KUALA LUMPUR 16 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.
Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.
“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.
“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.
Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.
Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan.
“Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat,” katanya.
Ganti perlembagaan implikasi besar
PUTRAJAYA 16 Ogos – Rakyat negara ini diperingatkan bahawa sebarang cadangan untuk menggantikan Perlembagaan Persekutuan boleh membawa padah negatif yang menyusahkan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, ini kerana ia semacam membuka ‘empangan bah sosiopolitik’ yang amat besar dan meluas implikasinya.
Dalam aspek ini, beliau khuatir kepentingan-kepentingan kontrak sosial sedia ada mungkin pecah dan merugikan banyak pihak terutama orang Melayu.
‘‘Sesuatu pindaan perlembagaan negara tidak harus dianggap mudah.
‘‘Cadangan itu juga bercanggah dengan gagasan 1Malaysia yang meletakkan ‘penerimaan’ sebagai salah satu tiangnya.
‘‘Pada masa ini, cadangan itu tidak mungkin lantaran tiadanya kuasa dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat. Lagipun perpecahan Melayu kini di bawah pelbagai badan politik tidak mengharuskan cadangan tersebut.
Apa-apa cadangan meminda perlembagaan dalam masa terdekat akan membawa implikasi berat yang menyukarkan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas pendedahan yang dibuat oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam bahawa sudah ada ‘perlembagaan baru’ dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.
Perkara tersebut didedahkan mufti berkenaan semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh.
Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.
“Saya dimaklumkan sekarang sudah ada perlembagaan baru yang dibuat oleh pihak tertentu.
“Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku Perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu,” katanya.
Dari sumber ini
asalamualikum ayahnda
ReplyDeletekenapa ,sejak akhir2 ini beliau
mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan fitnah ?
jika beliau bukan mufti tidak ada siapa yang nak memperkatakannya
lebih baik beliau menjadi s/b semula
semoga allah mengampunkan kita dan dia
pakcik,
ReplyDeletesaya pelik la dgn mufti sorang ni. kalau ada bukti nape nak sorok2? sejak kita merdeka pun sudah beratus2 pindaan dilakukan keatas perlembagaan negara. kalau dia rasa bukti dia ada tu satu kesalahn serah le pada polis. menyimpan bukti pun satu kesalahan mangkuk oiiii
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam ziarah Uncle.. Sampaikan salam buat Auntie.. Selamat menjalani ibadah berpuasa..
tak payah laa nak rasa pelik dengan org yg mcm ni.. masa dah sampai la tu.. Allah bagi penyakit otak dan hati kat org yg tak memperjuangkan agama di landasan yg betul... mcm ni laa kesudahannya.
ReplyDeleteWa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteDia dah puas buat Ibadat dan Jariah kot?
Atau jiwa jahat SB memang terpahat kejap di sanubarinya!
paloibinmulau
ReplyDeletePada Pak Cik dia ni jenis gila populariti dan penyambung lidah setan!
merbok
ReplyDeleteKenapalah dia ni lumurkan taik di Kerusi Mufti?
Kalau ada telur untuk berpolitik, Letak saja jawatan. Terjun terus macam Nik Aziz!
Wa alaikumussalam T
ReplyDeleteTentang salam jangan risau, auntie akan baca blog dan kemen boleh dikatakan pada setiap malam.
Raya ni balik Pasir Puteh ke?
Terima kasih kerana sudi bertandang. Uncle doakan T dan Family selamat sentiasa.