Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 25, 2010

Malam Tadi

Malam tadi Pak Din dan Adik ke Pasar Malam Wakaf Che' Yeh nak belikan Ubat Sakit Perut untuk Arnab. Pak Din pun masuklah satu kedai Pets. Bermacam binatang peliharaan dijual di situ sehingga mencecah RM8,000 untuk satu binatang... tapi kalau manusia, buang jer dalam longkang!

Pak Din teringat nak ambil gambar untuk tatapan anak-anak melur (melurjelita.com) sebagai penghargaan melur dan anak-anak kerana menjadi pengunjung setia blog ini.

Yang kat bawah ni gaya seolah Ketua Kumpulan Arnab di kedai ini sebelum terjual


Yang ni cantik dan sihat

SiKetua sedang mengusap bulu Anak Buah....

Yang ni jenis apa, Pak Din lupa pula!

8 comments:

  1. Salam ayahnda,lama dh x masuk sini.
    sedikit perkongsian bersama.
    Ingat tak lagi pereistiwa ini?
    -Al-Qur'an pernah hilang di Malaysia.Antara ayat2 yang hilang ialah ayat2 berkaitan hukum Hudud.

    http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/adakah-anda-masih-ingat-peristiwa-ini.html

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Din,
    seperti biasa, bila masuk sini je saya dan anak - anak akan scroll mencari entri berkenaan dengan pet adik. Tak sangka ada entry ini, khas untuk kami pula...hehe
    Bersorak anak - anak saya melihat kecumilan dan kegebuan geng boboy ni. Nampaknya, ayah mereka balik nanti, mereka akan terjah kedai itu...hehe
    Pak Din, saya mohon izin untuk letakkan link Mountdweller di Melurjelita ya. Saya juga harap Pak Din sudi letak Melurjelita di blog Mountdweller yang berprestij ini.

    ReplyDelete
  3. Mak Su

    Memang banyak yang gebu dan cantik

    ReplyDelete
  4. W'salam anakanda ijoks

    Memang ayahanda ingat tetapi tak ingat pula ayat-ayat mana yang lenyap.

    Ok, insya Allah ayahanda ke sana nanti.

    ReplyDelete
  5. W'salam melur

    Memang banyak yang cantik. Itu sebab adik kata kalau ikutkan hati dia nak beli semua tetapi sape nak jaga?

    Ok, pak Din akan letakkan link di blog ini. Sebenarnya Pak Din teroverlook

    ReplyDelete
  6. Salam Pak Din,
    saya nak sampaikan ucapan terimakasih anak - anak kerana entry ini. Mereka suka sangat dengan gambar kawan-kawan boboy ni. Mereka pesan kat 'Kak Adik' belilah semua. nanti kami tolong bela...hehe

    Juga terimakasih dari saya kerana Pak Din sudi letak link Melurjelita di sini. Saya akan letak mountdweller di Melurjelita juga.

    ReplyDelete
  7. W'salam melur

    Sama-sama. Pak Din harap anak-anak melur akan gembira.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa