Pada saya tempat ini perlu diberikan keutamaan untuk dibaiki atau sekurang-kurangnya ditampal untuk keselamatan Murid-Murid Sekolah Naim, Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dan Guru-Guru juga selain dari orang ramai yang juga menggunakan jalan itu.
Tak silap saya keadaan begini berlarutan sejak Kelantan mengalami hujan pada akhir tahun lepas lagi dan diburukkan pula oleh pembinaan menaikkan taraf jalan dari Pasir Pekan, Jambatan Sultan Yahya Petra, Jalan Hamzah sehingga ke Jalan Sultan Yahya Petra.
Penutup Longkang yang pecah dan kelihatan merbahaya sebelum simpang ini
di hadapan Seng Heng
di hadapan Seng Heng
Jalan yang pecah betul-betul di tengah-tengah simpang
Lubang yang agak dalam sebenarnya tetapi sudut gambar
yang saya ambil tidak menampakkan begitu teruk
Jalan mendap ke dalam longkang besar yang pecah betul-betul selepas simpang
salam bro,
ReplyDeleteKakitangan MPKB-BRI berpuasa la tuh. Mana bley buat kerja berat2, kena jaga tatasusila dan adab berpuasa. Kang batal kurus lak puasa tak pun batal terus. Sapa yang susah.
Salam Pak Din,
ReplyDeleteselama saya mengikuti blog Pak Din dari 2008 lagi, saya perasan Pak Din selalu buat entry mengenai MPKB yang banyak menjurus kepada MPKB TAK BUAT KERJA. Tahniah dengan usaha dan keberanian Pak Din memaparkan keadaan dan gambar2 bukti dalam blog ini. MPKB sepatutnya berterimakasih kepada Pak Din kerana sudah menjadi mata telinga mereka, maklumlah mungkin mereka 'terlepas pandang'.
Saya ada beberapa persoalan, kenapa keadaan ini berlaku? Adakah tidak cukup kakitangan MPKB?Tak ada duit nak bayar gaji pekerja MPKB atau duit nak selenggarakan segala sampah sarap, lubang2 kat jalan dan sebagainya? Lemaslah saya dengan keadaan ini.
Kalau anak kecil, diberi nasihat atau ditegur baik2 tak mahu dengar, harus 'diajar' dengan rotan. Nak 'mengajar' MPKB, bagaimana pula?
W'salam rayman
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi tinggalkan jejak.
Betul, puasa semua orang letih tetapi tak ada pula yang bersungut gaji di bayar penuh walau pun bulan puasa!
W'salam melur
ReplyDeleteApa yang Pak Din buat adalah kerana masyarakat. Masyarakt perlukan khidmat MPKB-BRI kerana mereka membayar Cukai itu dan ini.
Jadi kalau khidmat tidak sepadan dengan bayaran, adilkah?
Kalau rakyat tidak membayar cukai, maka rakyat juga tidak bersikap adil kepada kerajaan!