Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 4, 2008

Melayu Dan UMNO

Haru biru jadinya Melayu bangsaku. UMNO makin reput, PKR bercelaru, PAS dah jadi chameleon (selalu bertukar-tukar warna mengikut environment). Akan tetapi walau pun umat Melayu dulunya berkiblatkan UMNO, sekarang UMNO tidak lagi patut dipaut oleh orang Melayu. UMNO adalah kapal yang kian mereput dan diNakhodai oleh seorang nakhoda yang cukup lemah dan selalu terlena sehinggakan sering membuat keputusan di dalam mamai atau mungkin di dalam mimpi. Kerap keputusan keputusan yang dibuatnya menyusahkan rakyat dan ada kalanya keputusan yang perlu disegerakan dibuat terlalu lambat. Ketinggalan kapal kata orang. Bahtera yang di nakhodainya kini berpotensi untuk tenggelam pada bila-bila masa saja.

Alhamdulillah majoriti orang Melayu, Cina dan India sudah sedar dari tidur lena ulitan mimpi indah ciptaan BN - UMNO pada PRU ke 12 yang lalu. Orang-orang yang masih bersama BN-UMNO hanyalah orang-orang di Sabah dan Sarawak yang ketinggalan kapal. Nyanyian dan dendangan UMNO tidak merdu dan tidak melenakan lagi. Cerita-cerita dongeng yang dilipurlarakan oleh UMNO sudah tidak menarik lagi bahkan dijadikan bahan ketawa rakyat marhaen. Gertakan BN-UMNO sudah menjadi lelucon dan tidak menggerunkan lagi. Tinggallah segelintir Melayu masih bersama BN-UMNO. Mereka yang berada bersama UMNO pada hari ini adalah Melayu tidur yang diibaratkan tunggul mati yang menunggu reput dan dimakan anai-anai.

Rakyat sudah kenal siapa dia BN-UMNO, Melayu sudah kenal siapa dia Abdullah Ahmad Badawi dan para pencacainya. UMNO sudah tua dan sudah amat uzur. Keuzuran UMNO adalah sama dengan keuzuran pemikiran "Imam" mereka. Selama ini UMNO hidup dan perkasa kerana sokongan dan dokongan Bangsa Melayu. Tetapi di sebalik sokongan dan dokongan itu apa yang Melayu dapat selain dari beban minyak dan barangan naik. Adakah agama Islam yang dianuti Melayu makin gah atau makin dihina? Adakah kononnya Ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO memberi manafaat kepada majoriti Bangsa Melayu selain dari kroni dan juak-juaknya? Apa yang Melayu dapat adalah kehinaan, baik dari segi maruah, kedudukan maupun pemikiran. Rakyat marhaen dihina dalam bentuk pemikiran dengan janji-janji dan kata-kata yang tidak pernah betul dan tertunai.

Apa lagi nak diharapkan dari BN-UMNO ketika ini? Dari segi pemikiran, Melayu masih dijajah dengan fahaman sekular dan perkauman. Islam dihina dari segi haknya. Masih tidak lengkap dengan Islam yang selama ini dianuti oleh majorit rakyat, dicipta pula Islam Hadhari mengikut olahan Imam Besar UMNO untuk mewajarkan tindak tanduk dan perlakuannya serta disokong pula oleh burung-burung kakak tua di Pusat-Pusat Pemikiran Islam kononnya. Pada masa yang sama maruah negara juga dilelong. Apa jadi dengan jambatan bengkok, apa jadi dengan Pulau Batu Putih dan apa dah jadi dengan sempadan perairan Johor? Dan kita tengok apa pula akan terjadi kepada Wilayah Iskandar nanti. Sudahlah banyak saham-saham perniagaan yang berkaitan dengan kerajaan telah jatuh ke tangan Singapura. Keistimewaan hak orang Melayu telah disalah gunakan untuk kepentingan kroni dan pemimpin UMNO. Semua musibah ini berlaku adalah kerana orang-orang Melayu di dalam UMNO telah silap memilih dan melantik pemimpinnya.

Rakyat marhaen telah dibebankan dengan segala jenis bebanan. Dari minyak sehinggalah ke barang keperluan dapur. Yuran pengajian juga telah dinaikkan, harga buku rujukan juga telah meningkat. Pinjaman PTPTN untuk penuntut universiti masih tidak dinaikkan. Maknanya Mahasiswa juga telah terbeban dan secara langsung Ibu/Bapa juga akan terbeban. Tuntutan gaji minimum pekerja juga masih terperam. Jadi apa nak jadi? Merangkaklah rakyat marhaen di dalam debu-debu kehidupan yang menyesakkan nafas dan kian melemaskan.

Rakyat marhaen sudah seakan putus asa. Institusi Perundangan sudah merudum, Badan Penguatkuasaan Undang seperti Polis, rakyat marhaen telah maklum. Ianya sudah menjadi serigala yang membaham siapa saja dengan arahan yang empunya tahta. Rakyat marhaen sudah menjadi musuh mereka. Dan sehari dua ini Tentera juga akan dikerah sama. Walau pun khabarnya akan direformasikan semua institusi ini tetapi sekatakat masa ini hanya menjadi retorik saja. Menjadi penyedap mulut pemimpin dan menyedapkan hati rakyat.

Satu lagi budaya baru yang cukup bahaya dibawa oleh pemimpin UMNO ialah menderhakai Raja-Raja Melayu. Kalau sudah pemimpin Melayu tidak menghormati Raja-Raja Melayu, ini akan merintis jalan penderhakaan kepada etnik lain untuk tidak menghormati Raja-Raja Melayu. Contohnya Cina DAP Johor baru-baru ini. Semua ini adalah dimulakan oleh mantan Imam besar UMNO, Mahathir Mohammad. Mungkin Mahathir tidak merasai apa-apa terhadap penderhakaannya sebab Mahathir Mohammad bukannya Melayu tulin kalau mengikut salsilah Islam. Berbapakan India beribukan Melayu, adakah Melayu sebenarnya?.

Kerana pemimpin besar UMNO tidak menghormati Raja-Raja Melayulah terjadinya penderhakaan di Terengganu, di Perlis dan di Perak. Yang terakhirnya adalah di Johor. Isunya bukan besar, songkok saja. Kita yang merintis jalan membesarkan kepala etnik lain.

Fikir-fikirkan wahai Melayu. Ke mana arah kamu, ke dahan mana kamu patut berpaut, ke tepian mana akan direnangi!

2 comments:

  1. Salam~
    Ya aku juga melayu. Tapi apakah kerana aku melayu maka aku wajib memperjuangkan melayu?. Kalau begitu, apakah salahnya orang Cina memperjuangkan Cina dan orang India memperjuangkan India?. Bukankah mereka memperjuangkan bangsa mereka seperti mana kita memperjungkan bangsa kita sendiri?

    Walhasii, UMNO sudah beberapa dekad menipu melayu dan juga kaum lain menggunaka pakai nama pembelaan bangsa melayu. Rupanya mereka membela kroni dan proksi yang terdiri dari melayu dan bukan melayu.

    Isunya bukan bangsa tapi masyarakat marhaen lagi tertindas. Membela masyarakat atas nama bangsa dan kaum sudah lama tidak relevan lagi. Tidak relevan seperti mana tidak relevannya parti UMNO dan BN. UMNO sudah wajar dimuziumkan dan dijadikan sekadar bahan-bahan sejarah sahaja.

    empangan-jernih.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. saya sangat setuju dengan pandangan jernih!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa