Dengan kehendak Allah Fluffy pergi jua meninggalkan kami walau pun telah dibersihkan, diberikan minum susu dan air. Dia menguyah juga sedikit kangkong tetapi enggan memakan pellets yang disuapkan.
Pagi ini memang saya merancang untuk membawanya ke Klinik Haiwan tetapi apakan daya takdir Allah tentukan segala. Kami redha tetapi manusia itu, kami tidak akan ampunkan kerana menyeksa Fluffy. Mencuri masih boleh dimaafkan sekiranya betul-betul sukakan Fluffy dan menjaganya dengan baik.
Fluffy yang manja
Setelah mati
Perkara yang menyiksa jiwa saya ialah bila Adik menangis meraung bagaikan Histeria bila saya comfirm Fluffy mati. Adik merintih bagaimana siksanyanya Fluffy membawa kepada kematiannya.
Yang mengharukan saya ialah bila Adik memberitahu yang sebelum itu (jam 4.00) Fluffy nampak sihat dan keluar ke veranda meninjau keliling, renung kawan-kawannya Bubble dan Ginger. Lepas tu dia merenung Kandang tempat dia tidur dan membesar. Dia tetap di luar sehinggalah Adik keluar mengambilnya. Rupanya dia keluar melihat tempatnya membesar untuk kali yang terakhir. Mengucapkan 'Selamat Tinggal' kepada rakannya Bubble dan Ginger!
Kita manusia memang tidak faham...... Fluffy mati di ribaan Adik. Malah malam ini semalaman Adik tidak tidur kerana meriba Fluffy supaya Fluffy selesa dan rasa selamat untuk tidur.
Selepas Fluffy tidur dan Adik selimutkan dia. Adik pergi makan roti dan di masa itulah Adik mendengar Fluffy semacam menjerit dan Adik dapati bibirnya biru dan badannya lembik. Adik kejutkan saya yang terlelap sekejap. Saya tergegas bangun dan periksa nafas dan fizikal Fluffy.
Ooh Tuhan...... Fluffy dah mati!
Engkau Maha Berkuasa ke atas segala...
Walau pun ada orang kata saya berhati kering tetapi saya patah bila Allah menduga saya hanyalah dengan seekor arnab manja yang bernama Fluffy!

salam uncle..
ReplyDeletereda saje manusia mampu buat... dari allah ia dtg kpd allah ia pergi.. sbg peringatan pd manusia yg idup..
:(
Akupun tumpang sedih dengan kau. Aku hari tu pun hilang arnab aku (thumper) tapi lepas 24 jam ada jiran nampak dia dah jalan jauh. Kucing pun selalu hilang dan tak jumpa.....tapi kalau orang ambik sebab dia nak jaga tak pa jugakla.Bab yang niaya bintang ni yang aku benci sangat.
ReplyDeleteRest In Peace, Fluffy...
ReplyDeleteW'salam baginda®
ReplyDeleteUncle redha dengan ketentuan Allah di atas kematiannya tetapi keredhaan untuk manusia yang menyiksa Fluffy sehingga begitu amat berat bagi uncle memaafkan.
drafunt
ReplyDeleteTerima kasih.
Mencuri dan menjaga dengan baik rasanya ok. Tapi mencuri dan mendera sehingga begitu jadinya, tiada kemaafan.
Paan Ovrtd
ReplyDeleteHope Adik will recover in spiritually soon.
ayahanda,
ReplyDeletedalam dunia serba moden ni manusia makin banyak manusia yang tak ada hati perut. anakanda sangat mengutuk perbuatan keji ini. semakin tinggi manusia menuntut ilmu, semakin bodoh jadinya mereka2 ini. bersabar ya ayahanda sekeluarga.. Fluffy tetap bertuah punyai tuan yang begitu mengasihinya. Allah lebih berhak ke atasnya. =(
Anakanda Galuh.
ReplyDeleteBenar apa yang anakanda katakan, semakin maju manusia semakin tidak berhati perut. Inikan binatang, anak sendiri pun didera dan dibuang.
Segala yang hidup akan mati dan Allahlah tentukannya.
Terima kasih di atas nasihat dan peringatan. Hari ini memang ayahanda bengang dan buntu. Reban Puyuh pun lupa tutup!
Salam Tuan,
ReplyDeleteapa lagi yang saya mampu katakan...INNA LILLAH WA INNA ILAIHI RAJIUUN...
maaf, tulisan rumi kurang menepati tulisan arab.
W'salam melurjelita
ReplyDeleteTerima kasih. Sudah tentu tidak sama mengeja Arab menggunakan huruf Romen.