Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 28, 2009

Melayu Dan Ilmu Hitam

Saya mohon maaf kepada semua pengunjung kerana agak lama tidak update blog disebabkan masalah streamyx pada mulanya dan di akhir-akhir ini saya kesibukan pula dengan Raya dan ziarah. Di entry ini saya suka untuk ceritakan sedikit apa yang berlaku kepada keluarga kami akibat dari Ilmu Hitam (sihir).

Rumah orang tua saya adalah jenis rumah yang bertiang setinggi empat kaki. Pada suatu masa tiang yang menungkat salah satu palang yang menampu lantai reput dan adik saya masuk ke bawah rumah untuk menukarnya. Belum pun sempat siap dia telah keluar dengan menggaru-garu badannya yang berbintat-bintat sebesar hujung jari kelingking. Akhirnya saya pula masuk ke bawah rumah menyiapkan apa yang ditinggalkan.

Yang anihnya saya ok saja sehingga siap apa yang saya kerjakan. Tidak terkena apa-apa masalah gatal dan sebagainya. Sejak hari itu hanya saya sahaja yang boleh masuk ke bawah rumah bila ada apa-apa masalah yang perlu diselesaikan. Kalau orang lain yang masuk, sama ada abang atau adik saya memang akan kena penyakit gatal dan bengkak-bengkak. Begitulah keadaannya berterusan sehinggalah saya kahwin dan pindah ke rumah sendiri.

Pada masa yang lain pula, saya tergerak hati untuk masuk ke bawah rumah, di bawah bilik emak. Saya nampak ada satu bungkusan kecil di atas kayu palang penyokong lantai. Saya ambil dan saya buka. Saya dapati bungkusan kecil itu mengandungi satu jenis kulit yang dilakarkan/wajahkan manusia dan bersama kulit itu ada debu hitam. Saya ambil dan buangkan ke Sungai Kelantan. Apa yang saya percaya manusia ini cuba mengenakan arwah emak. Tapi alhamdulillah, tidak memberi apa-apa kesan kepada arwah. Apa yang saya tahu, kulit itu mungkin kulit binatang haram dan debu hitam itu adalah serbuk besi dari bekas nasi Sami di Kuil Siam.

Selepas itu pula, berselang beberapa bulan saya ternampak satu botol kecil yang saiznya sebesar botol Minyak Atar yang berisi sejenis cecair berwarna merah seakan darah terapung di dalam kolah mandian dan basuhan yang selalu digunakan oleh arwah di dalam bilik bersebelahan dengan bilik tidur arwah. Saya percaya itu adalah Minyak Dagu. Saya ambil dan letakkan di atas pagar kerana berhajat nak buang ke sungai kemudian. Selepas hari itu saya terlupa untuk membuangnya.

Selang beberapa minggu saya menemui botol yang sama berada di atas palang dinding di dalam rumah. Anih, botol yang saya letakkan di pagar luar rumah boleh bergerak sendiri dan berada di dalam rumah. Saya ambil dan terus
buang ke sungai. Setakat itu semua perkara tadi tidak memberikan kesan.

Memang saya tahu ada manusia yang dengkikan kami kerana keluarga kami agak senang sedikit darinya. Dia bukan orang lain. Saudara terdekat juga yang sebelumnya selalu dibantu oleh arwah sehingga garam dan gula tidak ada pun, arwah yang bantu.

Kemudiannya saya dapat tahu yang saya disantau pun adalah kerana dendam tak tertunai. Kononnya sayalah yang menjadi penghalangnya dengan apa yang saya amalkan secara istiqamah. Selepas disantau pun Allah masih memanjangkan hayat saya sehingga kini. Alhamdulillah.

Mungkin jarang manusia sedar yang sihir dan ilmu hitam membawa kepada Syirik!

21 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah,
    Saudara Mountdweller tidak dilanda musibah yang teruk.
    Ada baiknya amalan saudara itu dapat dikongsi bersama.
    Mudah-mudahan dapat manfaat kepada semua insya'Allah.

    ReplyDelete
  2. salam Syawal Abe Din,
    Santau,sihir, ilmu hitam..mainan bangsa Melayu kita dulu...mana yang tak beriman dan punyai iktikad yg kuat kpd Tuhan,mudah hanyut.

    Pengalaman saya dlm ilmu hitam nie, anak jagaan isteri saya,sering mengalami gatal2 badan..saya ingatkan sebab penyakit kulit..setelah ibu mereka beritahu mereka sekeluarga di sihir satu famili..5 beranak yg kena..kecuali anak yg kecil 4 bulan.

    Sihir dihantar melalui makanan. Geram saya mendengarnya..dek kesian kat budak 2 org tu..saya mandikan..bacalah sikit apa yg diajar oleh guru saya..

    Kita berusaha,Allah jua yg memberikan keputusannya..

    ReplyDelete
  3. Salam sdr. CCEO PulakDah

    Sememangnya saya cukup bersyukur dilindungi dan dipanjangkan umur oleh Allah yang Maha Berkuasa.

    Saya amalkan salawat tafrijiah dan zikir "Zat".

    Kalau sdr. ingin amalkan Salawat Tafrijiah, Sdr. boleh klik lebel "agama" di bawah gambar misai kucing. Tetapi amalan zikir Zat mestilah berguru.

    Maaf, saya tidak sifatkan diri saya "guru" dan rasanya amat jauh dari "Mursyid"

    ReplyDelete
  4. W'salam Induk Yati.

    Inilah satu perbuatan yang amat dikesalkan berlegar di persekitaran masyarakat Melayu. Islam pada kata-kata tetapi perbuatannya tidak.

    Mujur dan syukur induk yati dengan izin Allah berjaya pulihkan kanak-kanak itu. Kalau tidak berapa lama akan merana agaknya. Apalah kesalahan seorang kanak-kanak dizalimi begitu. Kalau pun marahkan orang tuanya, takkanlah tidak kesihankan kepada kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa pun.

    Memanglah manusia kadang-kadang melebihi syaitan.

    ReplyDelete
  5. org yg percaya adanya Tuhan tapi dalam masa yang sama percaya yang dia kena minta bantuan dari makhluk lain memang selalunya akan memilih ilmu hitam/sihir untuk mencapai hajat di hati, dan kebiasaannya hajat itu yang buruk2 saja. sampai bila mereka nak mempertahankan pendapat mereka? nanti kelak akan menyesal jugak... wait and see

    ReplyDelete
  6. salam pakdin,
    bila sebut pasal santau, teringat aku sorang kwn.
    aku ingat lg susuk badan yg sasa hanya tinggal rangka dan akhirnya meninggal. derita bertahun2 tu yg tak sanggup nk tengok. hanya pasal kereta power..

    ReplyDelete
  7. Salam ayahda,memang Amalan Ilmu hitam adalah syirik yang nyata,tapi secara tidak sedar ada juga amalan sebegini yang diamalkan oleh beberapa pengamal silat.
    Saya teringat satu amalan ahli silat.
    "Azlatallazi wamastaala Qulubihim haqta"
    Bacaan ini tidak salah kah?
    Apa maknanya,adakah petikan ayat al-Qur'an atau dari mana..

    Mohon penjelasan ayahda.

    ReplyDelete
  8. Pakdin,

    Membaca entry Pakdin satu kepuasan kepada saya. Bab ilmu hitam dan santau ni, saya tak penah lalui, tapi saya ambil iktibar daripada kisah Pakdin.

    Pakdin tiada musuh dan gemar membantu orang, pun boleh dijadikan sasaran santau, ada baiknya saya berhati-hati dan sediakan pendinding.

    Saya yakin Allah berkuasa ke atas segalanya, tetapi usaha kita juga yang menentukan kejayaannya.

    Moga kita dijauhkan daripada sifat dengki khianat dan busuk hati, dan berdoalah kita tidak dijadikan sasaran ilmu hitam yang sudah pasti salah di sisi agama.

    ReplyDelete
  9. Salam uncle

    Manusia yang akal fikirannya dikuasai syaitan sajalah yang sanggup menggunakan ilmu sihir ini.

    Moga kita semua dilindungi dari segala musibah dan mainan syaitan.

    ReplyDelete
  10. Salam..
    Santau menjadi alat syaitan menyesatkan manusia dan memecah belahkan persaudaraan sesama Islam. Sebelum ni abang dan kakak saya meninggal dunia kerana permainan santau oleh manusia bertopeng syaitan ni.Alhamdulillah sekarang saya lebih mengenal apa itu santau melalui rakan perawat dan suami yang mengamalkan rawatan doa (mcm Darul Syifa).
    Segala ilmu hitam amalan syaitan akan terhapus jika kita ikhlas mengamalkan zikir dan doa khusus kepada Allah..insyaAllah.

    ReplyDelete
  11. Mak Su.

    Perangai buruk manusia yang menurut nafsu yang dikuasai Syaitan akan berbuat apa saja untuk melunaskan dendam atau dengki. Mereka sudah syirik dan sentiasa di dalam kerugian dunia dan akhirat.

    Allah Maha Adil dan tunggulah masanya menerima pembalasan.

    ReplyDelete
  12. W'salam aku

    Itulah manusia, bila diperkudakan Syaitan jahat dan zalimnya melebihi dari Syaitan. Maka bertepuk soraklah sekelian Syaitan dan Iblis.

    ReplyDelete
  13. W'salam ijoks2009

    Ayahanda sudah emailkan ke yahoo mail anakanda.

    ReplyDelete
  14. Sdr. Brahim

    Penangkis Ilmu Hitam/Sihir hanyalah dengan mengamalkan zikir dan Selawat dan bergantung dan berlindunglah dengan kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa.

    Yang Hitam akan tetap kalah dengan yang Putih.

    Salah satu dosa besar adalah sihir dan tenung nasib. Kalau percaya kepada yang selain dari Allah yang berkuasa maka sudah menjadi syirik.

    ReplyDelete
  15. W'salam rashid

    Ingatlah Syaitan dan Iblis sentiasa mengintai peluang untuk merusakkan akidah dan silaturrahim anak adam. Berlindunglah di bawah kekuasaan Allah dengan sentiasa mengingatiNya.

    ReplyDelete
  16. W'salam shaniza

    Salam takziah dari saya. Semoga Roh abang dan kakak dicucuri rahmat Allah. Manusia begini adalah syaitan yang bersifat manusia.

    Alhamdulillah shaniza menemui jalan yang diredhai Allah melindungi diri. Teruskanlah beristiqamah.

    ReplyDelete
  17. Salam,email yahoo saya sudah lama x aktif,boleh tak ayahda hantarkan ke

    ijoks2009@gmail.com

    ReplyDelete
  18. ijoks2009.

    Insya Allah ayahanda akan pakai gmail nanti.

    ReplyDelete
  19. salam tuan rumah...

    saya antara sukar percaya benda2 mcm nih, walo pernah dikata terkena ilmu2 sihir...

    oh ya, kita juga mungkin berkongsi bulan yg sama !!

    ReplyDelete
  20. W'salam sdr. biRu

    Satu pendirian yang baik sebenarnya. Saudara pastinya tidak akan mudah menuduh angkara si polan dan polan.

    Saya pun dulu berpendirian begitu sehinggalah Doktor gagal mengesan penyakit saya setelah beberapa ujian dilakukan dan gagal menyembuhkan. Tapi bila saya pergi bertemu ahli tasauf dan tarekat, penyakit saya berjaya disembuhkan dengan izin Allah.

    Saya percaya dengan ayat alqur'an yang menyatakan kerja Syaitan dan Iblis tidak lain dari merusakkan iman dan persaudaraan manusia. Jadi mereka mengambil kesempatan ke atas manusia-manusia yang kurang iman dan berhati busuk.

    Wallahu aklam.

    Ooo.. saudara berkungsi bulan yang sama dengan saya. Mungkin kita ada persamaan di dalam pendirian terhadap perkara-perkara tertentu.

    ReplyDelete
  21. I am regular visitor, how are you everybody? This paragraph
    posted at this plenty of fish dating site of free dating is actually pleasant.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa