Tuesday, October 19, 2010

Lagi Kerja Tak Ada Guna (Bagi setengah orang)

Awal pagi tadi jam 2.45 pagi Pak Din bersama rakan Wartawan itu pergi ke Sungai Belemak di kampung berhampiran tempat Pak Din. Sungai ini dikatakan keras dan berpuaka.

Bagi sesetengah orang ini adalah kerja sia-sia yang tidak mendatangkan satu faedah pun. Tetapi bagi Pak Din ini adalah satu usaha penerokaan alam yang satu lagi ciptaan Allah. Bukan Allah juga yang menyarankan supaya kita menerokai dan memahami segala kejadianNya?

Tapi Pak Din dan rakan tetap hampa untuk merakam gambar yang berwajah dan memang menarik dari segi seni fotografi alam ghaib.

Apa yang Pak Din dapat hanyalah gambar-gambar yang biasa dilihat. 'Orbs'

Orbs memang banyak


Yang kat bawah ni pelik sikit. Terang dan bercahaya



Yang di bawah ini pun bercahaya dan terang


Pak Din panggil dekati Pak Din untuk bergambar. Rupanya menjadi

Di bawah ini adalah orbs yang berada di atas sebelah kiri Pak Din

Dan yang ini pula adalah lembaga yang berada di belakang Pak Din

Itulah saja hasil Pak Din merayau sehingga jam 4.00 pagi tadi

19 comments:

mr edz said...

diorang dah kenal pak din kot.. lagi lagi muka dia ni.. malas nak menyakat.. silap hari bulan menyakat kena pelempang pak din hahahaha

melur said...

Pak Din, jangan masuk banyak-banyak gambar orbs ni,

Anak-anak saya takut...he he

Mereka nak tengok gambar Ginger and da gang banyak-banyak kat sini...

Mak Su said...

pakdin percayakah ada orang boleh lihat orbs directly tanpa bantuan kamera?

mamakmuda said...

Salam..P/Din.. N3 yg cukup mnarik minat hamba.. kalo dpt lg yg lbh hebat P/Din!! hamba salute arr.. Agk ngeri lmbaga d blakang tu... biarpon agk kabor...

Yong said...

Yong akan ke kelantan dan trenggannu sekitar disember. Agak2 boleh jumpa? Yong dan budak2 nak pergi tangkap imej jugak. Yong serius ni.

Anonymous said...

Salam uncle..
rindunya..
sy dah kembali..alhamdulillah..kekuatan yang dicari dah ditemui..
rindu nak berblog kembali..

azza_irah said...

Salam uncle..
rindunya..
sy dah kembali..alhamdulillah..kekuatan yang dicari dah ditemui..
rindu nak berblog kembali..

Pakwe Tiz Zaqyah said...

nate gapo orbs??

pakai kamera apa ni???spesial punya ke??? nk gak try

mountdweller said...

mr edz

Walau pun dikatakan kenal, Syaitan dan Iblis banyak tipu helahnya. Kenalah berwaspada.

mountdweller said...

melur

Sekarang ni bukanya Pak Din tak nak muatkan gambar mereka tetapi Pak Din fikir ada baiknya juga mencuba dan melihat nasihat dari Anak Lelaki blogger Murai Senja yang bertandang baru-baru ini supaya jangan ambil gambar Rabbit sebab kemungkinan besar akan mati. Walau pun dia budak tetapi nak tengok dan ikut nasihatnya taklah salah.

Nanti datanglah tengok puas-puas. Anak-anak ginger dan baby sedang membesar. Memang cute!

mountdweller said...

Mak Su

Saya percaya. Sebab kelebihan Allah kurniakan kepada manusia dan Jin ada lebih dan ada yang kurang. Tidak semuanya sama.

mountdweller said...

mamakmuda

Terima kasih. Gambar yang terbaik bagi Pak Din ialah gambar Hantu Paya.

boleh tengok di sini http://mountdweller.blogspot.com/2009/11/yang-ni-kurang-pasti.html

mountdweller said...

Yong

Tak ada masalah. Yong boleh call atau msg Pak Din melalui no. 019 9391355.

mountdweller said...

W'salam azza

Uncle agak kerinduan juga kerana sudah ramai geng blogger lama telah menghilangkan diri seperti erisya dan sakura.

Uncle berharap Azza serta suami dan semua rakan bloggers dalam keadaan ceria dan sihat.

mountdweller said...

Pakwe Tiz Zaqyah

Orbs adalah dari perkataan Inggeris. Kalau melayu dipanggil 'Semangat' kot?

'Orbs are believed (by many) to be ghosts in the form of balls of light. They are life forms that travel in groups and are believed to be the human soul or life force of those that once inhabited a physical body here on earth'

Kamera digital jenis apa pun boleh tetapi mempunyai 5MP ke atas.

Anonymous said...

Salam Pak Din..

Saya tgh confius nie..hehe..nie gambar isteri saya(bertudung purple) semasa berada di Kem Ulu Sepri,negeri Sembilan (kem BTN)..masalahnya,yang kat belakang tue,pantulan kamera ker..atau MAKHLUK tue..?kepada yang pakar,boleh laa komen2 sket..

Regards
mhaneffs

Anonymous said...

Salam Pak Din..

Saya tgh confius nie..nie gambar isteri saya semasa berada di Kem BTN ulu sepri negeri sembilan..

perhatikan gambarnya di sini :

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs192.snc1/6449_1148131994856_1574263925_360684_6971652_n.jpg

kepada yang pakar2 tentang camera nie,boleh laa komen sket yang kat belakang tue,pantulan ker atau memang MAKHLUK TUE..?

mountdweller said...

W'salam Anonymous (mhaneffs)

Dari apa yang Pak Din nampak imej itu adalah pantulan dari imej yang berbaju merah bertudung puteh yang berada di hadapan yang berbaju belang.

Tapi walau apa pun Pak Din bukanlah pakar di dalam photography. Jadi Pak Din akan publish di blog ini untuk komen oleh yang pakar.

mountdweller said...

Salam dari Pak Din

Pak Din ucapkan terima kasih kepada 'denai semantan', 'karlos69' dan 'Asmulia'di atas kunjungan dan menjadi follower blog ini.