Yang menyakitkan mata
Longgokan Sampah dan masalah bau masih belum selesai-selesai lagi
Longgokan Sampah dan masalah bau masih belum selesai-selesai lagi
Dah melimpah ke Jalan. Jalan pun dah jadi sempit dek sampah.
Ooooiii.... MPKB-BRI, Takkanlah Puasa menjadikan kamu malas.
Islam suruh kita menjadi rajin dan contoh.
Kerja dengan ikhlas bila-bila masa jer!
Di bawah pula menjadikan suka di hati.
Pagi semalam saya ke Pasar Wakaf Che' Yeh bercadang nak beli Kepala Ikan Gelama. Tapi kecewa kerana Kepala Gelama tak ada.
Saya pun cari pula Kangkong untuk Arnab kat rumah. Kangkong pun kehabisan tetapi dapatlah juga beli yang dah agak layu dan harganya pun murah.
Lepas sumbat semua barang ke dalam kereta, saya masuk ke Kedai PolyPet yang menjual segala binatang dan makanannya. Di situ saya tertarik kepada seekor Anak Arnab yang pada saya comel dan menyerupai Fluffy dari segi warna dan bentuk bulu serta perangainya.
Kecil, comel. Rasanya beratnya tak sampai pun 250 gram. Tengoklah gambar di bawah.
Saya namakan dia Boboy jenis Teddy bear
Sedang tidur di dalam Tapak Tangan
Kangkong lebih besar dari mulut
Lena di atas riba
Ini saya namakan Lucky. Juga warga baru- Jenis Teddy bear
Lucky tidur
Di bawah ialah Lulu. Betina baka Lion-Head
Boboy bersama Lulu
BOBOY TU COMEL!!! ALONG NK BOBOY!
ReplyDeletearnab baru lg ke pa? papa nk bukak ladang arnab ke pe ni? =p
ghostdart
Salam Pak Din,
ReplyDeletesampah tu kat mana? Dekat dengan masjid Telipot ke? Kawasan rumah saya, seminggu pun ada baru nak diangkut segala sampah. Busuk dan lalat tak usah ceritalah.
Along
ReplyDeleteBoboy tu baru semalam beli. Papa berkenan sebab dia semacam Fluffy yang mati. Perangai dan bulunya seakan sama.
Along balik nanti mainlah puas-puas. Memang si Boboy manja dab cute.
Takkanlah bela 3 pasang pun dah nak buka ladang..
W'salam melur
ReplyDeleteTempat tu di belakang Taman Desa Telipot. Di tepi jalan yang menghala ke Paya Senang berhampiran Perkuburan Mukim Telipot.
Bulan puasa, masalah lalat dan bau busuk adalah satu ancaman yang tidak menyenangkan!
cepat cari ganti... express.. huhu
ReplyDeleteAlong nk isytihar BOBOY tu along nye rabbit...lagi lima ekor adik amik la...tp along nk BOBOY gak....
ReplyDeleteghostdart
baginda®
ReplyDeleteTak tahan tengok adik sedih dan tak ceria..
Along
ReplyDeleteAdik masih takut nak pegang Boboy sebab masih kecil dan lembik.
Kalau nak Boboy kena bodek adiklah
along, even kalo boboy idup lagi pun, dlm mimpi pun x tentu adik nak bagi kat along.. Muahahahaha !
ReplyDelete|[baby^cOoL]|
Adik.
ReplyDeleteTerserahlah kat adik. Rasanya Along bukan boleh bela pun. Dia kat atas kapal...