Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 4, 2009

Peristiwa Lucu Bersama Seorang Anggota Komando 69

Di blog melayuangkat satu n3 dari beliau mengkisahkan tentang kehebatan Komando 69 yang disertai gambar mereka menjalani latihan yang semangnya lasak.

Pasukan ini memang dianggotai oleh manusia yang berhati kental, lasak , berani serta patuh pada arahan. Pengalaman saya bertanding bersama mereka di satu pertandingan mendaki gunung pada pertengahan tahun 90'an cukup memberikan saya pengentahuan tentang mereka.

Pertandingan itu adalah pertandingan Dakithon Gunung Tahan peringkat antarabangsa yang bermula dari Kuala Tahan ke Puncak Tahan dan turun semula ke Kuala Tahan. Pertandingan itu disertai oleh 130 peserta dari pelbagai persatuan dan negara. Ketika itu saya mewakili Persatuan Mendaki Kelantan. Jarak udaranya kalau tidak silap adalah melebihi 150km (sesiapa yang tahu dengan tepat sila betulkan). Masa yang diberikan adalah 70 jam. Peserta bertanding di atas risiko sendiri. Sekiranya tidak yang pulang selepas 70 jam barulah pasukan SAR akan dihantar.

Satu peristiwa yang lucu berlaku di antara saya dan Juara pertandingan ini iaitu salah seorang peserta yang mewakili Pasukan Komando 69. Pada lebih kurang jam 3-4 pagi di puncak Gunung Restkit berhampiran satu jurang, saya bertembung dengannya dalam jarak lebih kurang 20 kaki. Keadaan berkabus tebal dan cahaya samar. Dalam keadaan yang kurang pasti kerana kesamaran saya berhenti berlari. Dia pun berhenti. Saya bergerak rapat sedikit sambil mengintai. Dia juga bergerak rapat. Bila sudah agak hampir 15 kaki jaraknya antara saya dan beliau, saya mencabar "Siapa" Dia jawab "Saya" Saya tanya lagi "Saya tu, siapa" barulah dia jawab "69" . Sabil gelak saya berkata "Ooo.. rupanya orang, saya ingatkan beruang" Lantas dia menjawab "Saya pun ingat awak beruang". Kami sama-sama ketawa. Yang lucunya kami sama-sama ada membawa lampu suluh tetapi tidak seorang pun antara kami yang menyuluh. Kedua-duanya takutkan beruang marah!.

Bayangkan jarak antara saya dan dia. Dari situ jangkaan saya masih ada 3 atau 4 jam untuk saya sampai ke Puncak Tahan. Dia sudah pun di perjalanan balik. Bermakna saya berselisih dalam jarak 6 jam atau lebih. Bagaimana pun dia agak lambat sampai ke Penamat sebab lampu suluhnya rosak dan terpaksa berlari di dalam gelap. Saya pula tersangkut banjir di Sungai Melantai kerana hujan lebat sebelumnya. Di sini ramai perserta yang sangkut dan tidak berani menyeberang kerana arus yang deras dan air yang dalam. Saya ambil risiko dengan bergayut dari dahan ke dahan untuk menyeberangi dan alhamdulillah saya lepas.

Di garisan Penamat dia sampai lebih awal dengan catatan 22 jam 46 minit. Saya pula tiba di awal pagi dengan catatan 30 jam 5 mint. Dia menjadi juara yang rekodnya sehingga sekarang gagal dipecahkan. Itulah satu cerita kekentalan seorang yang bergelar Komando Pasukan 69 yang pada masa itu berpengkalan di Ulu Kinta, Perak.

Pagi esoknya bila kami bertemu, kami gelak besar kerana kedua-dua kami memang dah jadi Beruang, jalan mengangkang! Kerana segala urat saraf jadi tegang dan sakit. "Rupanya kedua-dua kita memang dah jadi beruang!" katanya.


38 comments:

  1. Salam Uncle,

    Tak tau nak komen apa, tetapi saya salute pada uncle kerana mempunyai semangat juang yang tinggi dan hati yang kental.

    Bukan calang2 orang yang sanggup menghadapi cabaran sebegitu. Syabas diucapkan.

    ReplyDelete
  2. wah....kenangan yang indah...

    komando memang kuat dan stamina tinggi..tapi uncle pun kuat gak leh wat rekod tue..xdpat den nak celen..

    ReplyDelete
  3. Hebat Pakdin, hebat jugak anggota 69 tu..

    Mujur tak jumpa beruang.

    69 tu, skang dah pencen agaknya?

    ReplyDelete
  4. errr, ni saya... alah...saya, kenai tak? saya ler... saya bukan beruang :)

    p/s: (berwang pun not yet)

    ReplyDelete
  5. Mampukah Dato'Sri Najib Memimpin Malaysia ke arah yang lebih gemilang?Nyatakan pandangan anda..
    http://kakipolitik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. salam...tuan,

    69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969.

    memang diakui akan kehebatann komando 69 ini.

    saya juga tertarik dengan kata-kata tuan,..." ingatkan beruang.."
    hehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Saudara,

    Ha ha, kalau berdua dari 'beruang' pun patutlah selepas apa yang diharungi.

    Tabik pada saudara dan semua yang bertanding tu. Bukan soal kalah menang, tapi soal SEMANGAT JITU.. bukan calang calang orang boleh melakukan begitu.

    Saya hanya boleh beli Teddy Bear..

    ReplyDelete
  8. pakcik,

    hebat cerita pakcik. saya mengkagumi org2 yg mempunyai daya tahan lasak yg tinggi dan juga keberanian sebegitu. saya rasa pertandingan itu jauh lebih mencabar dari mt kinabalu climbathon.

    sekadar bertanya pakcik pernah ikut serta mt kinabalu climbathon tak?

    ReplyDelete
  9. W'salam anakanda Isa.

    Memang semua mereka cukup fit dan berdisiplin. Di pertandingan itu team mereka boleh dikatakan membolot kedudukan di atas.

    ReplyDelete
  10. blogger~0~

    Yang buat rekod mereka, uncle terkeluar dari sepuluh kedudukan terbaik. Cuma di pertandingan Dakithon Gunung Gagau di Tasik Kenyir uncle dan mendapat kedudukan yang baik dengan hadiah wang tunai.

    ReplyDelete
  11. mredz

    Ya, mereka yang hebat. Uncle yang lambat.

    ReplyDelete
  12. Mak Su

    Tak berwang tak apa asalkan berduit dan punya budi.

    ReplyDelete
  13. kakipolitik

    Terima kasih. insya Allah saya akan merayap ke sana.

    ReplyDelete
  14. W'salam sdr. Barahim.

    Hebat Pakdin tidak sehebat manusia yang sehebat mereka.

    Tak tahulah masa tu anggota tu baru berusia 27 tahun umur Pakdin 39 tahun.

    ReplyDelete
  15. W'salam anaklaut.

    Terima kasih di atas info. Sebenarnya saya pun tidak tahu salasilah penubuhan mereka. Yang saya tahu nama 69 diambil sempena tahun penubuhan Pasukan ini.

    Memang di dalam kabus dan cahaya yang samar nampak macam beruang.

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam Puan melayuangkat.

    Memang pertandingan itu cukup getir. Bertarung bukan saja dengan manusia tetapi juga dengan mental sendiri. Panas dan sejuk, malam dan siang, ketakutan dengan binatang buas dan risiko tersesat serta tercedera tiada siapa yang akan bantu sebelum genap tempoh 70 jam kerana jarak perjalanan yang jauh.

    Mengharungi hujan dan sungai yang banjir berbekalkan hanya lampu suluh dan tidak tidur serta rehat. Makan hanya dari biskut oat dan choklat serta sedikit ketupat dan serunding daging. Minum air bukit.

    ReplyDelete
  17. paloibinmulau.

    Pertnadingan yang mendera mental dan fizikal dengan merentasi 25 buah bukit, mengharungi 8 sungai (tetapi masa pertandingan kami diarah tidak merentas sungai yang tidak perlu untuk shortcut. Terpaksa mendaki melepasi 7 buah gunung dan jurang sebelum sampai ka Puncak Tahan.

    Memang Gunung Kinabalu tidak seteruk Tahan kerana di Kinabalu banyak kemudahan dan pendakiannya tidak jauh sedangkan untuk sampai ke Puncak Tahan bagi ekspedisi biasa akan mengambil masa 7 hari untuk naik dan turun.

    Walau bagaimana pun uncle tidak pernah bertanding di Kinabalu.

    ReplyDelete
  18. Salam MountDweller,
    Memang seronok dan manis kenangan masa lalu.
    Raya nanti anak-anak dapat cuti balik rumah ke? Kalau dapat balik rumah, tentu lebih seronok.

    ReplyDelete
  19. W'salam Dr.

    Raya nanti hanya seorang yang memang ada kerja di sini (KB). Along tak dapat cuti. Katanya Raya Haji baru boleh raya di rumah tapi convo adik bulan Okt. ni dia akan balik.

    ReplyDelete
  20. salam tuan,

    kalau tak silap saya jarak dari sg relau (merapoh entry) ke kuala tahan adalah dalam 60-70 km. oleh kerana tuan bermula dari kuala tahan - kuala tahan saya rasa jarak yg tuan sebutkan iaitu 150km adalah munasabah..

    pada 1997 saya mendaki gunung Tahan dan salah seorang trekker kami bernama Adnan pernah menang pertandingan ini dengan masa 16jam sahaja dari merapoh ke kuala tahan...orang merapoh boleh sahkan cerita ini. namun trek merapoh - kuala tahan adalah jauh lebih mudah dari kuala tahan- kuala tahan. namun ianya boleh dikira hebat kerana beliau hanya seorang penoreh getah dan bukan anggota komando!!

    tak silap saya juga lewat 90an pertandingan tidak lagi dibuat dari kuala tahan- kuala tahan apabila merapoh entry dibuka..

    malah sekarang saya tak pasti ada lagi tahan challenge atau tidak.

    ReplyDelete
  21. W'salam Nevada

    Terima kasih kerana berkunjung dan tinggalkan jejak yang menarik.

    Sebenar tarikh pertandingan itu setelah saya semak ialah tahum 1992. Pengerusia bersama Penganjurnya ialah Allahyarham Noor Ramle Presiden Persekutuan Mendaki Malaysia dan ditaja oleh Guiness Molta

    Selepas itu rasanya tidak ada lagi pertandingan dari Kuala Tahan-Puncak Tahan. Tapi mungkin juga saya silap sebab selepas itu saya tidak lagi mengikuti perkembangan pertandingan di Tahan.

    Terima kasih di atas info

    ReplyDelete
  22. assalammualaikum

    memang kuat dan lasak orang2 yang masuk dakithon ni ya...

    alhamdulillah , ramai lagi barisan pejuang ...

    ReplyDelete
  23. Wa'alaikumussalam a kl citizen

    Memang lasak dan kuat tetapi peritnya tetap dirasa sehinggakan ada seolah-olah hilang akal. Laluan naik dikatakan turun, laluan turun dikatakan naik.

    Pada masa itu Peserta tertua adalah berumur 55 tahun. Pak Mail namanya saya masih ingat nama beliau sebab kagum.

    ReplyDelete
  24. Dalam diam, saya respect Pakdin, sedaya upaya ,membalas tiap respons blogger lain...

    Steadylah Pakdin.. Cayalah!

    ReplyDelete
  25. Salam pakdin ..

    Komando mmg diakui antara kumpulan tentera yg outstanding.. pakdin beza 6jam jah tu .. kalu ambo harus SAR kena amik ..hahaha..

    offtopic .. ambo tertengok rancangan Singgah Sahur TV9 dua hari lepas tak silap .. ada Along Pakdin dalam tu ..

    Senyum bangga buleh bagitau org rumah kata ambo kenal ayah dia .. biar la kenal kat alam cyber pun ..

    ReplyDelete
  26. salam Abe Din,
    Tindakkan anggota VAT 69 itu adalah untuk pengenalan identiti..ini biasa dilakukan didalam rondaan hutan..bila diminta mengenalkan identiti serta kata2 kunci..jawapan hendaklah tepat..tapi bila ditanya "siapa?...jawapannya "saya"...hehehe..pastilah orang...bukannya beruang...!!

    ReplyDelete
  27. Salam Sdr. Brahim.

    Salah satu cara bagi saya menyatakan penghargaan saya kepada semua pengunjung dan pengomen n3 saya ialah dengan berusaha menjawab dan melayan semua komen.

    Bagi saya itulah caranya untuk berterima kasih di atas kritikan dan pujian dari pengunjung.

    Itu adalah cara saya.

    ReplyDelete
  28. W'salam pacoksiku

    Betul rancangan diNTV9 hari di atas Kapal KD Pahang. Memang itu adalah Along. Pakdin pun diberitahu hanya sehari sebelum rancangan itu.

    Kenal di alam cyber pun tetap seorang sahabat bukan?

    ReplyDelete
  29. W'salam Induk Yati.

    Abe Din salah bahasa mencabar kot? itu sebab jawapannya "saya".

    Abe Din tak biasa sangat dengan bahasa cabaran ni. Tapi tak apalah asalkan bukan binatang buas, oklah tu.

    ReplyDelete
  30. Waa hebat la kalau gitu.

    ReplyDelete
  31. Anon.

    Hebat? Masing-masing jadi beruang lepas itu!

    ReplyDelete
  32. Saya salute dengan pasukan 69 komando.... :)
    Bapa saya bekas anggota 69 komando.

    ReplyDelete
  33. I was told by numerous payday direct mortgage
    loan professionals that there's no way to refinance and that I had greater just approach on marketing simply because my situation was so terrible. A quick online cash loans won’t even support in any way. Needless to say my personal hope was operating out, speedy.

    ReplyDelete
  34. This is the perfect webpage for anyone who hopes to find out about this topic.
    You understand so much its almost tough to argue with you (not that I actually would want to…HaHa).
    You definitely put a fresh spin on a topic which has been discussed for
    a long time. Excellent stuff, just excellent!

    Here is my page - plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  35. Hi! I could have sworn I've been to this web site before but
    after browsing through many plenty of fish dating site of free dating the posts I realized it's new to me.
    Anyhow, I'm definitely delighted I stumbled upon it and I'll be bookmarking it and checking back frequently!

    ReplyDelete
  36. This paragraph is in fact a fastidious one it
    helps new the web visitors, who are wishing in favor plenty of fish dating site of free dating blogging.

    ReplyDelete
  37. Hi there to every one, since I am truly keen of reading this website's post to
    be updated on a regular basis. It includes good data.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa