Sehingga lampu jalan di pinggir bandar pun tidak dinyalakan kerana kononnya berjimat sebab kerajaan negeri tidak ada duit. Sepanjang jalan di luar bandar

Walau bagaimana pun adakah berita "lebih ramai" ini benar? Ada kemungkinan hanya Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan seorang sahaja yang akan masuk UMNO dan berubah menjadi 'Katak?" Berita diperbesarkan serta ditokok tambah. Menipu dan berbohong adalah perkara biasa bagi UMNO. Bagi mereka tidak ada apa yang nak diaibkan!
TAWAU, 27 Jun (Bernama) -- Lebih ramai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dijangka meninggalkan parti itu dan menyertai Umno.
Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Tawau Eddy Berham Ruslan yang bertindak keluar dari parti pembangkang tersebut.
Bercakap kepada Bernama di sinii, Tawfiq yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah menyifatkan tindakan Eddy Berham keluar dari PKR dan menyertai Umno sebagai suatu yang memeranjatkan.
"Saya terkejut tiba-tiba dia hendak menyerahkan borang keahliannya menyertai Umno kerana tidak ada ura-ura dia akan berbuat demikian," katanya.
Pada Sabtu, ketika mengumumkan keputusan keluar PKR dan mahu menyertai Umno, Eddy Berham berkata tindakannya tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
Sebaliknya kata beliau, keputusan dibuat selepas mendapati PKR memperjuangkan perkara yang sememangnya diperjuangkan Umno selama ini.
-- BERNAMA
salam pak din, link blog cpj sudah ok, sudi kiranya pak din letakkan link blog cpj pada blog pak din.terima kasih.
ReplyDeletecikgupj
ReplyDeletePak Din dah tunaikan hajat cikgupj. Semoga berjaya.