Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 10, 2009

Kosmo 10 Sept. 2009

Kenapa Kosmo memilih tajuk ini?
Ada apa-apa yang tersirat?

28 comments:

  1. kosmo nak bagitau masa puasa pun hantu setan tak kena rantai kot? tak pun histeria tak ada kena mengena dgn hantu setan. pakcik rasa yg mana satu?

    ReplyDelete
  2. Histeria tidak melibatkan iblis. Puncanya adalah stress tahap kronik...

    Guru saya ada ajarkan cara mengubatinya, hanya dengan sebatang jarum jer.

    Nak tahu email saya...

    ReplyDelete
  3. paloibinmulau

    Mungkin ada perkara yang terselit. Pertama Hantu/Setan yang dikatakan telah dibelenggu dan dirantai pada Bulan Puasa adalah bohong. Buktinya ketika ini masih ada yang kena rasuk.

    Kedua walau pun jiwa orang yang berpuasa itu dikatakan kuat, bersih dan tenang namun masih boleh ditembusi oleh jiwa kotor seperti syaitan dan jin. Adakah niatnya memperlekehkan orang yang sedang berpuasa?

    Ketiga sama seperti paloibinmulau katakan Histeria adalah semata-mata dari jiwa yang kacau individu itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan Jin atau Syaitan. Wallahu aklam.

    ReplyDelete
  4. Anakanda Isa.

    Uncle rasa boleh dipertikaikan. Sebab uncle pernah memgubati dan memulihkan mereka ini dengan menghembuskan Bismillah 7 ke kedua-dua telingan kiri dan kanan. Ini menunjukkan ada campurtangan Jin/Syaitan.

    Tentang cara lain tu uncle juga nak tahu. Insya Allah uncle akan email Isa nanti.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum

    hanya Allah yang maha mengetahui

    ReplyDelete
  6. salam pakdin,

    kalau dilihat dari sudut baik, menunjukkan hesteria ni tak kena mengena ngan setan.

    kalau dilihat dari sudut yg tak baik, macam kosmo nak pertikaikan islam.kata setan dh diikat,mana mungkin akan ada gangguan.

    utk difikirkan, siapa setan sebenarnya..

    * mau gak ilmu dr bro isa..

    ReplyDelete
  7. salam uncle..

    entah la...no komen..saya x arif bab nie...

    takut paper nak bikin havoc...ntah

    ReplyDelete
  8. syaitan dan iblis memamg dirantai dibulan ramadhan..mengikut kefahaman sy lah...tetapi bukan dari golongan jin..jin tidak dirantai..kejadian rasukan@histeria juga boleh disebabkan oleh perbuatan jin..

    ReplyDelete
  9. syaitan n iblis mmg kena rantai tapi golongan jin yg masih bebas.biasanya gol. yg kufur je still ganggu manusia.cam kita manusia gak mengaku ISLAM tapi masih lagi ngan kerja2 terkutuk n dlarang ALLAH.wallahu'alam

    ReplyDelete
  10. Tuan,

    Syaitan/Iblis di belenggu. Tapi Jin tidak, kerana Jin ada yang Islam dan ada yang Kafir. Mereka sama juga dengan kita manusia, makhluk yang perlu beribadah kepada Allah hatta bulan Ramadan sekalipun. Kalau kena rantai juga, macamana mereka hendak beribadat bulan Ramadan ini. Kan? Itu pakcik saya yang cakap, dulu2 masa muda-muda saya memang ingat Jin pun kena rantai. Tapi bila pakcik saya cakap macam itu, ada logik juga sebab Jin pun perlu beribadat juga bulan puasa ni. Kalau ada yang lebih arif tentang ini, harap betulkan salah saya. Tapi tak pelik kalau ada orang yang kerasukan, yang merasuk itu mungkin Jin yang kafir yang tak kena belenggu. Cuba lihat di blog Serupasekala. Video Ust. Ismail Kamus bercerita pasal Jin.

    Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  11. kalau kita rasa kita pandai Ubat Histeria yang katanya dari jin Dan Sitan, tentu Saitan Cukup takut dengan kita? Betulkah Begitu? Sombong kalau kita rasa "bacaaan yang kita baca itu mampu menakutkan saitan?" sebenarnya kita tertipu... Dalam hati kita kita rasa riak dengan ilmu yang kononya boleh menghalau Iblis.

    Walhal, kita sendiri didampingi syaitan sedari lahir sampai kita mati.

    Dan kalaulah betul kita mampu melawan saitan, tentu kita juga mampu mengawal amarah kita, Betulkah kita mampu?

    Dan juga, kalaulah kita bisa melawan iblis, Tentu kita boleh meyuruh Anak dan ISteri kita yang tidak dengar kata supaya patuh dan tunduk kepada Suruhan Agama... Terutama kita sebagai suami dalam keluarga.

    Tapi, benarkah begitu?

    ReplyDelete
  12. Salam MountDweller,
    Setakat ini saya terfikir, hantu ni ada di Malay-sia, Indone-sia dan Asian yang lain. Selain itu, hantu-hantu semua berbangsa ikut negeri-negeri itu.
    Dalam Qur^an ada sebut sifat dan perangai syaitan. Semua sifat dan perangai itu sama dengan sifat dan perangai manusia.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikumussalam a kl citizen.

    Memang itulah hakikatnya kita dengan ilmu yang terhad. Hanya Allah yang Maha Arif di dalam segala hal.

    ReplyDelete
  14. W'salam aku.

    Pak Din tidak mahu menuduh Kosmo sehingga ke situ. Cuma pilihan tajuk dan cara ulasan pemberita menimbulkan persoalan.

    Padangan Isa ada lojiknya sebab keadaan itu berlaku di musim peperiksaan.

    ReplyDelete
  15. W'salam blogger~0~

    Entahlah. Uncle pun susah nak teka. Melariskan paper atau ada niat di sebaliknya. Wallahu aklam.

    ReplyDelete
  16. WMM

    Padangan saudara ada lojiknya. Golongan Jin ada perbagai fahaman dan agama.

    ReplyDelete
  17. Anon

    Perangai golongan Jin dan manusia adalah lebih kurang saja. Ada yang beriman dan ada yang kufur. Ada yang jahat dan ada yang baik.

    "Tidak aku jadikan Manusia dan Jin melainkan untuk beribadat kepadaKu"

    Kerana itu mungkin mereka sebebas manusia di dunia ini.

    ReplyDelete
  18. Garden

    Saya setuju dengan pendangan Garden. Manusia dan Jin di jadikan Allah adalah dengan tujuan yang sama.

    ReplyDelete
  19. Anon

    Sifat kita dengan Jin adalah lebih kurang sebenarnya. Ada sifat sombong, angkuh dan riak apabila dikurniakan sedikit kelebihan. Itulah yang namakan manusia.

    Karin tetap bersama kita sejak dari lahir sehinggalah kita meninggal. Rasulallah pernah bersabda tentang Karin. Karin yang bersama Rasulallah, Rasulallah yang kontrol tetapi Karin yang bersama kita bagaimana? Siapa kontrol siapa sebenarnya?

    Rasulallah lagikan Syaitan berani rapat, inikan pula kita.

    ReplyDelete
  20. W'salam Dr.

    Betul tu Dr. Syaitan Cina dengan gaya Cinanya. Eropah dengan gaya Eropahnya dan begitulah keadaannya di seluruh dunia dari apa yang saya baca dan dengar. Syaitan Melayu semua kita dah tahu.

    Manusia dan syaitan akan beringan untuk ke arah kejahatan. Mereka akan berpisah bila kita menuju ke arah kebaikan dengan berbentengkan Iman.

    ReplyDelete
  21. jin taraf iblis dengan syaitan jer kot yang kena belenggu.. tapi kalau taraf taraf bawah ni tak kena kot

    ReplyDelete
  22. salam uncle..
    mungkin nak menceritakan, histeria sebenarnya tiada kaitan dgn hantu atai iblis semata2. jadi kata2 bomoh atau dukun ialah tidak boleh masuk akal.
    histeria berpunca drpd stress..

    :P

    salam ramadhan buat uncle..

    ReplyDelete
  23. mr edz.

    Jin dan Syaitan adalah berlainan walau pun dari keturunan yang sama. Syaitan tidak ada yang beriman sedangkan dari kalangan Jin ada yang beriman.

    Adakah hanya golongan Syaitan saja yang dirantai tetapi Jin tidak. Kompius juga!

    Harap Pak Karamu boleh terangkan sikit.

    ReplyDelete
  24. W'salam Ann.

    Selamat berpuasa. Lama tidak nampak bayang Ann. Terima kasih kerana sudi jengok.

    Uncle rasa perkara ini bercampur baur antara jiwa yang stress dan makhluk lain/halus. Tidak tahulah Jin atau syaitan sebab biasanya Syaitan atau Jin Kafir akan mengambil kesempatan di atas jiwa lemah dan jiwa yang lalai.

    Mereka cukup takut terhadap jiwa yang sentiasa rapat dengan Tuhannya.

    ReplyDelete
  25. perbincangan yang menarik. Tapi saya dah terlepas, kot? Saya rasa saya setuju dengan semua pendapat di atas, cuma saya nak berkongsi pendapat seorang penceramah dalam satu kuliah dii masjid Pengkalan Rama, Melaka sebelum puas baru-baru ini:

    Menurut beliau, kebanyakan ulama bersetuju bahawa pintu syurga dibuka seluas-luasnya pada bulan Ramadhan dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya adalah satu kiasan. Sebaliknya perihal syaitan dibelengu sepanjang bulan Ramadhan adalah benar dan bukan sekadar kiasan.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  26. Admin www.morhabshi

    Syaitan dibelenggu memang ada Nasnya tetapi yang dimaksudkan itu adakah Syaitan dan Jin atau hanya Syaitan. Itulah yang masih gagal dipecahkan. Tapi yang pasti nafsu pula mengambil alih tempat Syaitan.

    Kiasan Syurga dan Neraka memang ada logiknya. Maknanya Allah membuka seluas-luasnya peluang merebut ibadah dan kebajikan di bulan ini. Berpuasa dengan mengekalkan roh puasa itu akan menutup nafsu ke arah kemungkaran dan dosa. Itulah maknanya Allah menutup pintu Neraka.

    Wallahu aklam. Terima kasih di atas info yang berguna untuk dicernakan.

    ReplyDelete
  27. Kosmo dah maleh nak cerita pasl kapla lembu dah kot..hehe.

    hmm..Kosmo ada hidden agenda? tapi seriously, histeria ni gangguan jiwa..selalunya sebab stres & gangguan makhluk halus/jin/syaitan. mungkin budak tu tensen nak lulus pereksa dgn cemerlang kot? entah ler.

    ReplyDelete
  28. Hanz

    Memang tekanan yang keterlaluan boleh membawa histeria. Tapi perlu diingat kelemahan jiwa akan diambil kesempatan oleh Jin dan Setan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa