi mempertahankan kuasa dan PR yang kepinginkan kuasa, rakyat makin tertekan dan tersiksa oleh himpitan tuntutan hidup. Akibat dari kenaikan harga minyak secara mendadak yang diumumkan oleh kerajaan, semua harga barang-barang keperluan melambung. Rakyat marhaen terkial-kial untuk hidup kerajaan pula sibuk mencipta isu mempertahankan kuasa dan harta.
Jadi walau pun apa yang dibuat oleh orang-orang politik sekarang, rakyat tidak mendapat apa-apa keuntungan. Hasil dari Muzakarah, apa yang rakyat dapat? Hasil dari isu liwat, apa yang rakyat dapat? Hasil dari larangan ke parlimen, apa yang rakyat dapat selain dari kesesakan jalanraya yang amat menyusahkan?
Segala janji kerajaan kepada rakyat sudah tidak ambil hirau lagi. Rakyat sudah lali dengan pembohongan pemimpin. Di masa yang sama walau apa-apa pun, kita harus bersyukur kepada Allah kerana negara masih lagi aman walau pun kita semua hidup susah.
Tuan;
ReplyDeleteItu kata kita yang berfikir. Ada yang tidak berfikir dan bersedia untuk dikuda-kudakan oleh politikus. Mereka rela dan redha. Kita nak buat macamana kalau dah bagitau tapi mereka tak nak paham?
Syukur, SEKURANGnya Malaysia masih dikurniakan keamanan oleh Allah (bukan oleh BN).
Salam saudara Fakhruddin,
ReplyDeleteSemoga rahmat ALLAH buat saudara dan keluarga.
Segala caturan politik adalah demi menggapai kuasa pentadbiran. Ini satu niat murni pada perkiraan saya.
Hodohnya caturan politik kerna acara songsang yang dipamerkan.
Kotornya politik timbul pabila kuasa disalahgunakan.
Kembalinya Ezam kepada umno kerana ingin meneruskan jihat memerangi rasuah, itu hujahnya. Sekarang apa cerminannya??. Dia memerangi rasuah atau rasuah menghambatinya?
Benar hujah saudara. Rakyat bukan hanya tidak mendapat apa-apa, malahan rakyat kehilangan rasa damai dan keindahan budaya bangsa.
Salam takzim.
kepada harimau menaip,
ReplyDeleteWalau pun kita di dalam keadaan apa pun saya masih merasa bangga kerana ramai lagi di kalangan rakyat terutamanya pengendali blog yang masih celik hati dan celik mata. itu menandakan kita masih hidup di kalangan orang-orang yang beriman.
selagi ada orang-orang beriman di kalangan kita, insya Allah kita akan selamat.
wallahu aklam. teruskan perjuangan anda.
kepada kerajaan rakyat,
Assalamu alaikum wbt. memang untuk betul kata saudara. menggapai kuasa politik adalah satu tuntutan di dalam agama kita. tetapi "matlamat menghalalkan cara" adalah haram dan songsang. kerana kesongsangan inilah menzhirkan huduhnya percaturan politik yang dimainkan oleh kerajaan. di akhirnya rakyat yang menderita marwah juga tergadai.
saya tetap kesihankan ezam. dari puncak sanjungan telah terjatuh kelubuk kehinaan. niatnya dulu yang murni(tanggapan positif)dan cita-citanya yang tinggi mengorbankan satu bakat yang baik.
budaya kita murni sudah pun dihancurkan dek ghairah politik yang gelojoh.
semoga Allah merahmati tuan. teruskan perjuangan saudara melalui blog.
Banyak sangat isu kat Malaysia sekarang nie... tak menang tangan nak baca posting blog, sebab ade aje isu-isu yang baru...
ReplyDeleteselamat menyambut bulan merdeka dan diikuti dengan bulan puasa...
http://hishamjabar.blogspot.com/2008/08/satria-dan-serikandi-negara.html