Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 25, 2011

Kali Ini Pula Sape Akan Dapat Juta-Juta

Melengkap dan memodenkan pertahanan negara memang dialu-alukan oleh semua rakyat yang petriotik. Tetapi cara belian dan kontrak mestilah telus supaya peristiwa sebagaimana kaedah belian Kapal Selam tidak berulang.

Kapal Selam, semua pihak rugi. Pihak pertahanan rugi kerana tidak perform dengan baik. Rakyat rugi dan kerajaan juga rugi kecuali pihak yang kaut untung dari komisen yang berjuta-juta.

Kerajaan Timbang Ganti MiG-29N Dengan Eurofighter Typhoon

KOTA TINGGI, 24 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang menimbang untuk menggantikan sepenuhnya pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon buatan empat buah syarikat aeroangkasa Eropah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah pesawat MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu perlu ditukarkan.

Beliau berkata kementeriannya sedang membuat uji nilai jet pejuang Eurofighter Typhoon yang mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih.

"Memang diakui Eurofighter Typhoon, sebuah pesawat tempur yang terbaik namun harganya yang mahal membuatkan kita perlu membuat uji nilai secara terperinci.

Bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan kewangan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Karnival Jom Masuk UMNO anjuran Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Tenggara di sini.

Pada ketika ini, pesawat Typhoon yang berukuran panjang 15.96 meter dan berkemampuan untuk terbang melebihi 60,000 kaki digunakan oleh Tentera Udara Diraja British, Itali, Austria, Sepanyol dan Jerman.

Pesawat yang berkemampuan membawa pelbagai jenis peluru berpandu udara ke udara atau udara ke darat dibina secara kerjasama oleh BAE Systems (Britain), EADS-Military Aircraft (Jerman), Alenia Finnmeccanica (Itali) dan EADS-CASA (Sepanyol).

Menteri Pertahanan itu juga berkata, cadangan pembelian tersebut juga tertakluk kepada tawaran timbal balik yang diberikan oleh syarikat pengeluar seperti pemindahan teknologi dan tempoh bayaran.

"Kita tengok jika dapat tawaran terbaik dari mana-mana negara atau syarikat pengeluar yang boleh beri harga yang munasabah maka kita akan pertimbangkan untuk pembelian MRCA tersebut. Itupun setelah mendapat pengesahan daripada Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan," katanya lagi.

Beliau berkata pihaknya turut membuat uji nilai terhadap jenis pesawat MRCA lain yang berada di pasaran termasuk Sukhoi SU-35 buatan Rusia, FA-18 Super Hornet dari Amerika Syarikat dan JAS Gripen buatan Sweden.

-- BERNAMA

1 comment:

  1. Ayanda..
    Selagi minda orang-orang Melayu yang beku dan yang tak cair-cair selagi itulah puak-puak yang mendapat keuntungan juta-juta ringgit mengalunkan lagu patriotik dengan melebelkan orang ajaran sesatlah..komunislah..penderhakalah..aahhh...macama-macam lah. Dalam ertikata sebenarnya beli peralatan perang baru tetapi baikpulih juta-juta sebagaimana yg dipohon dlm Parlimen.Oh Malaysia tanahair ku....masih tidur dan enak dibuai mimpi walaupun tidur beralaskan tikar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa