Ciplak secara copy and paste dari Utusan Malaysia Online
Saya agak tertarik oleh tulisan yang cenderung ke arah menuduh yang menerbit persoalan, siapakah yang taksub dan fanatik. Siapa pula yang cetek ilmu (katakan saja bagi saya ialah cetek fikiran) sebenarnya. Kepada siapakah sebenarnya yang difokoskan article ini ?
Oleh Feriz Omar
MASIH ingatkah kisah kumpulan Al-Arqam yang pernah menggemparkan negara sekitar awal 1990-an dahulu? Kalau nak diikutkan, asal ceritanya bermula dengan seorang ustaz biasa yang giat berdakwah.
Saban hari, fahaman itu berkembang membentuk suatu kumpulan agama yang besar dan memiliki entiti perniagaan dalam pelbagai bidang.
Akhirnya pengasas kumpulan tersebut, Ashaari Muhammad langsung lupa daratan, tenggelam dalam kekuasaan dan mula menyerong daripada akidah Islamiah sebenar. Ashaari mula menjadi idola puluh ribuan pengikutnya dan dianggap wali yang cukup tinggi tarafnya.
Tulisan hari ini sebenarnya bukanlah hendak merungkai isu Al-Arqam. Tetapi yang mahu diperhalusi dan dibicarakan ialah sentimen dan elemen ‘fiil’ Melayu bila mana ia terlalu taksub dalam satu-satu hal.
Dalam konteks Al-Arqam ini misalannya, ketaksuban yang tak kena gaya, tidak berpandukan ilmu dan asas Islam yang hakiki menyebabkan penyelewengan berlaku.
Akhirnya pemimpin pula didewa-dewakan, dipuja dan dihormati secara melampau. Kumpulan yang didokong pula bagai dapat merealisasikan segala-gala hajat dan diumpamakan tiada cacat-cela.
Taksub Berpolitik
Kalau dikaitkan dengan suasana berpolitik orang Melayu sendiri, macam itu jugalah perangai ketaksubannya. Sesetengahnya, bila sudah terlampau fanatik dan percaya dengan parti yang disokong, rasional daripada parti lawan ditolak mentah-mentah.
Sifat, “aku saja betul” dan “kau tetap salah” mewarnai semangat dan kepercayaan politik. Tuduh-menuduh menjadi kebiasaan dengan isu halal-haram dan betul-salah sudah bukan lagi asas pertimbangan. Asalkan yang disokong menang!
Lebih parah sebenarnya, bila adunan politik itu disadur pula dengan kepentingan Islam. Seperti yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, kelemahan sesetengah orang Islam ialah mereka begitu cepat terpengaruh dengan apa sahaja yang dibuat atas nama Islam; dan orang Melayu adalah contohnya paling tepat yang mudah tertarik dalam hal-hal berunsur keagamaan.
Yang jadi mangsa adalah pengikut yang mempunyai kefahaman agama setakat ‘cukup-cukup makan’ sahaja. Gara-gara kecetekan ilmu, mereka ini sering hilang punca dan selalu berdasarkan sentimen perasaan dalam pertimbangan antara hak dan yang batil serta bersikap tertutup dalam menerima buah fikiran yang dilihat berasal daripada kelompok lain.
Bila asas agama digunakan untuk membuktikan betul-salah sesuatu perkara, soal dosa pahala, kafir dan syurga-neraka pun menjadi isu yang terbeban untuk dibicarakan dan dihukum oleh sang pengikut. Inilah yang malangnya; menghukum dan membuat kesimpulan tanpa ilmu di dada!
Perdebatan Mengarut dan Tidak Berfaedah
Isu di sini sebenarnya bukanlah bertujuan untuk memisahkan entiti agama daripada politik. Agama Islam sememangnya syumul atau ‘complete’. Namun, asas agama tentulah wajib dijadikan pegangan setiap insan politik yang bernama ‘Melayu’ dan berjatidirikan ‘Islam’.
Tetapi dalam suasana hiruk-pikuk dan kecelaruan kefahaman Islam yang setakat ‘separuh masak’ saja di kalangan ramai Muslimin di Malaysia, perlu ada boundary tertentu agar agama tidak sampai terseleweng dan disalah tafsir.
Oleh kerana terlalu taksub kepada pemimpin atau sesebuah pertubuhan, hari ini Islam dilihat lebih cenderung ke arah menilai tahap keimanan, mencari perbezaan fahaman imam yang diikuti dan menilai tahap roh perjuangan sehingga menjadikan umat Islam berpecah-belah.
Kita sepatutnya mencari persamaan dan elakkan perbezaan. Begitu banyak perdebatan dan perbalahan yang sudah sampai ke tahap mengarut dan tidak berfaedah.
Justeru itulah, Islam memerangi kejahilan ilmu kerana akibat buruknya mampu melahirkan manusia bersifat taksub membabi-buta. Ketaksuban juga akan memecah-belahkan umat Islam bahkan menjahanamkan hubungan silaturrahim sesama Muslim.
Paling buruk, apabila ia mula menganggu-gugat keamanan dan kestabilan sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Orang-orang bukan Islam akan merasa salah faham dan segala usaha untuk melaksanakan pembangunan Islam juga turut terbantut.
Kembalilah kepada asas al-Quran yang menyarankan kepentingan ilmu supaya kita tidak terperangkap dalam ketaksuban fanatisme dan membuta-tuli yang menghancurkan diri sendiri, agama, bangsa dan negara tercinta.
FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan
Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris).
taksub kemelayuan le kot
ReplyDeleteUnity Government versi baru kot
ReplyDelete50 tahun lebih melayu taksub terhadap kuasa yang banyak penyelewengan dari Islam..harap kelantan tidak akan sekali pun terjebak kembali..
ReplyDeleteTBO
ReplyDeleteSaya pun belum faham sepenuhnya. Taksub kepada Melayu, kepada perti atau pun taksub kepada diri sendiri/syok sendiri.
TBO
ReplyDeleteSaya rasa yang ini tiada kaitan
baduk.
ReplyDeleteRasanya ini ada kaitan sebab ada disebut tentang agama dan debat.
Ayat "Gara-gara kecetekan ilmu". Itu ayat dari mantan PM Mahathir Mohammad. Ilmu apakah yang dimaksudkan?
focus petikan ini ialah:
ReplyDelete1. menunding jari kearah ulama yang kononnya salah pembawaan.
2. golongan yang mendokong gerakan islam dinegara ini dianggap pembawa perpecahan dalam masyarakat.
3. menunjukkan kecetekan akal sipenulis..saya percaya dia menulis berdasar nafsu semata kerana tulisannya tidak menyeluruh.tertumpu sebelah pihak sahaja.
wallahua'lam..
salam awesulong.
ReplyDeleteSaya cuba berada di tengah. Tetapi nampak sangat neracanya senget. Pada saya amat tidak elok menuding kepada orang lain sedangkan dirinya sendiri tidak berlaku adil.
Yang saya masih fikirkan ialah ilmu macam mana yang dimaksudkan.
Ketuanan Melayu sepertinya melukut tepi gantang.. Provokasi menggila...
ReplyDeletesalam pakdin,
ReplyDeletekembali kepada Al-Quraan, aku setuju yg tu..
Entah le Pakdin, taksub ni memang tak patut untuk manusia. Tapi kalau taksub kepada Maha Pencipta, rasanya tak akan dipersoalkan.
ReplyDeleteAsal tidak disalahgunakan, sudahlah.
MIC hari ni ditempelak kerana nak kalungkan Tun Dr. M dengan selipar. Err... Taksub sangat kot?
Hehehe..
antusabun
ReplyDeletePada ketuanan Melayu hanya retorik. Banyak kerusi yang sepatutnya hak Melayu kerana majoriti pengundi tetapi diagihkan kepada orang lain. Siapakah yang menyempitkan hak dan kuasa Melayu sebenarnya.
Betul kata saudara hakikatnya Ketuanan Melayu hanya melukut di tepi gantang.
W'salam aku.
ReplyDeletePak Din pun setuju sangat-sangat tetapi biarlah betul-betul memahami Alqur'an dan hukumnya. Jangan di tinggal separuh dan diambil separuh bila sesuai dengan kehenfak kita.
Sdr. Brahim.
ReplyDeleteMemang taksub kepada apa jua adalah sesat selain dari taksub kepada Allah. Kepada yang lain kenalah bersederhana sebagaiman pesan Rasulallah.
islam akan terus berpecah..bermula di zaman sahabat sehinggalah kini..islam juga terbahagi kepada 4 mazhab utama..tiada siapa yg boleh katakan mazhab mana yang betul..begitu juga di malaysia..islam pas ke islam umno..sama sahaja..
ReplyDeleteapa yg penting..janga guna islam untuk politik..nanti islam akan lebih tercemar..
wallahualam..
Salam Lebaran PakDin,
ReplyDeleteAmbo dah bertahun tak beli Utusan Meloya ni .. kalu masuk melalui internet pun semata2 nak baca bahagian sukan jah ..
Hok lain tu semuanya bagi kawe propaganda pihak umngok je ..
(yak .. kawe plok jadi taksub pado Ketuanan Islam) .. heheh!
saya terima teguran sebegitu walaupun seakan berat sebelah saja persepsi artikel si Feriz tu.
ReplyDeleteKetaksuban ni saya tak berapa pasti maknanya dlm Kamus Dewan (standard, definasi umum) TAPI pada pengamatan saya sendiri taksub tu ada pada semua kita dlm sesuatu perkara.
Selalunya takjub ni berkaitan ketaatan yang membuta tuli. Sedangkan sifat taat tu elok ada pada kita tapi bila terlampau taat jadi negatif. Mungkin.
Ada orang dia obses pada kerjaya, ada pada mengejar kenaikan pangkat & cari nama, pengaruh, kuasa. Ni pun macam dia taksub juga. Taksub dunia kot. hehe
Maka taksub ni bukan pada orang Islam saja atau perkara berelemen agama Islam saja. Ia ada dalam apa jua perkara/aspek kehidupan jika seseorang obses, melampaui normal. Mungkin ada eloknya. Entahlah.
pakcik
ReplyDeleteBagi saya senang saja. mana-mana manusia Islam yang menurut dan mengikut kehendak Alqur'an dan Hadith adalah yang betul.
Contohnya kalau Allah firmankan di dalam Alqur'an yang judi adalah haram, maka haramlah. Tidak akan ada judi halal yang berlesen atau judi haram tanpa lesen.
Islam dan politik memang tidak boleh dipisahkan kerana politik itu sendiri tidak boleh lari dari hukum. Wallahu Aklam.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf sekiranya ada terkasar dan tersilat bahasa.
W'salam drizzter.
ReplyDeletePak Din juga tidak beli cuma baca di pejabat dan di internet sahaja. Kita kena tahu semua walau pun kita tidak setuju.
Taksub kepada Allah adalah yang terbaik bagi kita kan?
Hanz_Azdi
ReplyDeleteManusia yang rasinal adalah manusia yang menerima teguran dan kritikan dengan dada yang terbuka. Menerima pujian dengan kesyukuran dan insaf diri.
Itulah sebabnya dengan article ini saya terfikir, memanakan hala tuju dan sasarannya. Dan saya akui isi kandungannya ada yang batul dan ada yang dangkal. Bergantunglah pada persepsi pembaca tetapi bagi penulis, apa yang ditulisnya adalah betul baginya.
Taksub ada baik buruknya kerana sebagaimana kata penulis, kerana taksub kita akan gagal menilai buruk baik dan cacat cela. Taksub menjadikan kita buta hati dan perasaan.
Pak Din akui kebanyakan manusia ada kepercayaan melampau atau taksub kepada sesuatu yang cukup baik dari segi penilaian peribadinya.
salam saudara empunya blog,
ReplyDeletesaya selalu membaca artikel penulis muda ini dan saya dapat agak ke mana halanya artikel ini.
akan tetapi pandangan peribadi saya, kalau kita memilih untuk sebentar membacanya tanpa prejudis dan mempedulikan kepada siapa artikel ini di halakan, saya tak nampak apa yang silap artikel ini.
pokok pangkal isinya saya lihat mudah, ketaksuban tanpa ilmu di dada bisa membawa kesesatan.
dalam kes al-arqam misalannya, ya mereka mencari Tuhan, mencari redhanya Ilahi. tapi akhirnya ke mana mereka?
jadi akal kena menimbang, melihat tidak boleh cuma berat pada sebelah. itupun kalau yang dicari itu keredhaan Ilahi dan bukan sekadar fakta, modal bicara dan hujah itu ini hanya sakadar untuk membenarkan apa yang minda kita mahu percaya. bukan begitu?
sebagai contoh, dengar-dengar di kelantan sudah ada fahaman melampau yang mengatakan kalau gantung gambar seorang tuan guru dan melihat gambar wajahnya dapat pahala, Masya-Allah jika sampai betul demikian!
saya tidak fikir mereka ini diajar semacam itu, tapi pandangan saya inilah pokok pangkal artikel ini dari kacamata saya membaca.
jadi saya fikir kalau kita berdiri di tengah kita boleh ambil iktibar. taksub kepada Melayu mungkin membawa kepada Assobiyah. tetapi taksub kepada pemimpin dan parti pun boleh membawa kita lari dari jalan Allah !
sesungguhnya tak ada gading yang tak retak.
bukan menuduh, tetapi intipatinya berkata tidak mustahil begitu. ini patut sesekala difikirkan secara terbuka dan tanpa perlu sesegeranya dilatah.
wallahualam.
W'salam Cik Kiah.
ReplyDeleteApa yang saudari katakan itu betul. Ketaksuban melampau membawa kehancuran akidah. Itulah yang menakutkan.
Tentang gambar itu saya tidak boleh nak komen sebab saya sendiri di Kelantan pun tidak pernah mendengar cerita begitu.