Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 27, 2008

Maaf Kerana Tidak Sempat Update Blog

Nampaknya sudah dua minggu saya tidak dapat mencurahkan apa yang terpendam di hati tentang perkembangan politik dan senario semasa. Namun saya ada lagi sedikit kesempatan untuk melayari blog kawan-kawan dan titipkan sedikit komen.

Dalam dua minggu ini saya terpaksa berulang alik dari Kota Bharu ke Ipoh kerana Ibu Mertua sakit yang agak tenat. Kalau 24 Jun 2008 Biras saya meninggal akibat kemalangan juga di Ipoh dan seminggu juga saya sekeluarga di sana. Dan dua minggu ini pula terpaksa berulang alik terasa juga penatnya. Saya juga terpaksa tinggalkan isteri di sana untuk menjaga ibunya. Isteri saya terpaksa bercuti dan saya pula terpaksa berulang alik kerana tidak sampai hati untuk meniggalkan pejabat berterusan sehingga dua minggu.

Agak malang bagi isteri, saya tinggalkan dia di sana untuk menjaga emaknya yang sakit tetapi dia pula yang kena demam dan naik pelentung. Habis seluruh badan sehingga nak bergerak pun sakit. Pagi tadi 26 Julai, saya membawanya pulang ke Kota Bharu untuk berehat di rumah sambil berubat.

Agak sedih juga bila isteri sakit yang sepatutnya di temani tetapi saya terpaksa juga ke pejabat dan anak-anak pula berjauhan. Yang sulung sedang menyertai operasi di Kota Kinabalu dan adiknya pula sedang menuntut di Pulau Pinang. Tinggallah kami berdua di Kota Bharu. Emaknya terpaksalah tinggal berseorangan semasa saya bekerja.

Kepada Along dan Adik, Mama memang teruk, walau pun demamnya tidak seberapa tetapi sentiasa mengadu sakit badan dan kulit. Seluruh muka dan badan mama berbintat-bintat yang mengandungi air. Muka mama jadi sembab dan kulitnya sakit bila terkena apa-apa hatta kain sekali pun. Papa memang kesihan melihatnya tetapi apakan daya Allah yang memberi dan menyembuhkan penyakit. Kita makhluk yang lemah hanya mampu berikhtiar dengan ubat dan doa.

2 comments:

  1. Hayakallah,

    Semoga ibu mertua cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. Maaf along tak dapat balik kelantan tgk mama....kalo ikutkan mmg nk balik, tapi apakan daya.....tak dapat....along salau doakan mama cepat sembuh....


    ghostdart

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa