Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 17, 2010

Logikkah?

Bagaimana Nak Buktikan Di Mahkamah?


Lima syarat penentu jenayah sihir



KUALA LUMPUR – Perbuatan sihir boleh dianggap perlakuan jenayah jika turut dilengkapi lima syarat.

Kelima-limanya ialah peralatan yang digunakan, pelaku, perbuatan dan niat seseorang penjenayah sihir berkenaan.

Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Islam Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail (gambar) berkata, elemen-elemen itu sama seperti yang terdapat pada perbuatan jenayah bukan sihir.

Jika kelima-limanya saling melengkapi ia boleh dijadikan rujukan utama dalam menguatkuasakan Akta Sihir, katanya.

“Dalam jenayah biasa, peralatan bermaksud alat yang digunakan untuk melaksanakan niat jahat seperti pistol, parang atau objek lain.

“Dalam pelaksanaan sihir pula alatnya ialah makhluk halus terdiri daripada jin, syaitan dan iblis yang menjadi ‘peluru’ yang ditembak ke arah mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

4 comments:

  1. Salam Pak Din,
    sebab tak lojik lah , mahkamah menolak kes atau hujah berdasarkan kena sihir, kena santau, kena buatan orang dsbg. Tangkap bomoh atau pelakunya mungkin boleh, nak tangkap jin syaitan tu yang masalah. Boleh ka?Atau Pak Din ada cara-cara penyelesaiannya?

    Setahu saya, Pak Din pun bukan calang-calang orang dalam hal ini.

    ReplyDelete
  2. Pehhh, pasni ramai la tok bomoh/ustaz leh jadi Peguam untuk bela & dakwa jin kena tuduh (JKT)? Pihak kena tuduh iaitu jin-jin pun perlu diberi pembicaraan yang adil, kan Pak Din?

    Wah! Nak namakan mahkamah apa pulak tu? Kita dah ada Mahkamah Majistret, Syariah, Mahakamh Ti, Rayuan, & Persekutuan. Mungkin leh buh nama Mahkamah Alam Ghaib kot?

    hehe

    ReplyDelete
  3. melur

    Masuk Mahkamah dengan aturcara Mahkamah memang mustahil. Kalau pun dapat tangkap Jin yang lakukan pun bukannya boleh harap. Jin banyak putar belit dan tipu dayanya.

    Sihir hanya boleh dilawan oleh mistik iaitu Ahli Tasauf dan Tarekat. Dengan golongan ini Jin dan Iblis akan terkulai.

    ReplyDelete
  4. Hanz

    Yang pasti akan wujud banyak jawatan kosong yang berkaitan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa