Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 9, 2010

Jenguk-Jenguklah Ke bawah Wahai ADUN

Di kedai kopi tempat selalu saya minum, sarapan pagi dan lepak.

"Keadaan kita ni sama jer kan?" Tiba-tiba Pak Mat bersuara.


"Sama apa?" Tanya saya.

"Dulu semasa Dato' Rastom jadi ADUN kita, dia jarang turun padang. Tapi kalau minta apa-apa senang dapat. Sekarang Dato' Takiyuddin jadi ADUN pun tak turun jengok juga. Nak minta apa-apa pun susah" Jawab Pak Mat.

"Uumm... nasib baik juga dulu bila minta jalan atau turap tar Dato' Rastom usahakan. Dan apa yang kita ada sekarang di kampung ini adalah dari tangan dan air liur Dato' Rastom" Sampuk Mail.

"Jadi ADUN selepas itu hanyalah panggil jer lembu dan berak untuk tutup lubang jalan yang rosak atau berlubang!" Sambung Mail sambil ketawa.

Saya terdiam. Memang itulah hakikatnya. Sedangkan nampaknya Datuk Fatmi Salleh sebagai Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu lebih terkehadapan daripada ADUN sekarang dari segi aktiviti kebajikan masyarakat kampung. Dia juga sering turut turun padang bersama pada kebanyakan aktiviti yang UMNO anjurkan.

Pada saya, saya tak tahu nak komen apa....

2 comments:

  1. private message :


    salam pakdin. selamat berpuasa,
    asrol dah bincang dengan isa, kita nak lancarkan tabung derma khas untuk semua rakyat malaysia, kita boleh start di bulan ramadhan,

    kami nak lantik pak din sebagai pemegang amanah, duit,hal kewangan.

    bukan, apa cuma kesian tengok kawan2 seperjuangan dan rakyat yang tak terbela,terlepas pandang oleh BN dan juga BN

    harap pakdin pertimbangkan,
    pakdin jadi bendahari,jaga duit derma.

    untuk derma ramadhan, kita boleh cari org miskin,anak yatim,bagi derma.

    kira ini satu projek kita, blogger pro rakyat.

    nanti duit derma akan terus dimasukkan ke akaun bank (better maybank) pak din.

    asrol dah setup 1 blog khas di http://tabungrakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. W'salam asrol

    Pada dasarnya setuju. Tapi kita boleh bincang lagi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa