PAS Tolak Sistem Biometrik Kerana Hanya Minat Main Politik - Zambry
IPOH, 27 Julai (Bernama) -- Tindakan PAS menolak penggunaan sistem biometrik seperti dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang menunjukkan pembangkang hanya berminat 'bermain wayang politik' dan perang psikologi bagi memenuhi agenda mereka.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan parti pembangkang itu ibarat permainan catur dengan membuat gerakan satu persatu sebelum melakukan 'check mate' apabila mencapai matlamat mereka.
"Lepas kerajaan sebut benda ini (penggunaan sistem biometrik), dia (pembangkang) nak benda lain pula dan akhirnya tiada kesudahannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di sini pada Rabu.
Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang menolak penggunaan sistem biometrik dicadangkan SPR pada pilihan raya umum akan datang kerana mendakwa sistem itu tidak mampu menghalang seseorang individu mengundi lebih daripada sekali, selain gagal mengatasi beberapa kelemahan sedia ada.
Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata tindakan pembangkang itu adalah pertarungan 'psywar' (perang psikologi) untuk memastikan kemenangan hanya pada mereka dan selepas mendapat apa yang dimahukan, barulah pada waktu itu sistem pilihan raya dianggap 'bersih'.
Penolakan terhadap sistem biometrik itu menunjukkan sikap pembangkang yang akan menolak apa sahaja cadangan atau sistem yang pada anggapan mereka tidak memberi kelebihan, katanya.
"Sebelum ini kita mendengar bagaimana pembangkang melakukan gerakan besar-besaran untuk menambah bilangan pengundi di satu-satu kawasan. Oleh kerana BN turut melakukan usaha yang sama, mereka (pembangkang) timbulkan pula perkara lain untuk cuba dimainkan (dijadikan isu)," katanya.
- BERNAMA
Adoi, yg Bersih dan rakyat tuntut ialah dakwat kekal...ade diorng kata nk biometrik ke? sekarang sape yg minat main wayang politik? Dakwat dh siap beli dh untuk PRU12, tp tak pakai pun so kenapa nk beli sistem yg memakan belanja yg lg besar? ataupun ada niat tersembunyi lain dalam pengenalan sistem ni? almaklum, nk beli scanner untuk pos mengundi seluruh negara bukan sikit, dan rasanya semua orang pun sedia maklum kalau projek kerajaan ni, harga item rm500 pun bley dilipatgandakan menjadi rm2000 (atau lebih, kurang mmg tak mungkin) PER ITEM....so agak2 siapa yang untung dalam hal ni? siapa yang nk mempolitikkan keadaan skang ni?
ReplyDeletesia-sia ada phD
ReplyDeletehangpa jangan tak caya dengan temberang zambri ni woi. bekas MB perak, nizar dulu alem kat dahi ja...tapi zambri mb (haram jadah) ni alem satu badan wooo. Itam dari ataih ke bawah dari bawah ke ataih...!
ReplyDeletewoi zambri...aku bagi cuntoh mudah kat hang la. hang masok kedai mamak lepaih tu hang ode roti canai sama kopi o. yang mai capati dengan melo. hang marah dak...? macam tu jugak la dalam kes ni...bodo betoi hang!!!!