Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 23, 2010

Nasihat Yang Baik

Ada yang berkata "ikutlah kata-katanya yang baik darinya. Jangan ikut keburukannya"

Tapi dari segi moralnya bagaimana?

Umat Islam Perlu Elak Bertelagah Sesama Sendiri Agar Dihormati Umat Lain


SEMPORNA, 22 Ogos (Bernama) -- Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengajak masyarakat Islam dan bangsa Melayu di negara ini supaya sedaya upaya mengelak sebarang pertelagahan sesama sendiri agar mereka dihormati umat lain.

Beliau turut menyarankan golongan muda Islam agar menghindari gejala sosial negatif yang sering dikaitkan dengan mereka demi menjaga imej umat Islam.

"Umat lain akan hormat kita jika umat Islam dan orang Melayu serta Bumiputera di negara ini memaparkan perilaku yang baik dengan mengelak terbabit dalam kegiatan seperti merempit dan pembuangan bayi.

"Semua perkara negatif ini ada hubung kaitnya dengan anak-anak kita dan ini sekali gus boleh memadamkan keyakinan (bangsa lain) bahawa bangsa kita bukanlah bangsa yang mulia, bukan satu bangsa berjaya yang boleh menjadi contoh dan ikutan kepada umat yang lain," katanya ketika berucap sempena Majlis berbuka puasa dengan masyarakat Semporna di sini.

Pada majlis berkenaan Shafie turut menyerahkan bantuan berupa makanan kepada golongan fakir miskin serta sumbangan kitab suci al-Quran kepada masjid-masjid di sekitar daerah Semporna.

4 comments:

  1. Salam ayahnda.sihat hendaknya.
    Manusia yang terbaik akhlaknya dlm sejarah manusia ialah Rasulullah s.a.w.Baginda bersabda ikutlah sunnah aku dan sunnah sahabat2 ku(org yg sezaman dengan Rasulullah)

    Tafsiran ulamak ikut sunnah nabi maknanya ikut segala perkataan ,nasihat,ajaran dan termasuk segala perbuatan nabi.
    itu baru contoh yng betul..

    p/s: semalam sahur ngan apa..

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Din,
    setiap hari saya masuk sini sebab nak tunjuk arnab2 yang comel2 kat anak2 saya. Tak sia2 sebab ada pengganti boboy sr yang begitu cute dan gebu.

    Selamat berpuasa kepada Along. Kagum saya dengan semangat wanita Kelantan, betul2 mewarisi keberanian Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong.

    Selamat berpuasa juga kepada Pak Din, auntie dan adik.

    ReplyDelete
  3. W'salam anakanda ijooks

    Terima kasih. Alhamdulillah sehingga hari ini Ayahanda sihat.

    Yang memjadi masalah besar sekarang ialah kerana Umat Islam tinggalkan Hadith dan Firman..

    Malm tadi ayahanda sahur dengan gulai keladi dan ayam kampung goreng.

    ReplyDelete
  4. W'salam melur

    Terima kasih di atas kata-kata semangat buat Along. Memang Along bercita-cita dari Sekolah Rendah lagi untuk menjadi Army Official. Kebetulan pula selepas Sekolah Menengah Along diterima masuk ATMA/UPNM pada 2002. Agak kebetulan kot salasilah keturunan kami dari Penglima zaman dulu-dulu.

    Batul, Boboy Jr. pun cantik dan cerdik tetapi kelebihan masih berada pada Boboy Sr.

    Apa pun syukur Allah kurniakan pengganti walau pun tidak seratus peratus sama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa