Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 21, 2010

Soalnya Kemana Hasil Itu?

Sabah Catat Peningkatan Lapan Peratus Ketibaan Pelancong Sehingga Jun

KOTA KINABALU, 20 Ogos (Bernama) -- Sabah mencatat peningkatan lapan peratus ketibaan pelancong dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini iaitu kepada 1,195,168 orang berbanding 1,104,903 dalam tempoh yang sama tahun lepas. Daripada jumlah itu, pelancong asing mencatat kadar pertumbuhan 23.5 peratus (372,672 orang) manakala ketibaan pelancong domestik hanya meningkat 2.4 peratus (822,496), kata Menteri pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun. "Ketibaan pelancong antarabangsa melalui udara meningkat 15 peratus tetapi jika dikira ketibaan pelancong Indonesia dan Filipina dengan bot/feri, ia menjadi 23.5 peratus. "Kita juga dapati peningkatan yang baik bagi ketibaan pelancong Indonesia dan Filipina melalui udara. Ketibaan pelancong warga Filipina meningkat 40 peratus dan ketibaan warga Indonesia melalui udara meningkat 38 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia Sabah (MATTA) di sini. Masidi berkata ini juga menyumbang kepada peningkatan jumlah penerbangan antara Manila dan Kota Kinabalu, dan dengan lebih ramai rakyat Indonesia kelas tinggi yang melawat negeri ini. Perkembangan itu juga menunjukkan peningkatan dalam ketibaan pelancong dari Eropah dan Taiwan, katanya. Sementara itu, beliau berkata pertumbuhan kecil bilangan pelancong domestik mungkin disebabkan mereka masih berhati-hati dengan keadaan ekonomi. "Apapun, kami berharap dengan pengumuman Malaysia Airlines baru-baru ini yang memilih Kota Kinabalu sebagai hab timur mereka, akan menyumbang kepada kegiatan aktiviti pelancongan yang lebih aktif di Sabah," katanya sambil menambah bahawa laluan terus yang baru dijangka ke Perth, Australia.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Masidi mengingatkan ejen dan pengusaha pelancongan di sini agar jujur dalam menjalankan perniagaan kerana ia dapat menambat hati pelancong untuk berkunjung semula ke negeri ini selain bagi menjaga imej Sabah. Masidi mendakwa hampir 90 peratus aduan daripada pelancong antarabangsa adalah mereka "ditipu" atau mereka tidak mendapat sesuatu seperti yang dijanjikan seperti wang mereka tidak dipulangkan jika mereka membatalkan perjalanan mereka. -- BERNAMA

Soalnya Kemana Hasil Itu?

Sabah memang mendapat hasil dari berbagai sumber yang banyak.

Pada saya Sabah ketinggalan di dalam serba serbi hal. Terutama ekonomi Penduduk Luar Bandar dan Infrastruktur. Rata-rata rakyat hidup di dalam daif.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa