Tuesday, September 8, 2009

Streamyx Juga Puasa

Assalamu alaikum wbt. semua teman-teman cyber.

Tiga hari terpaksa paku n3 terakhir di sini kerana masalah streamyx. Dua kali panggil ke pusat khidmat di KL dan hari ini baru ok.

Saya mohon maaf kepada semua. Selamat berpuasa!

20 comments:

Brahimnyior said...

Ya ke? Patutlah 'lama' tak update..

Hehehe, takpe Pakdin. Yang penting blog sentiasa ada entry baru..

Saya suka baca. Terutama pengalaman pelik-pelik Pakdin tu. Bukan semua orang nak kongsikan... Tu yang spesel tu..

hanis said...

bubur lambuk dia nampak besh la!

Demang Lebar Daun said...

sabar je le... he he...
Saya dapat bayangkan seorang blogger tanpa 'line internet'. Bini hilang kat pasaraya pun tak risau sangat berbanding 'kehilangan internet'

aku said...

saje nak uji kesabaran pakdin tu.. hehe

mountdweller said...

Sdr. Barahim.

Terima kasih. Terpaksa sabor jerlah..

mountdweller said...

Hanis buat uncle meleleh air liur!

mountdweller said...

Sdr. Demang

Semua tak kena dibuatnya. Gelisah dan bila ada masa lapang dah tak tahu nak buat apa.

Masa berpuasa sebelah petang akan menjadi lama.

Hilang bini, dia tahu cari jalan pulang. Hilang internet kita bengang!

mountdweller said...

aku

Rupanya ujian ada di mana-mana bukan saja di Bazar Ramadhan!

Mak Su said...

kalau mcm tu, lepak-lepak dulu lah :)

Isa said...

Salam uncle,

ha..ha..ha.., pengalaman tanpa imternet, macam kucing hilang anak jadinya...

Selamat berbuka...

a kl citizen said...

alhamdulillah masalah dah selesai ya

mountdweller said...

Mak Su

Alhamdulillah, hari ini dah ok.

mountdweller said...

W'salam anakanda Isa.

Rupa rasanya seperti kehilangan sesuatu dan menjemukan.

Terima kasih Isa.

mountdweller said...

a kl citizen

Nampaknya alhamdulillah puan. Hari ini bolehlah merayap ke blog kawan-kawan.

Sebenarnya bukan apa, rasa terlepas dan gelap dari berita semasa.

muraisenja said...

streamyx slow giler sgt ker... cube reset kemudian buat setting semula... menggunakan username dan password sendiri.

sebelum nak reset tu pastikan username dan password tu betul la. kalau salah mmg sampai sudah tak dapat. browser juga main peranan utk memaksimakan kelajuan.
temp fail, cookies, recent fail dan sebagainya tu buang kasi bersih...

mountdweller said...

muraisenja

Saya sudah buat semuanya. setting pun sudah. Begitu juga mengikut arahan help center. Tapi masih lagi mabuk. Sekali connected sekejap lagi disconnected. Mungkin kerana cuaca atau beban talian kot?

Saya masih tunggu technician betulkan di hub tm. di luar sana. Itu mengikut kata help centerlah. Saya pun tidaklah arif sangat. Tahu sedikit sebanyak pun dari buku dan cuba sendiri.

Apa pun terima kasih banyak di atas info.

Rashid said...

salam uncle
adoii pengalaman yang sama pernah saya lalui. Tak ber online sehari rasanya semacam je. hehe.

muraisenja said...

ooo dia disconnect yer.... saya pernah mengalami masalah ni.... sampai 3 hari tak dapat internet... masalahnye samalah problem pada hub dia. yg tu tak boleh nak buat apa lah. kena tunggu technician tm lah repair... bukan lama pun repair kejap jer... tak sampai 10 minit... tapi nak menunggu dia nak start buat tu sampai 3 hari.... tupun hari2 say telefon tm...rujuk no report tm...gesa dia suruh dia buat cepat sikit ... sampai tahap maki2 carut2 kt dlm tepon tu.... masuk hari ke 3 saya call lagi tapi kali ni saya call setiap 1 jam sekali... dan akhirnya dia pun kata akan hantar technician hari tu juga.

anak muallaf said...

salam pak din,
stremyx kekadang dia buat hal penin juga...broadband dh jd beruk band...agaknya inilah penyakit yg tak da penawar "ketagih internet"...

mountdweller said...

W'salam anak muallaf

Sebenarnya pada mula-mula perkhidmatan Streanyx ni memang memeningkan. Lama kelamaan sudah agak improved cuma bila musim cuti, line agak sesak dan selalu terputus.

Pak Din pun sudah agak lama tidak ada gangguan. Tapi bila kena kali ini agak serius sikit. Walau apa pun sudah nampak semakin ok.

Anak Pak Din ada pakai Beruk band tu. Memang ada kalanya jadi "beruk gila"