Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 5, 2010

Streamyx Gila, Kakitangan TM Bengong!

Maafkan saya kerana tidak dapat update blog dan jawab komen. Gara-gara streamyx buat gila babi dan kakitangan TM yang sepatutnya bertanggung jawab buat sial. Agak sudah setengah bulan streamyx buat hal. Sudah lima enam kali buat panggilan ke no 100 namun janji dan no. report saja yang ada. Talian masih tidak ada.

Teknisyen TM entah ke mana. Mungkin semua yang ada KB sudah meninggal kerana tersangkut telor di tiang telefon kot? Saya pun tak faham kenapa selepas 1 Malaysia, semua manusia yang ada kaitan dengan kerajaan sudah gila dan tak mahu laksanakan tanggung jawab. Agaknya 1 Malaysia boleh membawa mereka ke Syurga kot?

Ini Pak Din pinjam Along punya Laptop, nak jeguk blog sesudah 2 minggu tak dapat login.

Sekarang Pak Din di Sabah dan akan berada di sini sehingga 10 Jun 2010. Esok akan ke Kundasang dan tadi di Karambunai.

Maaf semua. Jumpa lagi selepas 10 Jun.

Salam dari Sabah!

17 comments:

  1. Salam Tuan Mountdweller, dulu sya mengalami masalah yang sama, kita jangan report kepada balaci ni buang masa je report terus dekat sini:-

    - RAHIM BAIN -
    Govt. Liaison & Industry Affairs
    Group Regulatory, Legal & Compliance
    Telekom Malaysia Berhad (128740-P)
    Office: 03 2240 7007 : Hp: 013 342 3971
    Email: arahimb@tm.com.my

    ReplyDelete
  2. Salam Pakdin. Keras tajuk pak din kali nie. Kesian dekat staf2 TM yg buat kerja dengan penuh dedikasi. Dan tak semua staff TM sokong gagasan 1malaysia by umno.

    Pakdin call je customer service tu, then pakdin maki je service telekom. Pakdin cakap, selagi technician tak sampai, pakdin taknak letak telephone. Staff2 dekat customer service tu tak boleh letak phone selagi pakdin tak putuskan perbualan.(semua tu dirakam, klau dah terlampau lama sangat rakaman, staf telekom yg berpangkat atas akan take over panggilan.) :)

    ReplyDelete
  3. Orang yang di bayar gaji tetapi tidak menjalakan kerja dengan sempurna di kira tidak amanah. Mereka pun akan di tanya di masyar!!!

    ReplyDelete
  4. ...kalau boleh settle masalah streamyx tempoh seminggu kira tu dah hebat ler.. Saya dulu terus pergi pejabat telekom tukar sendiri modem sebab tak tahan menunggu.

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Saya pun mengalami masalah yang sama.
    Report punya report tetap camtu jugak! Bayar tiap-tiap bulan tapi servis camni lah pulak. Sabor aje lah......

    ReplyDelete
  6. W'salam sdr. ZAMAN

    Terima kasih banyak di atas info saudara. Insya Allah saya akan usahakan bila balik KB nanti

    ReplyDelete
  7. W'salam alang

    Pak Din akui tajuk yang agak keras. Tapi tajuk itulah bayangan kekecewaan dan kemarahan Pak Din.

    Pak Din juga pasti yang Kakitangan TM yang dedikasi tidak akan marah sebab Pak Din bukan tujukan kepada mereka yang bekerja kerana Allah.

    Pak Din nak tengok, bila Pak Din nanti kalau line masih gitu juga, siap!

    ReplyDelete
  8. Anonymous

    Saja mereka nak menyiksa pengguna ke apa?

    ReplyDelete
  9. Anonymous

    Ini masalah besar orang kita. Kalau bercakap hal agama berbuih mulut. Tapi dari segi perlaksanaan dan keihklasan, habuk pun tarak!

    Betul kata sdr. Tunggulah di Mahsyar nanti.

    ReplyDelete
  10. W'salam sdri roha.

    Kita ni manusia, sabar tu ada juga hadnya.

    ReplyDelete
  11. Salam semua.

    Petang ni pun jawab komen dengan merembat Laptop kawan Along.

    Insya Allah jumpa lagi esok kalau masa mengizinkan.

    ReplyDelete
  12. kecik hati saya sebagai pekerja TM.

    ReplyDelete
  13. salam uncle.. sy TM staf... hahaa

    tpi saya TM staf yang baik... hehehe

    tapi bukan TM KB... lagi la hahaha

    TM staf banyak penyokong PAS.. betul tak uncle...

    ReplyDelete
  14. Rasa geram dan kecewa pak din macam orang kampung tak dapat sambal belacan@budu@cencaluk!...sabar pak din, tentu ada yang tak kena di mana2 tu...

    ReplyDelete
  15. Anonymous

    Maafkan Pak Din. Pak Din sebenarnya tidak bermaksud tujukan kepada pekerja yang berdedikasi, bertanggung jawab dan ikhlas bekerja kerana Allah. Tetapi yang abaikan tanggung jawab dan lupakan keikhlasan.

    ReplyDelete
  16. baginda®

    baginda terkecuali 100% dari amarah uncle

    ReplyDelete
  17. cikgupj

    Memang ada persamaannya sebab Pak Din bergantung berita daripada blog. Pak Din tak beli Surat Khabar. Begitu juga bayaran semua Bill Pak Din bergantung kepada online.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa