Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 16, 2010

Adakah Allah Menggantikan Fluffy Dengan Ini?

Saya yakin sekiranya setiap 'Benda' atau Orang yang disayangi di ambil kembali oleh Yang Maha Penciptanya, dan kita Redha serta Berlapang Dada menerima ketentuanNya itu, maka Allah akan menggantikan dengan benda/perkara yang lebih baik dan lebih bernilai daripada apa yang telah diambilnya.

Alhamdulillah, Isteri telah mendapat tawaran kenaikan pangkat sebagai Manager di Syarikat beliau berkhidmat.

Adik juga dipanggil Interview di Syarikat TOYOTA dengan tawaran gaji yang amat lumayan dari apa yang dia dapat sekarang. Dan sekatat ini Adik dimaklumkan menjadi Calon Favourite.

Pak Din dengan rendah diri mohon Teman-Teman dan Sahabat sama-sama doakan untuk kami sekeluarga. Insya Allah.

16 comments:

  1. salam.
    insyaAllah sama2 kita panjatkan doa.
    namun harus diingat juga, segala pemberian n penolakan dariNya adalah ujian semata2. wallahualam.

    ReplyDelete
  2. allah bersama-sama orang yagn sabar... :) tahniah uncle!

    ingat dapat menantu tadi.. hehe

    ReplyDelete
  3. W'salam ku2

    Terima kasih dan setakat ini Pak Din selalu ingat tentang ujian itu.

    ReplyDelete
  4. baginda®

    Terima kasih banyak.

    Itu hanya bakal, menantu hanya Allah yang tahu.

    ReplyDelete
  5. mr edz

    Terima kasih mr edz. Hanya auntie yang seakan pasti. Adik belum confirm lagi.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Ayahanda..., benar telahan ayahanda. rezeki datang menggantikan yg luka. Semuanya berkat kasih sayang. =) Syukur dan tahniah buat Auntie, Adik dan Ayahanda juga!

    ReplyDelete
  7. Anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Terima kasih banyak di atas doa buat kami.

    ReplyDelete
  8. Anakanda Galuh

    Terima kasih dan ayahanda juga doakan anakanda agar bahagia selalu dan berjaya di dalam hidup.

    Sesungguhnya kami amat sayangkan Fluffy.

    ReplyDelete
  9. Salam Tuan,
    Alhamdulillah dan tahniah kepada auntie ...
    Untuk adik,InsyaALLAH,kalau ada rezeki, ada la.
    Dapat pun alhamdulillah, tak dapat pun alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. W'salam melur

    Tak payahlah bertuan-tuan. Tak selesa membacanya. Panggil saja Pak Din ke, Pak Cik ke, uncle ke rasanya lebih selesa dengan umur dan kedudukan. Lagi pun saya dah bersara.

    Terima kasih melur sudi melapangkan perasaan kami. Memang rezeki di tangan Allah. Bergantunglah kepada takdirNya.

    Bersyukur tetap kena bersyukur walau apa pun hasilnya.

    ReplyDelete
  11. Salam Pak Din,

    Terimakasih kerana membenarkan saya memanggil dengan panggilan kesukaan tuan punya badan. Saya tidak berani memanggil orang dengan sembarangan panggilan, kot - kot tuan punya badan tak suka. Sementelah lagi saya baru berblog. Banyak sangat saya tak tahu dan tak faham tata cara berblog ini.

    Tengok pembaca yang memberi komen pun memanggil Pak Din dengan berbagai gelaran. Itu yang saya lagi ragu - ragu.

    Terimakasih juga kerana sudi melayan komen - komen saya yang entah apa - apa. Sudah 2 tahun lebih saya menjadi silent reader mountdweller.

    ReplyDelete
  12. rezeki setelah diuji...alhamdunillah..Allah memberikan y lebeh baik utk keluarga anda :D

    ReplyDelete
  13. Nadia

    Terima kasih kerana bertandang dan terima kasih di atas doa Nadia

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa