Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 6, 2011

'Bersih' Pertubuhan Atau Apa?

Bersih Masih Pertubuhan Haram Walaupun Selepas Menghadap Agong

Bersih masih sebuah pertubuhan haram walaupun selepas pemimpinnya menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memohon kebenaran mengadakan perhimpunan Sabtu ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram juga berdasarkan nasihat Pejabat Peguam Negara mengikut undang-undang.

Walaupun Bersih dibenarkan mengadakan perhimpunan di stadium, mereka masih perlu mendapatkan permit daripada polis, katanya.

"Biar mereka mohon dulu. Biar polis pertimbangkan permohonan itu. Jadi jika mereka segera memohon, lebih cepat polis memproses (dan membuat keputusan)mengenai masa dan tempatnya," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Pengerusi penganjur perhimpunan 9 Julai itu Datuk S.Ambiga berkata mereka memutuskan perhimpunan itu akan diadakan di dalam sebuah stadium.

Hari ini, Ambiga berkata mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama bagi memastikan perhimpunan itu berjalan dengan aman dan lancar.

Ketika ditanya berhubung kesediaan kerajaan membenarkan mereka mengadakan perhimpunan itu di stadium, Hishammuddin berkata perkara itu adalah berkenaan keselamatan.

Beliau juga berkata keputusan untuk mengadakan perhimpunan di stadium juga sesuatu yang rasional.

"Tetapi jangan pula letak syarat-syarat lain seperti tidak mahu pohon permit, nak pilih stadium dan sebagainya kerana itu kita tak boleh pertimbangkan sekarang kerana ia mesti berdasarkan permohonan mereka," katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan itu supaya melihat apa yang berlaku secara positif kecuali jika mempunyai motif tersembunyi untuk menimbulkan masalah.

"Yang penting sekarang kita perlu melihat masa depan. Bagi mereka yang mengatakan bahawa mereka mahukan pilihan raya yang bebas dan adil perlu membuktikan bahawa mereka bertanggungjawab.

"Sebelum ini mereka berkata mahu menyuarakannya dan kini kita telah memberikan tempat dan peluang di stadium, jadi nasihat saya kepada semua orang, perlu bertanggungjawab dan bekerja dalam lingkungan undang-undang," katanya. - BERNAMA

4 comments:

  1. hadoi...sapela yg undi penyangak jadi pemimpin negara ni....kempen ngan pertubuhan pun x reti nk beza,ni dh jelas agong turun padang nk selesaikan cara baik pun diorng nk tolak tepi gak?demokrasi ke idak mesia ni,ataupun cikgu salah ajar masa skolah dulu? Nk mengaku rakyat mesia pun segan kalo cenggini lagak pm n polis mesia....memalukan...

    ReplyDelete
  2. ada 3 orang bodoh jadi menteri
    1.najib
    2. hishamuddin
    3. rais

    ReplyDelete
  3. nak buat camna dah terang lagi bersuluh puak puak tu sememangnya NGOK.........

    ReplyDelete
  4. Saya amat bangga dan bersyukur saya rakyat Malaysia. Syukur tidak terhingga dan saya juga bersyukur Najib PM saya. Dia dilantik secara SAH oleh rakyat yang nak sangat demokrasi. Tetapi dia juga manusia biasa, tidak sempurna tetapi sedang cuba sedaya upaya untuk kebaikkan negara.

    Buatlah sesuatu, fikirkanlah sesuatu yang baik buat Negara, carilah Pelabur asing melabur dalam Malaysia, tak kiralah di mana supaya rakyat dapat cari sumber pendapatan, semua dapat rezeki.

    Kalau kita bercakap je pun tak guna jika tak beri sumbangan apa apa pada negara. Setakat complain budak sekolah rendah pun boleh.

    Memang malang sekarang ramai yang NGOK. Tak kiralaha APA fahaman politik, yang cerdik DAP.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa