Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 8, 2008

Pesanan Papa Buat Along

Buat Along,

Papa dan Mama ucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian Along setakat ini sama ada di dalam bidang akademik dan juga kerjaya. Berita di surat khabar hari ini 08 Julai 2008 cukup membanggakan Papa dan Mama juga sangat menggembirakan adik. Papa bangga kerana salah seorang daripada enam orang pegawai wanita menjadi perintis kepada yang lain bertugas di dalam Kapal Operasi TLDM adalah anak sulung Fakhruddin dan Zainab. Itu adalah kejayaan buat Along dan hadiah Along yang kedua buat Papa dan Mama selepas Ijazah yang Along terima dari ATMA/UTM.

Sebagai seorang Bapa atau Ibu hanya dua suasana saja yang amat menggembirakan kami. Suasana pertama ialah bila Along lahir dengan selamat serta dalam keadaan yang sempurna dan suasana yang kedua adalah bila Along mendapat kejayaan. Kegembiraan kami adalah kerana kami merasakan yang kami telah dapat menunaikan amanah Allah kepada kami. Dengan kejayaan anak-anak, menunjukan kami mampu memberikan dunia (meterial) dan akhirat (agama) dengan rahmat Allah kepada zuriat kurniaanNya.

Di sini Papa ingin menyatakan sesuatu yang mungkin Along tidak tahu. Sebenarnya Along telah menyambung kerjaya salasilah keluarga kita yang Papa sendiri gagal lakukan. Along telah menjayakan kegagalan Papa. Sekiranya kedua-dua Datuk Along masih hidup, Papa yakin merekalah manusia yang paling gembira.

Kedua-dua orang Datuk Along dari sebelah Papa dan Mama adalah keturunan Penglima. Moyang Along di sebelah Papa adalah Penglima Raja Patani yang menjadi pelarian di Kelantan setelah Kerajaan Patani kalah perang dengan Karajaan Siam. Sebenarnya keturunan sebelah Papa adalah keturunan yang Bergelar, tetapi tetapi Moyang Papa membuang gelaran untuk keselamatan setelah berhijrah ke Negeri Kelantan sebagai pelarian. Moyang di sebelah Mama pula adalah Penglima dari Negeri Pahang yang berhijrah ke Negeri Perak suatu masa dahulu. Jadi darah yang mengalir di dalam diri Along adalah darah Penglima. Itulah sebabnya Papa cukup bangga bila anak Papa cenderung untuk berkhidmat di dalam angkatan tentera. Maafkan Papa kerana membuka salasilah di blog ini. Papa bukannya hendak membanggakan diri tetapi Papa mahu Along mengenali diri Along sendiri. Siapakah Along sebenarnya. Papa dedahkan ini semua adalah demi jatidiri Along sebagai seorang Pegawai Tentera. Janganlah lagi ada keturunan kita yang terpaksa menjadi pelarian kerana kehilangan negara dan kedaulatan!

Pesan Papa buat Along,

Harungilah kerjaya Along dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas kerana Allah, Nusa dan Bangsa. Patuhlah segala arahan selagi tidak melakaui Ajaran Agama. Bertindaklah dengan adil dan kasih sayang. Berlembut dan sayangilah rakan-rakan umpama saudara sendiri. Bertegas dan berkeraslah serta kerahkan keberanian yang ada di dalam diri bila berhadapan dengan musuh. Musuh jangan dicari tetapi bila berhadapan tentanglah habis-habisan. Gunakan akal dan kewarasan.

Bertindaklah dengan bijaksana dan kewarasan akal di dalam apa saja situasi dan sesuaikan dengan keadaan. Dan di akhirnya bertaqwalah kepada Allah dan ikutlah pimpinan Nabi Muhammad saw. Along akan selamat dunia dan akhirat. Insya Allah.

7 comments:

  1. Assalamualaikum semua,

    Tahniah buat Along dari Mak Cik di Shah Alam. Teruskan usaha gigih dan Semoga Berjaya dan terus Berjaya. Amin!

    Cerita Saudara dalam blog saya juga menginsafkan kita semua bahawa apa juga insan bernyawa masing masing ada hak untuk hidup seiring dengan kita.

    Kita juga tidak boleh menganiya haiwan kerana dosanya sama saja macam kita menganiya sesama kita.
    Kesannya pun sama..WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat Along... Memang bangga Mak Bapak..

    Satu kejayaan yang membanggakan...

    Tugas ini suatu amanah yang berat. Tugas mempertahankan kedaulatan negara...

    ReplyDelete
  3. memang saya akui tugas along memang berat sekiranya along beramanah!. kerana kami dari keturunan yang larilah saya garapkan pesanan saya di blog ini untuk along. saya tidak mahu lagi anak cucu saya menjadi pelarian lagi. jangan hilang kedaulatan dan tanah air lagi!

    ReplyDelete
  4. terima kasih papa atas nasihat n tunjuk ajar selama ni....even baru sekarang along tahu asal-usul along, it's better than tak tahu langsung....terima kasih atas segalanya.....


    ghostdart

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya turut tumpang rasa bangga atas kejayaan anak saudara Fakhruddin. Alhamdulillah saudara dan Puan Zainab menjadi 'Papa dan Mama' yang berjaya memelihara amanat ALLAH kepadanya - ANAK.

    Kepada 'Along', Kerajaan Rakyat titipkan kalongan tahniah. Semoga kamu akan terus berjaya dan menjadi anak yang bertuah dalam kehidupan yang diberkati.

    Buat Fakhruddin dan Zainab sekeluarga,

    Salam takzim dari saya.
    Sofi.

    ReplyDelete
  6. Dari Senior On Board

    A'kum pakcik dan keluarga. Semoga selamat semua. Kejayaan kita bukanlah sesuatu yg perlu dihebahkan kpd semua. Secara x lansung ramai akn mengenali kita. Drpd benda baik sehinggalah benda buruk. ini kerana telah menjadi public figure. Apa yg pasti, sikap kita kena positif setiap masa. Payahkan? Semoga suksess selalu.

    ReplyDelete
  7. Anakanda emmy,

    Sebenarnya apa yang pak cik lakukan adalah untuk memberikan semangat untuk semua female crew on board bukan untuk anak pak cik saja. itu sebab pak cik pastekan gambar dari paper yang semua orang ada di dalam gambar.

    pak cik yakin yang ibu bapa emmy juga amat gembira di atas kejayaan anak mereka. bagi pak cik kalau setakat sekali masuk paper tidak mesti menjadi public figure.

    ini sebabkan pada perhatian pak cik, pak cik sendiri beberapa kali masuk paper dan bagi statement kat paper dan radio untuk program negeri dan juga negara termasuk semasa pak cik dilantik PRO untuk pertandingan mendaki piala dunia. pak cik rase tidaklah menjadikan kita public figure.

    walau apa pun sekiranya anakanda emmy tidak setuju terhadap apa yang pa cik lalukan, pak cik mohon maaf. mungkin kegembiraan pak cik di masa itu melebihi kewarasan.

    wallahu aklam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa