Tuesday, November 4, 2008

Selawat Tafrijiyyah


Nak mengajar, saya bukan guru,
Nak bersyarah, saya kurang Ilmu,
Nak memimpin, saya masih jahil,
Apa yang ada kita kungsikan..........


Di atas saranan saudara seIslam saya Sdr. Mohd. sofi (kerajaan rakyat) saya telah edit posting ini dan masukkan makna selawat di atas dalam bahasa Melayu. Saya harapkan saudara dan saudari seagama saya mendapat manafaatnya... Insya Allah.

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.






17 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Saudara dan Terima Kasih atas "Selawat Tafrijiyah" yang begitu banyak faedah dan hikmah-hikmahnya tersendiri buat kita semua hafalkan, mengikut ajaran Ustaz saya. WaAllahuAlam.

mountdweller said...

Salam buat Puan.

Saya pasti puan memang sudah hafal salawat ini dan puan sudah pun amalkannya.

Saya amalkan hanya 2 x sehari iaitu 3x selepas subuh dan 3x selepas maghrib. Bukan apa saya teringatkan selawat ini bila saya baca posting uxop tentang ubat awet muda.

erisya nor said...
This comment has been removed by the author.
Kerajaan Rakyat said...

Salam Saudara Fakhruddin,

Banyak jasa saudara dalam membekalkan ilmu. Baik kiranya dapat titipkan makna keseluruhan "Selawat" tersebut.

Semoga rahmat ALLAH ke atas saudara serta keluarga.

Salam takzim.

Mogen Ali Rico said...

Senyumlah sentiasa utk awet muda...Thanks saudara dgn post yang cukup berguna

erisya nor said...

salaams uncle,
erisya tak tahu pun selawat ni untuk awet muda juga :) selalunya erisya baca di sepanjang perjalanan ke pejabat jer..

sakurasa 2 said...

Tuan Mountdweller terima kasih kerasa sudi berkongsi Ilmu.

mountdweller said...

Salam buat semua sdr/iku.

Sdr. Mohd. Sofi,

Saya telah laksanakan saranan saudara dan terima kasih banyak di atas saranan itu.

Sdr. Mogen,

Selamat kembali dan Insya Allah kita akan sama-sama mendapat manafaat darinya.

Anakanda erisya,

Tahniah kerana erisya sudah pun amalkannya. Tapi walau apa pun jangan fokus untuk awet muda, serahkanlah kepadaNya kerana segala-segala adalah urusanNya.

Sdri. sakurasa,

Segala yang baik, amalkanlah dengan ikhlas dan segala urusan serahlah kepadaNya.

erisya nor said...

uncle,

terjemahan selawat tu amat indah..betul kat auncle...jika kita benar-benar tadabbur , insyaAllah jiwa kan tenang. wajah pun tak berkerut tension..tu sebenarnya yang buat kita awet muda!

azlin hashim said...

Amin ya rabbal a'lamin.. saling berpesan2 lah sesama kita walaupun hanya satu ayat.

azlin hashim said...

Uncle, kalo kita berdepan dgn org pengsan atau histeria, ada tak ayatnya?

mountdweller said...

Salam buat lin,

Nanti akan uncle buatkan di next posting. Sabor... yer!

Miss Jaz said...

salam uncle..thanks banyak perkongsian dlm blog uncle ni...alhamdulillah dgn adanya ilmu,uncle kongsi ngan semua orang..semoga Allah membalasnya..insyaAllah..

mountdweller said...

Salam buat jue,

Nak bagi lebih unckle bukan ilmuan. Hanya setakat yang ada bolehlah kita sama-sama kungsi. Kalau nak lebih carilah guru yang memang berilmu.

Apa yang uncle lakukan adalah semata-mata untuk kita saling ingat mengingati kepada diri masing-masing. Sekurang-kurangnya kita tidaklah alpa sangat.

azza_irah said...

salam uncle..
ilmu yg sgt bguna bg sy..
terima aksih kerana slalu mengunjungi blog sy n meninggalkan komen.
pasal kisah sedih uncle tu..post kan lah. boleh kita share sama2..nnti bgtau azza bila dah masukkan ya..

mountdweller said...

Insya Allah azza.

hanis said...

terima kasih