Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 23, 2010

Alahai Manusia, Perkara Sebesar Habuk Dijadikan Bukit

Dinar: Tiada masalah jika rakyat Kelantan setuju

Written by Nazri Abdullah - Harakah

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh
Hamzah berpendapat, tiada masalah jika kerajaan Kelatan mahu menggunakan
dinar emas dan dirham perak sesama rakyat negeri itu.

Menurutnya selagi rakyat negeri itu bersetuju menggunakan dinar dan dirham
sebagai alat pertukaran, maka tidak timbul sebarang masalah.

"Undang-undang kata Bank Negara sahaja yang dibenarkan kerajaan persekutuan,
keluarkan wang sebagai mata wang.

"Kalau nak ganti itu memang salah, tetapi kalau nak guna sesama dia
tidak salah saya rasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di satu majlis berbuka puasa
di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah beliau lagi, kejayaan penggunaan dinar dan dirham bergantung
kepada keyakinan masyarakat terhadap wang berkenaan.

Berucap sebelum itu, beliau juga berkata, kerajaan Kelantan bagaimanapun
mesti memberi penerangan secara meluas agar rakyat negeri itu itu keliru
dengan nilai dinar dan dirham tersebut.

"Tapi nak guna dirham untuk seluruh negara tak bolehlah. Kerajaan Kelantan
tak ada kuasa di bawah undang-undang.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga tidak boleh dipersalahkan sekiranya
masyarakat tidak mahu menggunakan dinar dan dirham tersebut.

Turut berucap di majlis anjuran Persatuan Anak Darul Naim Selangor
dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) itu ialah exco kanan kerajaan negeri
Kelantan Datuk Husam Musa.

Husam berkata, dinar adalah bersifat pelengkap kepada ringgit dan kedua-duanya
boleh digunakan.

Alasan tidak munasabah

Beliau turut membidas pihak yang yang mendakwa mengguna dinar akan
merugikan kerana mudah dipalsukan dengan menganggap alasan tersebut
tidak munasabah.

"Ringgit pun boleh dipalsukan, tapi bank negara boleh membezakan
yang tulen dan palsu.

"Dinar pun ada alat yang boleh bezakan yang tulen atau palsu.

Selain itu dinar jelasnya lebih stabil kerana ianya aset yang sentiasa
berkembang dan harganya meningkat mengikut masa berbanding
mata wang dunia.

"Kalau judi bola boleh dihalalkan, tapi hairan kenapa tak boleh iktiraf
dinar dan dirham," katanya.

2 comments:

  1. Salam semua,

    jomlah kita bantu perlaksanaan wang dinar ini kerana inilah antara cara penting membendung riba. Kalau rajin boleh pakat-pakat kongsi http://www.fxmy.blogspot.com

    Sambil-sambil tu mana-mana rakan nak cari rumah di Kelantan, email saja saya, mfcy76@gmail.com

    Salam jihad!

    ReplyDelete
  2. W'salam luaskanmata

    Terima kasih di atas info dan galakan.

    Insya Allah sesiapa yang nak beli harta di Kelantan bolehlah hubungi Sdr. luaskanmata

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa