Inillah yang buat aku jadi bingung ni.......!
Awang Adek: Dinar untuk disimpan bukan diniaga
Kerajaan pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.
"Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu juga nilai harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada fakir miskin di Dewan Haji Hussin, Perupuk di Bachok, hari ini.
Seramai 1,000 fakir miskin di kawasan dewan undangan negeri Perupuk masing-masing menerima wang zakat sebanyak RM70 sumbangan institusi kewangan kerajaan termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN), UDA Holding Sdn.Bhd dan Bank Rakyat.
Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan dinar dan dirham itu sebagai transaksi yang akan digunakan lebih 100 peniaga termasuk sebagai gaji kepada kakitangan kerajaan Kelantan.
Beliau mencabar kerajaan negeri agar menunjukkan bukti jumlah penggunaan dalam tempoh empat bulan akan datang jika benar dakwaan ia mendapat sambutan daripada pelbagai pihak selepas diperkenalkan.
"Saya tidak fikir penggunaannya melebihi RM1 bilion dalam tempoh berkenaan," katanya.
- Bernama
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteAwang Takda Adek ni.. bukannya tak faham, tapi sengaja membangangkan diri demi politik...
Jenis puak2 takda maruah dan harga diri macam tulah gayanya, hidup bertuhankan RM...
asalamulikum ayahnda:
ReplyDeleteselama ni memang duit kertas tak pernah di tipu tak caya tanya zetty aftar aziz
wakaka wakaka
70 ringgit nak raya apa orang kelantan..(perupuk) menjadikan jiwa miskin..ceh...tau ambik tak tau bagi
jangan dilayan sangat adek-adek kita ni.. bukan ada orang pilih pun .jawatan yang ada pun jalan belakang ( tang di boleh pulak )
W'salam anakanda Isa
ReplyDeleteItulah uncle dengar si Awang ni dulu cukup cerdik dan bijak. Tapi bila masuk politik dan jadi menteri dah jadi bangang dan baghal pula!
Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteTak maluke seorang Menteri cakap ikut sedap mulut tanpa pakai otak!