Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 19, 2010

Boboy Juga Allah Dah Ambil

Saya ingat malas dah nak cerita pasal binatang di sini. Tetapi bila saya tengok gelagat antara binatang dan manusia, setengahnya binatang lebih mulia dari manusia baik dari hubungan sahabat atau naluri sebagai Ibu. Boboy saya letakkan di dalam satu kandang bersama Lulu. Pada perhatian saya mereka tidak boleh berpisah.

Di takdirkan pada jam 4.15 petang tadi, tanpa sebab yang saya tahu Boboy kejang di dalam tidur. Adik angkat dia dan basahkan dengan air. Dia ada respond tetapi selepas itu kejang lagi dan mati di atas ribaan saya.

Malam ini selepas berbuka, adik ambil Lulu bawa masuk ke dalam rumah. Memang itulah kebiasaannya mereka menghabiskan masa banyak di dalam rumah di ruang TV. Di situ ada saya letakkan bakul tempat Boboy tidur. Tempat letak makanan dan minuman mereka juga saya letakkan di dalam ruangan itu (TV).

Yang agak mengharukan ialah gelagat si Lulu. Bila masuk saja ke rumah terus dia mencari Boboy di tempat selalu Boboy lepak. Bila tak ada dia cari pula di bakul tempat Boboy tidur. Bila tak dapat kesan Boboy dia berkeliling pula mencari di merata kawasan tempat bermain.

Bila tak jumpa juga dia patah balik ke tempat makanan sambil menghidu-hidu dan mencakar bekas makanan. Rupanya Lulu merasai kehilangan Boboy.

Moralnya : Adakah manusia semulia itu hubungannya bila berkawan? Dan adakah siIbu binatang akan membuang anaknya sebagaimana manusia berperangai lebih teruk dari Syaitan membuang anaknya?

Kalau nak tahu Syaitan atau Jin, cubalah kencing di atas kepala anak mereka!

Lulu (kanan) bersama Boboy (kiri)

Boboy malam tadi - sihat wal-afiat

Rasanya Allah tidak mahu seiras Fluffy hidup bersama kami....
Wallahu Aklam, apa rahsianya?

4 comments:

  1. ayahnda
    kita akan menyusul kemudian hari

    ReplyDelete
  2. Alahai Pak Din.... sedih gak dgr citer pemergian boboy.... saya ada sekor arnab betina anak saya pelihara jenis kacukan tempatan anak saya beri nama kiki bobby.... warna macam warna lulu.... ingat lepas raya nanti nak cari pasangan buat kiki bobby ni...

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Din,
    sangat terkejut. Baru nak bercerita dengan anak - anak pasal boboy. Kenapa dan mengapa ia boleh mati? Ada apa - apa tandakah? Makanan , minuman atau persekitaran yang tak sesuai?

    Rahsianya? Wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  4. W'salam melur

    Pak Din pun tak faham kenapa gitu jadinya. Malam tadi dab paginya nampak ok.

    Tapi tiba-tiba dia kejang dalam tidur dan tak boleh bangun. Setengah jam kamudian mati.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa